Wednesday, January 6, 2016

Ibu risau dua jam anak hilang angkara riben kuning


PUCHONG – Gara-gara riben kuning diikat pada beg sekolah disandangnya, seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana dilapor hilang hampir dua jam sebelum ditemukan selamat di Kampung Seri Aman, Puchong, malam tadi.

Ibu mangsa, Noor Syed Esa, 30 berkata, dia menghantar anaknya, Irfan Haziq Mohd Suiskandar,7 ke sekolah kira-kira jam 12.30 petang semalam menaiki motosikal.

Dia kemudian kembali ke sekolah kira-kira jam 6.20 petang untuk mengambil anaknya namun dia berasa  mula gelisah apabila anaknya itu tidak kelihatan sehingga jam 7 petang.

Noor berkata, hatinya mula resah apabila semua murid sekolah sudah pulang namun anaknya gagal dikesan meskipun pencarian dilakukan bersama dua guru di seluruh kawasan sekolah.

“Masa murid keluar, ramai ibu bapa menyerbu di pintu pagar sekolah, memang saya tak nampak Irfan keluar masa tu...bila dapati anak hilang saya rasa cuak, air mata tak henti-henti mengalir kerana perasaan bercampur baur,”katanya.

Noor berkata, suaminya berjalan kaki mencari anaknya di sekeliling kawasan pangsapuri kos rendah berhampiran sekolah.

Dia yang menghidap sakit jantung berkata, turut meminta bantuan seorang rakan memviralkan kehilangan anaknya di grup laman sosial sebelum seorang pemandu van sekolah menghubungi telefon bimbit memaklumkan anaknya ditemui.

Pemandu van sekolah memberitahunya ada riben kuning yang menjadi penanda bagi dia mengenal penumpangnya diikat pada beg mangsa menyebabkan dia menyangka mangsa turut menaiki vannya.

“Irfan pun tak tahu siapa yang ikat riben tu di begnya, pemandu van ada tanya rumahnya di mana, tapi dia tahu tunjuk arah, apa pun syukur dia ditemui dengan selamat,”katanya.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon