Sebelum ini Zizan Razak ialah antara pelawak yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova yang sering menghantar mesej lucah melalui pendedahan dua orang wanita. Zizan bagaimanapun menafikan dia ialah pelawak yang dimaksudkan.
Melalui BH Plus, Zizan bagaimanapun memberitahu akan melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis Terengganu berusia 24 tahun pada Jun ini dan akan pulang ke kampung dalam masa terdekat untuk urusan merisik dan meminang. Khabarnya, gadis pilihan hatinya itu tidak perlu bersolek tebal untuk kelihatan cantik.
Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu.
Bagi Zizan keputusan untuk berkahwin dalam masa yang singkat ini bukan satu tindakan drastik atau terburu-buru. Dia membuat keputusan itu memandangkan usianya mencecah 31 tahun pada 15 April ini.
Namun begitu, Zizan mendakwa dia juga menderita dan menangis hatinya sehinggakan dia terpanggil untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.
Kalau begitu eloklah. Walaupun dia melihat tindakan ini sebagai bukan sesuatu yang drastik, lain pula dengan masyarakat yang memerhati. Diharap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat Zizan dan bakal isteri.