Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

BIADAP! Genji Buskers menceritakan situasi semasa kejadian


Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri dicabul di tempat awam?
Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.
Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.
Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.
"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.
"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.
Terbaring berdarah
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.
Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.
"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.
Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.
"Takut juga dia mati," katanya.
Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.
Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.
Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.
Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.
Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.
"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.
"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya.

Saturday, February 13, 2016

Pencuri Sempat Jamu Selera, Minum Air Ribena Ketika Pecah Masuk Rumah

Pinggan dan botol air yang dibawa keluar suspek untuk menjamu selera dan menghilangkan dahag sebelum melarikan diri. Foto : Sinar Online.

BERA, 12 Feb - Seorang atau sekumpulan lelaki yang dipercayai melakukan aktivi memecah masuk beberapa buah rumah di sini sempat menjamu selera mereka menikmati nasi berlaukkan ikan sardin, ayam dan ikan goreng serta menghilangkan dahaga mereka dengan minuman soya dan air Ribena sebelum melarikan diri.

Menurut salah seorang mangsa, Fatimah Senah, 60, suspek memasuki salah sebuah bilik dimana dia dan dua anak perempuannya tidur dan menyelongkar almari baju sebelum melarikan seutas gelang tangan.

Tambahnya lagi, semasa kejadian, tiada langsung kedengaran bunyi sedangkan almari itu akan berbunyi jika ditutup atau dibuka.

"Saya tidur dekat dengan almari. Itupun saya tidak dengar dan tidak sedar. Cuma anak lelaki saya, pada ketika itu, terkejut dari tidur dan bergegas ke arah dapur dan melihat besi tingkap telah dipotong.

"Tetapi, suspek sempat pula makan nasi sekali dengan lauk-lauk yang ada atas meja. Dia letak dalam satu pinggan, ambil satu bekas air dan makan di luar bahagian dapur," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Namun, setelah pemeriksaan, hanya seutas gelang tangan sahaja yang hilang.

Seorang lagi mangsa, Khoisiah Abdullah, 66, berkata dia tersedar apabila suspek cuba memasuki bilik tidurnya untuk kali kedua selepas berjaya mengambil wang lebih RM700 yang disimpan di dalam beg tangannya.

Selain itu, dua buah telefon bimbit yang diletak berdekatan bantal turut dilarikan suspek dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 pagi tadi.

"Saya tersedar sebab terasa seperti ada orang. Bila saya bangun, suspek cuba ambil beg tangan yang lain kerana beranggapan ada wang tunai di dalamnya.

"Saya terkejut, dan menjerit minta tolong. Dia pun terkejut sebab saya terjaga dari tidur bergegas berlari ke arah dapur dan keluar ikut pintu dapur," katanya.

Namun, Khosiah bersyukur kerana suspek tidak bertindak di luar kawalan.

Seorang lagi mansa, Amalina Hassan, 24, berkata kejadian hanya disedari apabila keluarganya bangun untuk solat Subuh.

"Taktik yang digunakan sama sahaja, suspek potong besi tingkap di bahagian tengah, tarik keluar cermin dan masuk ikut tingkap.

"Kebetulan beg tangan mak ada di atas sofa, suspek ambil beg tangan itu. Jadinya, kad pengenalan, kad bank, duit tunai lesap," katanya.

Selain itu Amalina juga berkata laporan polis telah dibuat dan ibunya juga telah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan baru.

Laporan dari Sinar Online juga turut berkata pihaknya telah mendapat penjelasan dari Ketua Peneroka Felda Sebertak, Ahmad Long.

Menurut Ahmad Long, dalam tempoh 33 hari sepanjang tahun ini sahaja sudah tiga kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku sekitar kawasan tersebut.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan pihak polis juga telah melakukan siasatan awal di setiap rumah mangsa.

"Kita harap, penduduk lebih berwaspada demi keselamatan masing-masing pada masa akan datang, dan bersama-sama bekerjasama membanteras jenayah di kampung ini," kata Ahmad.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan siasatan masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my

Friday, February 5, 2016

"Bermulalah sesi pemukulan antara mereka semua", Video Kes Buli Pelajar Tersebar


5 Feb - Jika sebelum ini tersebar video enam orang lelaki membuli dua pelajar dengan menyuruh salah seorang mangsa mencium jalan, kini timbul pula satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar memukul seorang pelajar.

Video itu dimuat naik di laman Facebook Zack Rockstar dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan beratus-ratus komen yang mengkritik tindakan kumpulan tersebut.

Video itu dimuat naik pada 3 Februari lepas oleh Facebook tersebut.

"Bermulalah sesi pemukulan antara mereka semua", kata salah seorang pelajar dalam video terbabit.

Video berdurasi selama 1 minit 10 saat itu berakhir dengan rakaman beberapa pelajar lain yang dilihat cuba meleraikan perkara itu. - Siakapkeli.my




Kau nak sangat jadi gengster kan? Haaa jap lagi kawan2 gua viralkan video korang ni. Sekali dengan pengacara tu nanti kena kutip#makktoll
Posted by Zack Rockstar on Tuesday, 2 February 2016

Wednesday, February 3, 2016

Dipukul hingga mati kerana tercicir ambil penumpang


KLANG, 4 Feb - Impian seorang pemuda untuk menamatkan zaman bujangnya tidak kesampaian apabila hayatnya berakhir dengan tragedi selepas dia dipukul oleh seorang lelaki di tepi Jalan Kampung Sungai Udang di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam selepas mangsa dikatakan tertinggal untuk mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.

"Kerana terlalu bengang, suspek kemudiannya bertindak mengekori van yang dipandu mangsa dengan motosikalnya dan ketika menghampir van berkenaan suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan itu.

"Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri," katanya.

Mangsa kemudian meninggal dunia dalam van tersebut.

"Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan danbedah siasatan akan dilakukan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.





Tuesday, February 2, 2016

Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral


PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.
Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 'view' dan 541 'like', dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.
Dalam video itu, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu berkata, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.
"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.
"Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini," katanya.
Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.

"Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran," katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.

Monday, February 1, 2016

Tragedi Hantar Anak Ke Taska, Kanak-kanak empat tahun maut

Kesan darah di tempat kejadian .Kredit foto : Harian Metro / Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu, 1 Feb: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh ibunya yang dipercayai tertekan pedal minyak di kawasan parkir di Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, Kota Kinabalu pada pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 pagi itu, dua murid taska yang lain serta seorang guru turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II.

Mangsa yang maut adalah Megan Wong Shi Ting manakala yang cedera adalah Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, Mohd Fakhriy Fasyin Norman, 5, dan Valin Shammi, 25.

Laporan Harian Metro melaporkan, sebelum kejadian ibu kepada Megan, 36, menurunkan anaknya di depan pagar taska tersebut.

Kemudian, dia masuk semula ke dalam kereta dan dipercayai tertekan pedal minyak keretanya sehingga terlanggar Mega yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya.

Megan disahkan meninggal pada 10.10 pagi di Hospital Queen Elizabeth II.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, siasatan lanjut masih dijalankan. - Siakapkeli.my

Thursday, December 31, 2015

Mayat bayi lelaki dalam beg plastik hitam ditinggalkan di masjid


BEG plastik yang mengandungi mayat bayi lelaki ditinggalkan dalam masjid Kampung Expo Kamunting. - Foto Nor Raidah Awang

TAIPING: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam masjid Kampung Expo dekat Kamunting di sini, pagi tadi. 


Mayat bayi terbabit ditemui siak masjid itu jam 10 pagi dalam beg plastik hitam yang ditinggalkan di hadapan pintu masuk ruang solat jemaah wanita. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata siasatan awal menemui sekeping nota ditinggalkan bersama mayat bayi berkenaan. 

"Nota itu meminta supaya mayat bayi terbabit diuruskan kerana pihak yang meninggalkan bayi terbabit tidak berkemampuan," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata, mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat. 

"Polis akan menjalankan siasatan berhubung kes ini bagi menjejaki suspek yang meninggalkan mayat bayi lelaki itu," katanya.

Wednesday, December 30, 2015

Pelajar wanita trauma dirakam di dalam tandas

Gambar hiasan

KAJANG – Seorang pelajar wanita terpaksa berdepan detik hitam apabila suspek yang juga seorang pelajar bertindak merakam ketika mangsa berada di dalam tandas.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, di sebuah institut pengajian tinggi dekat sini, kelmarin, mangsa berusia 20 tahun, sendirian meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Menurut sumber, mangsa kemudian ke tandas berhampiran perpustakaan tersebut untuk membuang air.

“Ketika di dalam tandas, mangsa melihat objek mencurigakan iaitu telefon bimbit di bahagian atas tandas. 

Mangsa kemudian bergegas keluar dari tandas untuk melihat jika ada individu melakukan perkara itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun berasa curiga melihat pintu tandas disebelahnya yang tertutup rapat.

Katanya, setelah ditunggu beberapa minit, kemudian keluar seorang lelaki yang juga pelajar di institut terbabit.

“Mangsa telah meminta penjelasan daripada lelaki terbabit berhubung insiden memalukan itu. Kemudian video mangsa dipadam oleh pelajar lelaki berkenaan, bagaimanapun, pemeriksaan menemui beberapa video lai,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard, mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya,  telefon bimbit suspek dirampas dan dia kini ditahan untuk siasatan selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Penjelasan polis sebaran viral berkaitan kejadian remaja berumur 14 tahun dilarikan oleh Van Putih



SHAH ALAM – Polis Sleangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak seorang remaja yang dipercayai hilang dilarikan suspek menaiki van putih.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Selangor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, pasukan penyiasat ini ditubuhkan bagi menjejak dan mengesan lokasi remaja berusia 14 tahun tersebut.

“Kini, siasatan serta operasi untuk mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan.

“Justeru, polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150.

Mengulas berkenaan kes terbabit, Abdul Samah berkata, sebelum itu, ibu mangsa menyedari kehilangan anaknya itu kira-kira jam 2.30 petang, Ahad lalu, selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat pada keesokannya.

Katanya, pada peringkat awal, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit di mana anaknya itu memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya.

Tambahnya, siasatan awal polis mendapati, kali terakhir mangsa dilihat kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu, bersama seorang lelaki Cina yang dipercayai merupakan teman lelakinya di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

“Siasatan juga mendapati remaja perempuan tersebut  memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.

“Malah, remaja tersebut juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah selain tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya,” katanya.

Katanya lagi, bagaimanapun, semalam kira-kira jam 7.30 malam, ibu mangsa telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu telah dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke rumah.

“Mangsa juga memberitahu dirinya telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih,” katanya.

Insiden berkenaan kehilangan remaja  dikenali Nur Amirah Athirah Abdul Majid dari rumah keluarga di Pelabuhan Klang telah menjadi viral di laman media sosial Facebook.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah seksyen 363 Kanun Keseksaan.


Kisah Toyota Estima Hitam Angkut Bawa Lari Stroller Bayi Jadi Viral


Klang - Satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Carmieylla Zulkifli yang menceritakan kisah sebuah kereta Estima bewarna hitam membawa lari stroller bayi adiknya menjadi viral di laman Facebook.

Secara ringkasnya, Carmieylla berkata kereta Estima hitam tersebut secara tiba-tiba muncul dan mengambil stroller kosong yang ditinggalkan berhampiran kereta.

Carmieylla berkata pada zaman kini, perasaan 'paranoid' terlebih adalah penting lagi-lagi pada masa kini.

Perkongsian dari Carmieylla itu mendapat lebih dari 7,000 shares.

Ikut perkongsian penuh dari Carmieylla :


Please read, please share.

Aku share creta ni, bukan niat nak salahkn or memalukan sape2. Tp utk kita sama2 (terutamanya parents), utk lebih berhati2 bila bawa anak2/ budak2 keluar zaman skrg.

Incident ni baru je jadi dlm 1 minggu lepas, kat shopping mall Klang. Adik aku, bini dia & anak dia umur 8 bulan keluar cam biasa, spending weekend together. As usual, shopping mall tu mmg sentiasa ramai org pun. So time nak cari parking, mmg la maha seksa kan. Round punya round, dapat la parking. Which mmg betul2 depan pintu masuk. Take note: Mmg amai org dok lalu lalang situ ye! (Org bleh nmpk kita, kita pun bleh nampak org).

Dah parking tu, adik aku ni turun kreta bukak bonet blkg nak keluar kan stroller baby dia tu. Dah setup stroller tu, die letak tepi kreta dia tapi belah dpn. Pastu gi blk kt kreta & siap sedia nak angkat anak dia masuk dlm stroller. (Bini nya tgh buatkan susu anak time ni).

Br beberapa langkah adik aku jln menuju kt kreta, dgn tiba2 & sepantas kilat ada 1 kreta estima black stop & blok dpn kreta dia. Sorang laki turun, and terus tarik & angkut stroller adik aku msk estima tu. Pastu blah dgn speed laju bak cheetah! And ofcos kita sedia tau…dorang bukan la niat nk curi stroller kot!! Allahuakhbar!!

So parents out there, zaman skrg mmg lg bgs jadi telebih paranoid even xde apa2! Being paranoid can be one of the safety measures to prevent this life-threatening incident from happening!

Adik aku almost hilang anak dia. The ony son! I almost lost my nephew & mak aku smp ke hari ni still x boleh sebut & cakap psl hal ni kat umah. In fact, kat umah nobody talked about it back home. We just did what we had to; leave it to the police.

Alhamdulillah, we can never thank you & sujud syukur kehadap Illahi for this protection. Frightening episode cmni bleh jadi dlm sekelip mata di tmpt yg open & x penah kita sangka! And yes, it also happened di siang hari! May Allah keep our children safe. Ameen. Kita sama2 doa, insyaAllah.

Siakapkeli.my

Tuesday, December 29, 2015

Salahkah Pertahankan Diri? Hero Mungkin Bakal Ke Tali Gantung


Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli  memberitahu bahawa  mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.


Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.


Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?"  katanya. -Siakapkeli.my

Monday, December 28, 2015

Susulan Pemandu Teksi Ditikam : Anak Akui Bapa Pernah Diserang Sebelum Ini


KOTA BHARU, 28 Dis - Susulan kejadian pemandu teksi ditikam pada petang tadi, anak kepada mangsa berkata bapanya pernah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira enam bulan lepas.

Rosnani Sudin, 33, berkata lelaki yang menunggang sebuah motosikal bertindak cuba memecahkan cermin teksi bapanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Islam Lundang tetapi gagal.

"Setahu saya, ayah tidak mempunyai musuh...ayah mesra dengan semua orang," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Rosnani, kali terakhir dia menemui bapanya adalah pada dua hari lepas.

Seorang lagi anak mangsa, Mohd Nazri Hanafiah, 23, berkata dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh jirannya.

"Saya mendapat tahu berita itu kira-kira 3 petang. Sebelum itu, saya sudah menerima mesej (Whatapps) berkaitan berita itu, cuma saya tidak percaya.

"Waktu itu, saya berada di sebuah bank di Pasir Tumbuh. Selepas mendapat panggilan dari jiran, barulah saya percaya bahawa ayah saya mati dalam keadaan yang menyedihkan," katanya. - Siakapkeli.my

Susulan Pemandu Teksi Ditikam : Anak Akui Bapa Pernah Diserang Sebelum Ini


KOTA BHARU, 28 Dis - Susulan kejadian pemandu teksi ditikam pada petang tadi, anak kepada mangsa berkata bapanya pernah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira enam bulan lepas.

Rosnani Sudin, 33, berkata lelaki yang menunggang sebuah motosikal bertindak cuba memecahkan cermin teksi bapanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Islam Lundang tetapi gagal.

"Setahu saya, ayah tidak mempunyai musuh...ayah mesra dengan semua orang," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Rosnani, kali terakhir dia menemui bapanya adalah pada dua hari lepas.

Seorang lagi anak mangsa, Mohd Nazri Hanafiah, 23, berkata dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh jirannya.

"Saya mendapat tahu berita itu kira-kira 3 petang. Sebelum itu, saya sudah menerima mesej (Whatapps) berkaitan berita itu, cuma saya tidak percaya.

"Waktu itu, saya berada di sebuah bank di Pasir Tumbuh. Selepas mendapat panggilan dari jiran, barulah saya percaya bahawa ayah saya mati dalam keadaan yang menyedihkan," katanya. - Siakapkeli.my

Kejam: Pemandu Teksi Warga Emas Ditikam Ketika Tunggu Lampu Isyarat Merah


Sunday, December 27, 2015

Video: “Parang Aku Lagi Besar Dari Parang Kau”


SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi ‘parang memarang’ antara perompak dengan seorang jurujual wanita berani, kini menjadi viral.

Video yang dikongsikan Malaysian Crime Awareness Campaign itu dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu, sekitar jam 1 petang, pada Jumaat.
Dalam rakaman tersebut suspek yang mengenakan topi keledar dilihat memasuki kedai dan menyamar sebagai pembeli, sebelum menuju ke kaunter bayaran lalu mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan untuk merompak.
Bagaimanapun, juruwang kedai itu kemudiannya turut menarik keluar parang yang lebih besar di bawah meja kaunter untuk mempertahankan dirinya.
Kedua-dua mereka seterusnya ‘bertempur’ sebelum si perompak melarikan diri, mungkin akibat terkejut dengan keberanian jurujural wanita terbabit.
Jurujual wanita terbabit pula, dilihat tidak gentar langsung apabila mengejar perompak terbabit dengan parang di tangannya.
Video berkenaan menerima banyak komen daripada netizen yang kagum dengan keberanian wanita itu mempertahankan dirinya dan juga kedai.
Seorang pengguna Facebook, Wandy Yell mengulas, “Respect-lah dgn cashier ni.. Beranii kott.. Gila ko ssh nak jumpa brani lawan mcm ni.. Semoga Allah melindungi yg benar.”
“Awesome! Perompak itu hampir kehilangan kepalanya ketika berlawan. Haha,” tulis Shaina Ramkal.
Rata-rata turut memberi komen kesemua pemilik kedai seharusnya, turut melengkapkan premis mereka dengan senjata yang boleh digunakan pekerja bagi mempertahankan diri jika keadaan memerlukan. – MYNEWSHUB.CC