GAMBAR HIASAN
UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan bersetubuh, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.
Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.
Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kem@luan isterinya sehingga menyebabkan kematian.
“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.
Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.
Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” – Agensi/myMetro Online