Tuesday, March 3, 2015

Putus Cinta, Pelajar Maut Terjun Tingkat 10 Sekolah

GAMBAR HIASAN

DIPERCAYAI akibat putus cinta, seorang remaja 17 tahun nekad menamatkan riwayat hidupnya dengan terjun dari tingkat 10 bangunan sekolah.
Mayat mangsa ditemui berlumuran darah di padang sekolah Sri Sentosa kira-kira jam 12 tengah hari tadi, di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
sekolah
Difahamkan mangsa pada mulanya meminta izin untuk ke tandas namun oleh sebab dia tidak muncul-muncul pada masa yang terlalu lama, guru serta rakan-rakan pergi mencarinya.
Mereka kemudiannya menemui buku nota mengandungi ayat tulisannya, mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan guru.
Unit Forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Menurut guru dan rakan-rakan, mangsa sebelum ini seorang pelajar yang ceria, berdisiplin dan tidak suka menimbulkan masalah di sekolah.
- MYNEWSHUB.CC