Tuesday, January 5, 2016

Solat Hajat 10 Kali Sehari Antara Rahsia Kejayaan Dikongsi Datuk Vida


Kuala Lumpur: Disamping menceritakan pengalamanya yang sejak kecil sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan harian, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida  telah berkongsikan salah satu kejayaannya dipetik laporan Harian Metro.

 “Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.

Menurut Datuk Vida, amalan berkenaan telah diamalkannya sejak kecil lagi selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa disamping sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya lagi. - Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon