Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

'Saya dengar suara wanita menangis yang menyeramkan'

Mazlan menunjukkan kawasan yang sering kedengaran suara tangisan perempuan

PINANG TUNGGAL -"Saya terdengar suara wanita menangis, semakin lama bunyinya semakin kuat dan menyeramkan," cerita penduduk di Kampung Pekan Rabu, Pinang Tunggal.

Mazlan Mat Deris,50 berkata ketika itu jam di tangannya menunjukkan pukul 1 pagi.

“Mula saya ingatkan bunyi tersebut datang dari rumah berhampiran, saya cuba meneka bunyi itu datang dari arah mana.

“Masa itu saya berada di kedai makan, dengar bunyi tersebut datang dari sebuah jambatan keretapi lama yang tidak lagi digunakan,” katanya.

Hati Mazlan berdegup kencang tatkala teringat tiada lagi rumah yang ada di kawasan tersebut.
“Dahulunya kawasan berhampiran jambatan keretapi lama ini sememangnya ada rumah-rumah yang diduduki orang kampung.

“Namun mereka telah berpindah dari situ sejak bertahun yang lalu, bila teringat tentang perkara tu, saya jadi kaku tambahan pula mendengar suara tangisan yang makin lama makin kuat dan nyaring,” katanya.

Menceritakan mengenai kisah yang dialaminya itu, Mazlan berkata suara itu bukan pertama kali didengarnya.
“Kedai makan yang selalu saya datang ini milik adik saya, jadi memang saya selalu ada sini, kadang-kadang sampai larut malam ada sini berbual dengan rakan-rakan.

“Memang suara tangisan itu selalu saya dengar, tak tahulah nak gambarkan macam mana suaranya tapi ianya seakan-akan suara perempuan menangis,” katanya.

Katanya, mungkin apa yang dialaminya itu bagi sesetengah orang menyangka ianya hanya satu gurauan.
“Tapi memang saya dengar suara tangisan tersebut dengan jelas, ianya selalu saya dengar tengah malam dalam pukul 12 malam hingga ke 1 pagi macam itu.

“Biasalah benda-benda macam ini, kadang-kadang dia hanya mahu menguji kita, dia tak ganggu pun, cuma mungkin dia nak uji,” katanya dengan muka serius.

Mazlan yang merupakan penduduk asal di sini menceritakan sedikit sebanyak kisah mengenai jambatan lama ini.

“Dari apa yang saya dapat tahu tentang sejarah jambatan kereta api lama ini, jambatan ini dibina sejak zaman penjajahan British lagi.

“Memang jambatan ini jambatan lama, mungkin sebab itu kawasan di sini agak keras sedikit, silap cakap mungkin bahaya menanti,” katanya.

Jelmaan wanita
Kisah misteri di Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal yang menyusuri sepanjang Sungai Muda tidak terhenti di situ sahaja.

Mazlan berkata antara cerita yang menjadi perbualan hangat di sini adalah jelmaan wanita berpakaian putih di satu sudut di jambatan ini.

“Ada juga beberapa orang yang pernah nampak, mereka datang nak memancing, lebih kurang malam dalam pukul 10 hingga 11 malam macam tu,

“Tiba-tiba mereka ternampak ada satu susuk tubuh lembaga seakan- akan wanita berpakaian putih di situ, memang terkejut la, balik rumah terus demam,” katanya.

Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan dirinya adalah mendengar sendiri suara tangisan di jambatan tersebut.

“Bagi saya itu antara pengalaman menakutkan, susah nak gambar perasaan saya masa itu. “Apa pun saya percaya kalau tempat- tempat lama macam ini ada pantang larangnya, tak boleh main cakap saja, paling penting mulut kena jaga,” katanya    

Sunday, January 31, 2016

Misteri Masjid Jin, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan

MASJID Jin terletak kira-kira lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar. 

Sabak Bernam: Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.

Masjid yang diberi gelaran penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lama Panchang Bedena Shamsul Kamar Samad, 43, berkata, masjid yang usianya lebih 100 tahun itu sememangnya menampilkan keunikan tersendiri terutama dari segi seni bina.

“Pembuatan daripada kayu dan reka bentuk seperti rumah yang mempunyai serambi ini menyerlahkan lagi keistimewaannya.

“Disebabkan masjid ini unik dan memaparkan ciri tradisional, ia diletakkan oleh Kerajaan Selangor di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara,” katanya.

MASJID yang kaya dengan ciri tradisional diisytiharkan sebagai khazanah warisan. 

-hmetro.com.my

Thursday, December 24, 2015

Adakah Ini Helaian Al-Quran Hasil Penulisan Sahabat Nabi, Abu Bakr As-Siddiq?


Helaian Al-Quran yang dikatakan yang tertua ditemui di sebuah universiti di Britain dipercayai merupakan salinan asal kepada kita suci umat Islam.

Menurut Ketua Akademik Jamal bin Huwareib, dia percaya bahawa helaian yang ditemuidi Universiti Birmingham pada awal tahun ini adalah salinan Al-Qura yang pertama oleh Abu Bakr, yang juga sahabat rapat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Helaian tersebut dipercayai berusia antara 1,448 hingga 1,371 tahun ditemui berada di perpustakaan universiti itu dalam keadaan terikat bersama helaian Al-Quran lain dari abad ke tujh.

Menurut Pengarah Urusan Yayasan Mohammed bin Rashid Al-Makroum, Mr bin Huwarieb yang tiba di Birmingham untuk membuat pengesahan kepada manuskrip itu memberitahu BBC : "Ini merupakan penemuan terpenting bagi selurh masyarakat Islam di dunia. Saya percaya bahawa ini adalah Al-Quran yang ditulis oleh Abu Bakr.


"Versi, koleksi dan manuskrip ini adalah tunjang kepada ajaran Islam, Al-Quran adalah akarnya.

"Ia bakal menjadikan revolusi dalam kajian Islam".

Wednesday, December 23, 2015

Ibu Dan Bapa Kepada 3 Hafiz Termuda Di Dunia Ini Kongsi Tips Untuk Kuatkan Ingatan Anak


Salah satu yang dirisau atau menjadi masalah bagi mereka yang mahu menghafal Al Qur’an sudah pasti adalah masalah mudah lupa.

Pada malam hari hafal dan keesokan harinya dsudah lupa, jadi bagaimana handak untuk mengatasi masalah cepat lupa ini?.

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar di mana mereka merupakan ibu bapa keapda 3 hafizh termuda di dunia.

Berikut adalah jawapan atau tips yang telah dikongsikan oleh mereka untuk mengelakkan anak-anak cepat lupa apabila menghafal Al Qur’an.

Membiasakan solat tahajud

Ketika ada mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan dirinya dengan solat tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekat diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang hebat dimana ia akan membersihkan hati hati sehingga mudah mengingati Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran akan menjadi susah apabila hati kotor.

Memperbanyak doa

Sebab Allah-lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.

Mengulang hafalan dalam solat sunnah

Surat atau ayat yang telah dihafal perlulah dibanyakan semasa di dalam solat dan dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.

Wirid harian

Ketika diwawancra oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafizh Qur’an Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran menjadikan wirid sebagai bacaan harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, secara puratanya mereka  memerlukan masa 2 setengah jam.

Dengan empat tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan sahaja menghafal Al Quran di usia 4 dan 5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, malah ingatan mereka turut terjaga.

Semoga kita dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Semoga keturunan kita juga dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah sehingga tidak lupa hafalan Al Quran. - Siakapkeli.my

Saturday, December 12, 2015

9 Tanda Tubuh Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan


Benda dengar mudah, tetapi ramai yang tak buat khususnya golongan lelaki iaitu minum air kosong dengan mencukupi untuk kesihatan. Cuba tengok kesan tak cukup minum air seperti di bawah. Mesti korang pernah kena kan? (Kredit: lifehack)

1. MULUT KERING
Antara tanda mudah nak detect bila kurang minum air ialah mulut terasa kering. Tetapi sesetengah orang bila mulut kering pergi air manis pula. Ramai tak tahu air bergula adalah penyelesaian bersifat sementara kepada masalah kesihatan lebih besar. Minum air kosong mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut-menjadikan bibir anda sentiasa lembap.

2. KULIT ANDA KERING
Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang-menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari. Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh.

3. SELALU RASA DAHAGA
Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda.

4. RASA SAKIT PADA SENDI
Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan 'mengisar' antara satu sama lain sewaktu kita bergerak. Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh.

5. JISIM OTOT BERKURANGAN
Kalau korang rajin ke gim, korang kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda. Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman.

6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK
Minum air bolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seeprti mesin. Kalau 'mesin' ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba 'menarik' sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula.

7. LETIH DAN LESU (Pukul 2 petang dah ngantuk di ofis, betul?)
Bila dah tubuh anda terpaksa 'tarik' cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah tersebut kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Bila oksigen tak cukup, korang akan rasa ngantuk dan letih tak sudah. Bila dah ngantuk, tu yang dekat ofis pukul 2-3 muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi! Sedangkan untuk jangkamasa panjang, kopi tidak membantu pun untuk korang staysegar!

8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN
Hanya kerana air tak cukup dalam tubuh, perut pun turut sama terheret. Bila air tak cukup, bendalir dalam perut berkurangan, menyebabkan asid perut merosakkan tubuh anda hingga menyebabkan rasa pedih ulu hati dan senak perut.

9. RASA LAPAR (DAN ANDA MASIH KOMPLEN BADAN TAK KURUS WALAU KURANG MAKAN?)
Bila tubuh kekurangan air, ia berasa seolah-olah yang ia perlukan makanan. Ingat tak malam-malam masa sebelum tidur rasa laparlah, nak makan sneklah. Itulah akibatnya. Sedangkan bila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!


-ohsem.la

Friday, December 4, 2015

Mana kaki abang yang sebelah ma ?

Sanip ketika diziarahi Mahamad Khir.


BANDARAYA MELAKA - “Mana kaki abang yang sebelah ma,” tanya Sarjan Sanip Tukiman, 49, kepada isterinya selepas sehari sedar daripada koma di Hospital Melaka, kira-kira dua minggu lalu.

Soalan yang dipendam sebaik sahaja melihat kakinya tiada ketika dimandikan jururawat itu akhirnya diajukan kepada isteri, Zarina Maidin, 47, selepas 10 hari tidak sedarkan diri kerana terlibat kemalangan, 6 November lalu.

Namun, sebagai isteri, Zarina hanya mampu memberi sokongan dan meminta suaminya yang bertugas sebagai anggota trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka itu menerima ketentuan diaturkan Maha Kuasa.

Hanya nampak kaki kanan

Siapa yang tidak hiba, siapa yang tidak terkejut apabila melihat sebelah kaki yang digunakan untuk bergerak ke sana ke mari kini dipotong berikutan urat pembuluh darah tidak lagi berfungsi.

Sanip berkata, dia menerima rawatan di Hospital Pakar Putra sebelum dipindahkan ke ICU pada 14 November dan sedar daripada koma dua hari kemudian.

“Sebaik sahaja sedar, saya nampak hujung kaki kanan tapi saya tak nampak hujung kaki kiri dan saya hanya sedar kaki kiri tiada masa staf 'nurse' mandikan saya jam 8.30 malam namun, saya hanya diam dan berniat untuk bertanyakan isteri keesokan hari.

“Esoknya saya tanya, mana kaki abang yang sebelah ma? Isteri jawab... istighfar bang, abang kena banyak sabar, ini semua kuasa ALLAH,” katanya ketika ditemui di Wad D2 Hospital Melaka, di sini, semalam.

Selain dirinya, seluruh ahli keluarga turut menerima kejadian tersebut dengan lapang dada dan bersyukur bapa kepada empat cahaya mata itu terselamat selepas motosikal berkuasa besar ditunggangnya terbabas di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini.

“Saya syukur dan saya boleh terima keadaan ini cuma saya berharap supaya saya cepat sembuh. Anak-anak dan adik beradik pun boleh terima keadaan saya. Malah semua orang termasuk rakan beri saya semangat dan sokongan.

“Pernah kejadian sama menimpa seorang pegawai saya, jika dia boleh terima keadaannya kenapa saya tak boleh? Saya tak boleh ada rasa rendah diri sebab semua yang datang melawat cakap saya boleh guna kaki palsu,” katanya.

Berkhidmat sehingga bersara

Sanip yang mula berkhidmat dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sejak 1985 mula bertugas di negeri ini pada tahun 2002 dan menjadi anggota trafik kira-kira 27 tahun lalu.

Kekurangan diri dan anggota yang tidak lagi sempurna kini sesekali takkan mampu mengatasi kasih dan sayangnya pada perkhidmatan beruniform ini apatah lagi mematahkan semangat untuk berhenti berkhidmat.

“Ini bukan penghalang, saya akan terus berkhidmat hingga bersara dan kalau boleh saya nak melakukan tugas yang memudahkan saya kerana saya juga mengalami kecederaan dari tulang pinggul hingga buku lali kanan,” katanya.

Sekelip mata

Ketika diimbas kembali, Sanip berkata, kejadian menimpanya berlaku dalam sekelip mata ketika dia dalam perjalanan ke IPK selepas melakukan penyeliaan di sekitar kawasan Ayer Keroh.

“Lebih kurang sebelum jam 8.30 pagi, saya memandu dalam 70km/j ketika melalui Jalan Ayer Keroh Lama dan laluan 'clear' cuma ada sebuah motosikal sahaja di depan, saya pandang motor itu masuk ke Mahkamah Syariah.

“Bila saya pandang depan semula, saya tiada ruang untuk mengelak dan terus melanggar tiang lampu menyebabkan saya tercampak di laluan bertentangan. Syukur laluan itupun 'clear' dan saya dibantu seorang pemandu kereta yang berhenti,” katanya.

Friday, November 27, 2015

Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

Nota Editor: 5 tip ini telah dikongsikan oleh Fareha Zulkefli, pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jurusan Pengajian Perniagaan (Sumber Manusia) khas untuk siaran di Vocket. Semoga perkongsian beliau ini dapat dijadikan panduan terutama bagi anda yang masih bergelar pelajar.
cara-cari-side-income-untuk-travel-1
Gambar ini semasa saya di Goa. Menaiki train dari Kulem ke Vasco da Gama, tambangnya INR15 lebih kurang RM1 sahaja selama 2 jam perjalanan
Semasa di dalam Taman Safari Indonesia, kita dapat lihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan ini. Haaaaa tengok, sampai terkejut zebra sua muka dalam kereta. Hahahahah!

cara-jana-side-income-untuk-travel-9
Aku masih belajar tetapi keinginan untuk menjelajah, meneroka dan mengejar pengalaman melangkaui kemampuan. Pada asalnya, semua rasa seperti angan-angan. Namun, aku jadikan angan-angan itu satu kenyataan.
Hai semua, assalamualaikum,
Well, dah 3 kali aku pos pasal trip aku. Ke Indonesia, ke Thailand dan yang latest ke India di group facebook UKM Backpacker Stories. Kadang-kadang ada kawan tanya, mana aku dapat duit pergi travel ni, bertuahlah kaya, bertuahnya dapat biasiswa.
Ya betul, alhamdulillah aku dapat biasiswa JPA, tapi aku tak kaya. Duit JPA aku tak pernah sentuh lagi untuk guna buat travel. Aku travel pun tak pernah dalam jangka masa yang panjang, paling lama pun seminggu je.
Jadi, post kali ni, tiba-tiba rasa nak share dengan thevocket.com, dengan rakan-rakan aku khususnya atau lebih general lagi kepada pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia yang ingin menjana pendapatan sambil belajar.
Apa yang aku nak kongsi adalah apa yang aku buat untuk simpan duit / cari duit sambil belajar. Aku tak berapa pandai nak share tips SEMASA travel, so sharetips SEBELUM travel okay juga kot. Hehe.
Truthly said, as a student, agak mencabar juga nak simpan duit / cari duit ni. Banyak kekangan dan cabaran, tapi kalau ada semangat, ada impian dan kemahuan, In Sha Allah Allah boleh bantu kita.
Ini cara aku, cara korang mungkin berbeza.

1. Guna Kemahiran

cara-jana-side-income-untuk-travel-16
4 more days for UTP show
cara-jana-side-income-untuk-travel-17
Fareha and the team at work
Aku belajar muzik dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Then stop sebab pindah sekolah. Bila sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru asah bakat semula.
Aku main muzik gamelan untuk gamelan UKM. Setiap minggu kalau ada show wedding dekat area KL/Selangor aku join. Kadang-kadang weekdays pun ada untuk event dekat hotel, private company, konvokesyen universiti swasta dll.
Selalunya arts atau kerja yang melibatkan kemahiran ni dibayar mahal sebab bukan semua orang ada kemahiran yang kita ada, so dari situ boleh gain money.Haaaa cer fikir apa kemahiran yang korang ada yang boleh cari duit?

2. Jadi Guru Sambilan

cara-jana-side-income-untuk-travel-18
cara-jana-side-income-untuk-travel-19
Aku ada kelas setiap hari Isnin, Selasa & Khamis sahaja. So Rabu & Jumaat aku buat part time jadi teacher dekat nursery. Well, bukan mengajar je tapi aku kena jaga baby sampai budak umur 4 tahun, mandikan, masak and suap dia orang makan.
Penat tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kerja dari 7.30am-5pm, gaji sehari RM30. Boleh lah, seronok juga hilang stress layan budak-budak ni, comel & innocent je semua hehe.

3. Kemas Bilik Pensyarah

cara-jana-side-income-untuk-travel-22
Gambar bilik pensyarah lupa nak ambik. Gambar dalam kelas pun boleh la. Huhu.
Kelas hari isnin, selasa & khamis tu bukan full pun. Kadang sampai pukul 11 pagi je, then free dah. So aku ambil kesempatan masa tu untuk kemas bilik pensyarah.
Mula-mula aku email je pensyarah-pensyarah yang mengajar aku, kot ada yang perlukan service kemas bilik. Sejujurnya, pensyarah-pensyarah yang aku jumpa sangat memahami student.
Pensyarah-pensyarah ni tahu kita student yang mungkin nak cari duit poket, nak cari duit untuk buat bayar yuran pengajian maka ada yang baik hati minta aku datang bilik (bilik pensyarah tu tak bersepah pun) minta tolong aku susun buku/fail ikut warna je.
Alhamdulillah first kemas bilik pensyarah dapat RM20. Rasa terharu sebab usaha yang sedikit itu Allah beri ganjaran juga. Dari first year buat, dah 3rd year ni akuslow sikit. Sebab bilik sendiri pun tak terkemas hahahhaa!

4. Business Online

cara-jana-side-income-untuk-travel-23
Abang aku tanya aku, sekarang apa yang tengah trend yang boleh buat business (ini masa Januari 2015). Aku cakap, banyak benda tengah trend sekarang ni. Tapi yang aku tekankan sweatpants (seluar).
Terus dia setuju nak berniaga sweatpants. Tapi style aku, aku tak nak berniaga barang fake / tiruan / klon. Kalau nak berniaga kena buat betul-betul, kena bagi yang the best untuk customer sebab 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.
Kalau Allah SWT tak redha, jadi hasil keuntungan yang kita dapat pun tak berkat.
p/s: Haaaa yang ni bukan promote business aku tauuu.

5. Jadi Referee (Pengadil) Untuk Netball Tournament

cara-jana-side-income-untuk-travel-20
cara-jana-side-income-untuk-travel-21
Maluuuu pula nak cerita dekat korang yang ini.
Aku main netball dari F4 sampai masuk matrik. Tak ado lah hebat mano pung.Tak pernah jadi johan pun. Aku players untuk team bola jaring SMTKL (Sek. Men. Tek. Kuala Lumpur) masa tingkatan 5, so kita orang dilatih oleh coachnetball Malaysia, Coach Izan.
Masa ni juga ada timba sikit ilmu coaching/referee-ing. So, aku guna lah ilmu yang sedikit ni untuk jadi referee netball dari zaman matrik sampai sekarang.
Lepas injured (Soft Tissue Injury @ Tisu Koyak) di bahagian lutut masa game netball di matrik, doktor sarankan aku stop 2 tahun aktif outdoor activitiesuntuk bagi masa tisu build semula.
Aku ni degil benar, 6 bulan tak main netball, saja ‘cuba try test‘ turun padang juga. Ambik kau, akibatnya aku injured semula and terus ambil keputusan stopmain netball.
Jadi, tak dapat main netball, jadi referee untuk small tournament pun okay juga,at least boleh dapat pendapatan sedikit.
cara-jana-side-income-untuk-travel-10
Ini pula semasa di Jalan Surabaya, Antique Market di Jakarta.
Kalau dari segi saving pula, alhamdulillah aku pakai backpack yang sama dari aku tingkatan 4 sampai la sekarang pergi kuliah. Kasut pula baru sebulan lepas aku beli baru after 3 years pakai NB (Itu lah kasut main netball, pergi kuliah, masuk hutan, balik kampung, pergi show dll).
Baju pula, kalau sesiapa yang kenal aku, mesti korang selalu nampak aku pakai parka (macam jaket) je hari-hari pi kelas, hehe.
Last but not least, insyaallah rezeki kita akan bertambah kalau tak kedekut terutamanya dengan parents & adik-beradik apatah lagi kalau bersedekah kan.
Aku pun seronok belanja kawan-kawan makan, hihi.
Selain cara aku di atas, korang boleh buat part-time job contohnya:
1. Di 7Eleven
2. Jadi guru tuisyen
3. Jual topup
4. Buat service print & fotostat dekat bilik
5. Jadi penulis blog
6. Penterjemah
7. Dan banyak lagi!
cara-jana-side-income-untuk-travel-24jpg
Sewaktu di Bangkok, Thailand
Duit JPA ko guna untuk apa?
Duit JPA aku guna untuk bayar yuran kolej & pengajian, makan minum, minyak motor aku dekat UKM dan duit transport balik Ipoh. Selebihnya aku simpan untuk kahwin.
Tak ganggu waktu belajar ke? Bila study? Bila buat assigments?
Serius ganggu waktu belajar, study bila nak exam je. Opppppsss! Buatassignment individu pepandai la ko manage time. Malam ada, waktu senggang antara kelas ke dll.
Kalau assigments group pepandai la ko deal dengan group member okay. Setakat ni aku selalu alert supaya tak pernah ponteng kelas melebihi 3 kali (Mampuih kena bar exam nak oi)
cara-jana-side-income-untuk-travel-25
Lokasi: Kawah Putih, Indonesia
Macam mana cari member travel/travelmate? Kenapa tak travel solo?
Setakat ni 3 trip aku, member travel semua orang lain-lain. Dari situ kita akan kenal & tahu dia sesuai atau tak jadi travelmate kita. Kawan baik dalam kelas/dari kecil/dari zaman sekolah tak semestinya dia boleh jadi travelmateyang baik juga.
Aku ni banyak cakap orangnya, semua benda baru aku tengok aku akan impress.Sedih la aku kalau cakap sorang-sorang & teruja sensorang. Tu sebab tak motravel solo. Hahahahah!
Lagipun ada macam-macam pandangan/mazhab tentang female solo traveler,maka the best way sebagai perempuan (Islam terutamanya), aku elak untuktravel solo. Lain orang lain pandangan kan? Wanita adalah makhluk Allah yang sangat perlu dijaga maruahnya. Nauzubillah min zalik.
Harap-harap karangan tidak rasmi di atas dapat membantu korang dan naikkan semangat orang di luar sana for Adventure is Out There! huhu Kalau korang rasa ayat tulisan aku ni ada yang ter-riak, ter-over, ter-bangga diri ke, aku minta maaf ye.
Assalamualaikum & Salam Menjelajah Dunia!
Credit : http://thevocket.com/

Saturday, November 7, 2015

Lelaki Paling Pemalu Yang Malaikat Pun Segan Kepadanya


Suatu hari, Rasulullah SAW berada di dalam rumah Aisyah r.a. Ketika itu Rasulullah sedang berbaring manakala kain Baginda sedikit tersingkap hingga menampakkan betis.
Kemudian, datang sahabat Baginda, Abu Bakar r.a. meminta izin untuk bertemu Rasulullah kerana ada urusan. Lalu Baginda pun memberi izin untuk Abu Bakar masuk ke dalam rumah.

Keadaan Rasulullah masih sama, kainnya masih tersingkap walaupun di depan Abu Bakar. Lalu kedua-dua mereka mula berbual.

Setelah itu datang pula Umar al-Khattab. Rasulullah memberi izin kepada sahabat yang mendapat julukan al-Faruq itu untuk masuk ke dalam rumah. Sama juga keadaannya seperti tadi, kain Rasulullah masih lagi terselak.

Kemudian, datang Uthman bin Affan, sahabat yang digelar Zin Nur'ain juga untuk bertemu Rasulullah.

Mendengar sahaja salam Uthman, Rasulullah segera duduk dan merapikan pakaian supaya tubuhnya ditutup dengan sempurna.

Setelah selesai dan kesemua sahabat itu pulang, Aisyah pun bertanya kepada Rasulullah tentang perihal tersebut. Aisyah hairan dengan sikap Rasulullah kepada tiga sahabatnya itu.

Rasulullah pun menjawab, sekiranya Uthman melihat Baginda dalam keadaan begitu (dengan kain terselak menampakkan betis), nescaya Uthman akan tersipu malu. Bahkan Rasulullah berasa malu dengan orang dimana para Malaikat pun rasa malu terhadapnya.

Sabda Rasulullah, "Bukankah aku berasa malu terhadap orang yang Malaikat pun malu terhadapnya." (Hadis riwayat Muslim)

Baginda juga menyifatkan Uthman merupakan sahabat yang paling pemalu. Ia turut disebut dalam hadis yang berbunyi, "Yang paling pengasih diantara umatku adalah Abu Bakar, yang paling keras dalam agama Allah adalah Umar, dan yang paling pemalu adalah Uthman.." (Hadis riwayatat-Tirmidzi)

Jadi, Uthman merupakan lelaki paling pemalu di dunia ini. 

Anda pula?

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, November 6, 2015

Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?


Suatu malam, Rasulullah SAW dan Aisyah r.a. berdiri didepan rumah sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.

Aisyah r.a. lalu bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang dilangit itu?"

Didalam hatinya, pasti pahala bapanya, Abu Bakar r.a.

"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar."

Aisyah r.a. terkejut lalu bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan ayahku?"

Rasulullah SAW tersenyum sambil berkata, "Ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar bersamaku, pahalanya lebih banyak dari pahala Umar dan keluarganya sehingga hari kiamat."
-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 3, 2015

Ayah Pergi Pada Hari Pertama Saya Duduki SPM Yang Juga Merupakan Hari Lahir Saya


Perasaan hiba dan sedih yang menyelubungi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Fatin Najhan Hasaruddin, 17, selepas menjawab kertas pertama SPM iaitu Bahasa Malayu 1, apabila dimaklumkan ayahnya telah meninggal dunia 7 jam sebelum itu.

Bapa Fatin, Nasrudin Hashim telah meninggal dunia pada jam 2.50 pagi tetapi berita pemergian bapanya itu tidak dimaklumkan kepada Fatin yang tinggal di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Muar kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya untuk menghadapi SPM.

Lebih memilukan pemergian Nasrudin yang menghadapi komplikasi buah pinggang itu adalah pada hari lahir Fatin yang ke 17.

Menurut Fatin, dia telah dimaklumkan tentang pemergian bapanya itu selepas selesai menjawab kertas BM 1 sebelum dibawa pulang oleh kakak dan abangnya untuk majlis pengebumian.

"Ketika itu saya agak ralat kerana dimaklumkan agak lambat tentang pemergiaan ayah, namun jika difikirkan balik saya redha kerana tahu keluarga tidak mahu saya hilang tunpuan untuk menduduki SPM."

"Tiada apa yang dapat saya ungkapkan, hiba apabila insan yang paling rapat dengan saya pergi untuk selama-lamanya," katanya dipetik Harian Metro.


Fatin bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana sempat menghadiri majlis pengebumian ayahnya itu yang diadakan pada jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam Parit Tiga, Muar.

"Ayah telah berpesan sebelum ini supaya saya menumpukan perhatian penuh kepada SPM dengan tidak terlalu memikirkan akan kesihatannya."

"Arwah kata tanggungjawabnya adalah mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya, seperti ada maksud disebalik kata-kata itu, tidak sangka ayah pergi pada hari pertama saya menduduki SPM yang juga merupakan hari lahir saya," katanya lagi. - Siakapkeli.my