Sunday, February 14, 2016

Guru Agama Dakwa Dipukul Oleh Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"

ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.

Guru terbabit, Mohd Na'im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya ditahan oleh anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai tersebut.

"Saya dalam pejalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.

"Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Portal berita NST pula melaporkan guru tersebut turut  memberitahu polis tersebut turut memakinya dengan berkata "pergi mampus la dengan motosikal hang" dan juga merendahkan profesennya sebagai guru agama dengan berkata "hang cikgu bodoh".

Selain itu, Mohd Na'im turut berkata polis berkenaan turut menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.

"Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah.

"Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.

"Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit," katanya.

Na'im berkata dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokan harinya (10 Februari) ketika mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut. - Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon