MENGIKUT hukum Islam memang sah akad nikah yang berlangsung tanpa persetujuan isteri pengantin lelaki sedia ada.
Bagaimanapun, ada sebabnya mengapa keizinan isteri terdahulu tetap jadi salah satu syarat jika ingin berpoligami di negara kita. Ianya tak lain tak bukan bagi membela hak wanita agar tak mudah dianiaya bila si suami mahu tambah ‘cawangan’ baru.
Berasakan dirinya ditipu ‘hidup-hidup’, seorang wanita kini mencetus sensasi Internet apabila dirakam menyerang suami ketika tengah bersanding dengan madunya.
Berdasarkan suara dalam rakaman video yang kian viral ini, wanita terbabit mendakwa dia tidak bermaksud mahu malukan pengantin lelaki tetapi tak puas hati suaminya kahwin senyap-senyap sementara dia ditinggalkan selepas tiga bulan dinikahi.
Keluarga pengantin perempuan pula, didakwanya pura-pura tak ambil tahu namun tup-tup berlangsung majlis perkahwinan pada hari itu.
Apa-apa pun jadikanlah apa yang berlaku ini satu pengajaran.
Dari satu segi tak patutlah cari keadilan sampai aibkan orang di majlis kahwin namun bila masalah diselesai dengan cara melarikan diri, maka ianya boleh jadi kian kusut dan mencetus insiden mengaibkan seperti ini. – MYNEWSHUB.CC