Sunday, February 8, 2015

Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?


Kecoh hari ini apabila sebuah pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana menghadapi masalah teknikal.
Pesawat berkenaan jenis Airbus A330 terpaksa terbang dalam pergerakan pusingan selama lebih 4 jam di ruang udara Selat Melaka untuk membuang minyak atau bahan bakarnya.
Pasti anda tertanya-tanya, kenapa tindakan tersebut dilakukan. Ada yang mempersoalkan, kenapa juruterbang tidak terus mendaratkan pesawat walaupun lapangan telah dikosongkan. Nak tahu kenapa? Anda perlu baca artikel ini!
Menurut sebuah laman sesawang, Aviation Beta, yang menjadi platform para penggemar dunia penerbangan untuk berkongsi informasi, setiap juruterbang yang mengemudi pesawat perlu mengurangkan berat kapal terbang sebelum membuat pendaratan.
Untuk sesetengah kapal terbang, berat yang dibenarkan untuk mendarat adalah 100,000 kilogram kurang daripada jumlah berat ketika berlepas.
Ia kerana, kapal terbang sememangnya dicipta untuk mendarat pada jumlah berat yang kurang daripada ketika ia memulakan penerbangan kerana terdapat banyak risiko andai ia melebihi berat ideal, antaranya tergelincir, tersasar atau terlajak ketika pendaratan dilakukan.
Operation Inherent Resolve
Secara logiknya, andai ia berjaya meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi, maka jumlah bahan bakar yang diperuntukkan akan berkurangan kerana telah digunakan bagi proses menerbangkan pesawat.
Namun, terdapat sesetengah situasi yang akan memaksa juruterbang untuk melakukan pendaratan kecemasan atau berpatah balik, antaranya, kapal terbang menghadapi masalah teknikal seperti kegagalan fungsi enjin, masalah kesihatan penumpang atau kebakaran.
Andai ia berlaku, maka juruterbang hanya mempunyai tiga pilihan sebelum membuat pendaratan iaitu tetap mendarat dengan risiko, membuang minyak atau menghabiskan minyak dengan berlegar-legar diruang udara.
Daripada tiga pilihan yang ada, terdapat sesetengah kapal terbang yang tidak mampu untuk menggunakan pilihan kedua iaitu membuang minyak kerana pesawat kendaliannya tidak memiliki keupayaan mengosongkan tangki.
Lantas itu, ia hanya memiliki dua pilihan sahaja dan sudah tentulah, juruterbang mahupun syarikat penerbangan tidak akan sesekali merisikokan nyawa penumpang dengan memaksa pendaratan walaupun bahan bakar masih penuh di tangki.
San-Francisco-plan_2610919b
Ada sesetengah kes, pesawat terpaksa didaratkan walaupun tangki masih penuh namun dalam kes berkenaan, ia melibatkan masalah kecemasan seperti kesihatan penumpang dan akan diputuskan oleh juruterbang sahaja.
Namun, andai pesawat tersebut tidak mempunyai masalah serius, ia perlu terus terbang pada paras rendah tetapi menggunakan tenaga yang besar bagi mempercepatkan proses pembakaran bahan bakar.
Setelah bahan bakar berjaya digunakan pada jumlah tertentu dan pesawat mendapat berat yang ideal, barulah juruterbang memutuskan untuk mendaratkan kapal terbang itu. – MYNEWSHUB.CC

Saturday, February 7, 2015

Penjelasan Pemilik Me' Nate Steak Hub Isu Status Halal Restorannya.


Sebelum ini admin telah melakukan pendedahan tentang Restoran Me Nate Steak Hub dimana ada pihak yang sengaja menyebarkan resit harga makanan di restoran itu yang terlalu mahal dan kami telah mendedahkan kenapa makanan yang dipesan tersebut mahal.

Ada juga pembaca yang meragui status halal makanan yang disediakan di restoran tersebut dengan mempertikaikan tidak ada daging jenis Wagyu HALAL kerana dikatakan terdapat bir dan wine antara satu diet untuk memastikan daging tersebut berlemak.







Jadi kerana persoalan ini pemilik restoran Me' Nate Encik Mustaffa Othman telah tampil menjelaskan perkara ini.

Tahukah anda bahawa Encik Mustaffa pemilik restoran ini adalah Penasihat pemakanan pada Muslim Consumer Food Code untuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bukan calang-calang orang juga beliau di Malaysia selain sebelum ini beliau adalah pakar daging di Istana Ratu Elizabeth iaitu Istana Buckingham, London.



Me'nate Steak Hub StarParc, Setapak, dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din 

Salam,

Izinkan saya memberikan sedikit pencerahan disini, mohon maaf sekiranya ada terkasar atau mungkin terguris hati, saya tidak bermaksud serta berniat atau mendendami sesiapa hanya sekadar untuk memberikan penjelasan. InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua, kami TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL tapi kami bertanggung jawab menyediakan makanan yang HALALAN THOYYIBAH pada semua pelanggan kami yang berlanggan, kerana sejak azali kami dilahirkan oleh keluarga MELAYU yang mengamalkan ikutan ISLAM dulu sehingga sekarang, pemilikkan kami pon tak pernah kami berkongsi dengan bukan Islam, tanggung jawab kami adalah pada ALLAH yang satu, kami boleh membohongi pelanggan semasa di dunia tapi bila kembali nya kami ke rahmatullah kami bakal menjawab pada ALLAH seorang diri disana, tiada dapat kami memohon pertolongan pada sesiapa pon ketika itu, ITU ADALAH PASTI serta AMAT KAMI TAKUTI balasan serta azab ALLAH tidak terperi sakitnya. Kami boleh membohongi sesiapa sahaja semasa di DUNIA tapi dihadapan ALLAH tunggulah akan azabnya. 


Oleh itu untuk pengetahuan semua pelanggan atau bakal pelanggan tidak sama sekali kami membenarkan pelanggan kami membawa masuk sebarang minuman keras serta makanan yang tidak HALAL kedalam premis kedai kami dan juga memastikan pekerja kami pon tidak membawa sebarang minuman keras kedalam premis kami itu kami terapkan dan kami pasti dan yakini pada semua pekerja, sekiranya terdapat sesiapa mengingkari kami akan ambil tindakan. 

Kerana itulah tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM, dan untuk sekali lagi buat pengatahuan kenapa saya membuka STEAK HOUSE ini kerana saya dicabar TANPA ALKOHOL Steak House takkan survive. Itu lah yang menguatkan diri saya menyahut cabaran si pencabar kerana saya PERCAYA & YAKIN YANG REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH BUKAN DARI MEMBOHONGI PELANGGAN ATAU MENCAMPURI SEGALA YANG HARAM SEPERTI ARAK DALAM MAKANAN YANG KAMI SEDIAKAN PADA SEMUA PELANGGAN KAMI, Alhamdullilah setelah 8 tahun kami berniaga ALLAH telah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga tanpa terlibat dengan sebarang SYUBAHAH serta HARAM, SYUKUR kami pada ALLAH atas kurniaan rezeki yang BAROKAH, sehingga kami tidak meminjam dari mana mana insitusi Bank Bank perdagangan kerana takuti terlibatnya kami dengan RIBA. Insya'Allah kami takkan khianati tanggungjawab kami pada seluruh umat Islam apa lagi pada pelanggan atau yang bakal melanggan dikedai kami, keyakinan kami pada ALLAH yang satu mengatasi segalanya. Kami bukan mahu meraih simpati, hanya kami mahukan sesuatu yang terbaik buat keseluruhan pelanggan kami yang kami hargai serta kami hormati, dengan cara mencampuri sesuatu yang HARAM pada makanan kami itu adalah perbuatan yang menzalimi diri sendiri serta pada pelanggan yang datang bertandang dikedai kami demi mencari NAFKAH bukan sahaja HALAL tapi berserta THOYYIB nya sekali. 

Semoga dengan penjelasan ini dapat merungkai segala tandat tanya yang berlegar di fikiran.

Maaf dipohon sekiranya warkah ini mungkin membuat sipembaca terguris atau terkasar, kerana yang baik itu adalah dari Allah yang tidak baik itu adalah dari saya.

Dan yang terakhir sekiranya apa apa jua kesalahan serta salahanggap terhadap saya serta perniagaan kami "SAYA MEMAAFKAN SEMUA YANG TERSILAP SERTA YANG BERSANGKA BURUK PADA KAMI" LILLAH'HI'TAALA SERTA MENADAH TANGAN MENDOAKAN pada Allah agar anda semua di RAHMATI ALLAH, DIPANJANGKAN UMUR, DISIHATKAN TUBUH BADAN, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN semuga kita terus bersyukur akan nikmat dan terus sujud pada nya yang satu, Allah'hu'akhbar. 

Mustaffa Hj Othman. ( 012-9111777)
Masterbutcherchef & Penasihat pemakanan pada (MCFC) Muslim Consumer Food Code. (PPIM) Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Jadi kita janganlah cepat bersangka buruk kepada orang lain tanpa usul periksa kerana perkara ini bukan sahaja cuba menjatuhkan seseorang malah diri sendiri mendapat dosa.


Jadi dengan penjelasan pemilik restoran ini harap segala persoalan terjawab. Kami doakan perniagaan semoga perniagaan tuan sentiasa dirahmatiNya. - Siakapkeli.com.my

Jerung Pelik Bermulut Besar Yang Boleh Hidup 100 Tahun Ditemui Nelayan



Nelayan Filipina telah berjaya menangkap seekor jerung pelik dipercayai jenis Megamouth yang sememangnya amat susah ditemui terperangkap dalam pukat pembersih diperairan negara itu.

Jerung yang sepanjang 15 kaki ini merupakan jerung dewasa ditemui mati terdampar di pantai Barangay Marigondon di antara wilayah Albay dan Masbate .


Ikan jerung itu dinamakan sebagai ikan taring oeh penduduk tempatan kerana mempunyai gigi yang banyak dengan mulut dipenuhi 50 baris gigi yang teratur mengelilingi mulutnya.

Berdasarkan catatan jerung ini hanya pernah 64 kali dijumpai sebelum ini dan saintis beranggapan ia adalah makhluk yang sukar untuk dikaji.


Punca sebenar jerung ini masih dalam siasatan dan pihak kerajaan Filipina akan mengambil alih jerung itu. Bangkai jerung itu mungkin akan dipamerkan di Taman Albay dan Pusat Hidupan Liar di Filipina.

Jerung megamouth merupakan hidupan dasar laut yang memakan ikan kecil dengan membuka rahang dan mulutnya yang besar untuk menangkap mangsanya.


Sehingga sekarang ahli sains masih mempunya maklumat yang sedikit tentang jerung jenis Megamouth ini kerana amat susah untuk dijumpai manusia.

Bercakap kepada The Washington Post, Christopher Bird, pelajar Ph.D. yang mengkaji tentang jerung laut di Universiti Southampton di England, berkata kita hanya tahu begitu sedikit tentang jerung ini.

"Ia pernah ditemui kali petama pada tahun 1976 apabila jerung jenis Megamouth tersebut terperangkap dalam pukat nelayan."

"Ia hanya satu misteri," katanya.

Jerung Megamouth boleh mencapai panjang maksimum 17 kaki (5.2 meter) dengan jangka hayat 100 tahun.


Ia tetap berada di dalam air yang dalam, tetapi meningkat ke arah permukaan pada waktu malam untuk mencari makanan atau makan plankton.

Biro Perikanan dan Sumber Akuatik di wilayah Albay akan menyiasat untuk menentukan punca kematian jerung tersebut. - Siakapkeli.com.my

Friday, February 6, 2015

STATUS PENGHINAAN KEPADA ZERO TERSEBAR, PEMINAT MENGAMUK


Kumpulan Zero yang menjadi pilihan ramai pihak sebelum ini menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), malam tadi.

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2014, Dato` AC Mizal dalam di Gelanggang Akhir MLM 2014 yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

Kejayaan Zero ini sememangnya dramatik apabila mereka pada asalnya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas kerja keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan ini juga membolehkan mereka tiga beradik iaitu Syaiful, Shahril dan Atu menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Juara tahun lalu, Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib juga boleh berpuas hati di mana rezeki terus berpihak kepada mereka untuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.



Satu-satunya peserta solo, Nabil pula terus gah di pentas Maharaja Lawak apabila dia menduduki tempat ketiga kali ini dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Ajak dah Shahrol yang membentuk kumpulan Shiro pula menghuni tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Bocey terpaksa berpuas hati di tempat ke-5 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Untuk peringkat akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis di mana untuk pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan Astroawani .


Satu fan page Facebook bernama 'KetumFC' membuat status yang agak mengejutkan dengan menghina kumpulan Zero.

Antara status dari fanpage ini menggelar ahli kumpulan dengan nama yang tidak baik selain menyatakan kata kesat kepada kumpulan Zero.

Orang ramai ternyata tidak bersetuju dengan status yang dimuatnaik ini selain mengundang kemarahan peminat setia Zero.

Walaupun status terbaru dari 'KetumFC' menyatakan permohonan maaf, namun itu tidak dapat meredakan kemarahan peminat Zero kerana status sebelum ini dikatakan terlalu kurang ajar dan melampau.