Friday, October 9, 2015

Hanya Makan Rumput & Buah, Buang Mayat Rakan Yang Sudah Tiada - Mirsudial & Norieen


Kota Bharu, 9 Okt - Mirsudial dan Norieen, dua pelajar orang asli yang ditemui petang tadi selepas dilaporkan hilang selama 48 hari berkata mereka cuma makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan untuk meneruskan hidup.

Mirsudial dan Norieen antara 7 pelajar yang dilaporkan hilang selepas dikatakan melarikan diri kerana takut dimarahi guru kerana mandi sungai tanpa kebenaran guru pada 23 Ogos lepas.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, Mirsudial dan Norieen juga turut menyatakan mereka bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia.

"Difahamkan mangsa yang masih hidup telah bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.

"Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," kata beliau. - Siakapkeli.my


Kronologi Kejadian 


9 Okt 2015:
- Dua dari tujuh pelajar Orang Asli, Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11 ditemui di dalam hutan berhampiran dengan Sungai Perias.

-Dua pelajar itu ditemui bersama satu mayat perempuan.

- Polis sahkan mayat yang ditemui pada 8 Okt sebagai Ika Ayel.


8 Okt  2015:

- Mayat reput yang ditemui pada 7 Okt disahkan sebagai Sasa Sobrie.

- Polis mengesahkan penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak pada 3.50 petang.

7 Okt 2015:
- Mayat salah salah seorang pelajar ditemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias.

28 Sept 2015:
- Selepas 37 hari hilang, Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi menemui keluarga pelajar dan berkata elemen culik turut diambil kira.

17 Sept 2015:
- Operasi mencari diperluaskan sehingga 140 KM dan melibatkan JPM, RELA, JAKOA serta penduduk.

1 Sept 2015:
- Polis membuat pendedahan sepasang stoking yang ditemui. Polis percaya ia menjadi petunjuk baru dalam kes ini. Bagaimanapun, stoking kemudian disahkan bukan milik mana-mana pelajar yang hilang.

29 Ogos 2015:
- Kawasan pencarian diperluaskan selepas pihak polis percaya kanak-kanak tersebut berkemungkinan tersesat dalam hutan ketika mencari makanan.

25 Ogos 2015:
- Operasi mencari dijalankan oleh penduduk kampung, pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli selepas laporan polis dibuat.

23 Ogos 2015:
- Tujuh orang pelajar Orang Asli dari SK Pos Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang kerana takut dikenakan denda kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Thursday, October 8, 2015

Lagi Kes Eskalator Di China, Kali Ini Budak Mati Tersepit!


NAMPAK gaya insiden ngeri yang berkaitan dengan eskalator di China masih belum berakhir.
Sejak kemalangan eskalator ‘membaham’ seorang wanita di negara itu pada Julai lalu, tragedi membabitkan jentera tersebut dilihat makin menjadi-jadi.
Terbaharu, gambar seorang kanak-kanak yang mati akibat tersepit di celah eskalator di Chongqing telah tersebar di laman sosial di negara itu.
wmmmm
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 11 pagi tadi di stesyen metro di sana. Menerusi gambar itu, ibu mangsa dan seorang kanak-kanak lain yang berada di situ dilihat menangis di tepi mayat budak malang itu.
wmmm
Difahamkan, siasatan masih lagi dijalankan mengenai punca dan bagaimana insiden tersebut berlaku.
Mohon agar orang ramai sentiasa berwaspada dan awasi anak-anak ketika menggunakan eskalator. Jangan bila benda dah berlaku baru nak menyesal.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC

Monday, October 5, 2015

Video: Ngeri… Wanita Ditetak Bertalu-Talu Di Port Dickson


RAKAMAN video yang memaparkan aksi seorang wanita ditetak bertalu-talu oleh dua orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan mangsa telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu di hadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayai ibu mangsa namun gagal.
(Amaran! Paparan video kejadian mungkin akan mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan untuk tidak melihat.)

Wanita Parah, Ditetak 2 Lelaki Guna Parang oleh mynewshub

Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan 30 minit selepas kejadian berlaku setelah mendapat maklumat daripada ahli keluarga mangsa.
Menurut laporan daripada Sinar Harian, suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas menetak seorang wanita berusia 20-an itu di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.
Punca kejadian dikatakan adalah disebabkan hasrat mangsa yang membuat keputusan untuk bercerai dengan suspek, seperti mana yang diberitahu oleh seorang pengguna Facebook, Jay Alagan yang mengenali mangsa.
“Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala,” katanya.
Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya.
“Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.
“Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah beberapa kali dibuat ke atas lelaki ini. Namun, pihak polis dikatakan tidak pernah mengambil apa-apa siasatan keatas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi.
“Sebelum ni bapa perempuan tu da buat lima laporan polis terhadap menantu dia sebab dua kali dia cuba membakar rumah dan ugut nak bunuh anak perempuan dia tetapi polis tak ambil apa-apa tindakan disebabkan tidak ada bukti yang cukup. Bodoh!” ulas Jay dengan penuh marahnya.
“Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak,” kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson. – MYNEWSHUB.CC

Saturday, October 3, 2015

Kisah Ngeri Hidup Dengan Jiran Tak Bertamadun


SIAPAKAH antara anda semua ada pengalaman memiliki jiran yang membuatkan hidup anda umpama mimpi ngeri?
Mesti ada sebahagian yang pernah melalui perkara seperti itu kan.
Kita mungkin terlalu banyak bertolak ansur dengan jiran ‘sakit otak’ ni.
Kita menolong tetapi kita yang dipermainkan.
Bayangkan, pasti menyedihkan bukan kalau jiran kita anaknya terlalu ramai dan tak mampu nak bagi makan sehingga ada di kalangan mereka yang datang sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin dan ada pula yang masuk rumah kita dengan dokumen.
Kita bagi makan, kita bagi minum, ajar dia membaca dan menulis malah ajar jiran tu macam mana nak urus rumah tangga.
Namun, jiran kita ni rupanya tidak bertamadun.
Bukan sahaja tidak reti nak ucap terima kasih dan bersyukur tetapi nak buat perangai bodoh sombong pula.
mynewshub.cc
Dah kita tolong macam-macam, dia bakar sampah pulak setiap hari dan bagi rumah kita penuh asap.
Bukan sekali sekala, setiap tahun selama puluhan tahun duk asyik bakar sampah. Mungkin sebab bodoh jadi dia tak tahu ada cara lain uruskan sampah selain pada bakar.
Lepas tu dia tuduh anak-anak kita pula yang bakar.
Kalau iye anak kita bakar, bagilah bukti dan sepak la anak kita pasal tak hormat kawasan rumah dia. Dah rumah dia, dia la berkuasa untuk bertindak kan.
Bila kita mengeluh, dia kata dia tanam banyak pokok bunga yang membekalkan udara selama berbulan-bulan.
Dia tanya, masa dapat oksigen pada bunga tu tak pulak ucap terima kasih… masa ada asap kita marah.
Erk… kebodohan apa ni…kat rumah kita pun ada pokok bunga dan rumput dan macam-macam.
Udara kita pun jiran tak bertamadun kita tu rasa jugak bila ada perubahan arah angin bertiup.
Lagi tak masuk akal, masalah bakar sampah itu perlu 3 tahun nak selesai.
Hakikatnya, dah berpuluh bilion duit kita sampai ke rumah jiran tak bertamadun tu melalui anak-anak pendatangnya yang membolehkan jiran kita dan anak-anak yang lain dapat makan tetapi tak pula disebut.
Nasib la dapat keje kat rumah kita, sebab itu mak bapak dia boleh makan kat rumah sebelah tu.
Pasal oksigen yang entah pada mana hendak dijadikan alasan.
Namun itulah nasib badan. Kalau dah dapat jiran bodoh, memang malang la hidup kita.
Kalau kat kawasan perumahan mungkin boleh pindah, tapi kalau tuhan dah tetapkan jiran bodoh tu sebelah negara, maka hiduplah kita melayan kebodohan mereka selamanya!!! – MYNEWSHUB.CC

Thursday, October 1, 2015

Lelaki Miliki Kuku Paling Panjang Di Dunia Mahu Simpan Di Muzium


Eeeee jijik melihat kuku yang panjang ini namun bagi lelaki ini, Shridhar Chillal, 78, dari India, dia mula menyimpan kuku tersebut sebagai menyambut cabaran daripada gurunya ketika bersekolah dulu.
Ukuran kuku berkenaan adalan 909.6 cm dan dia telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lelaki yang memiliki kuku paling panjang di dunia.
Ketika mendedahkan kenapa dia menyimpan kuku itu, Chillal berkata, ketika kecil rakannya telah dipukul oleh guru mereka disebabkan dia mematahkan kuku gurunya itu.
“Kami bertanya kepada guru kami kenapa dia marah, dia memberitahu hanya mereka yang memiliki kuku panjang sahaja akan mengetahui sebabnya.
kuku
“Bermula dari situ saya menyahut cabaran berkenaan dan tidak lagi memotong kuku,’’ katanya.
Jelasnya, keadaan berkenaan memberikan masalah kepadanya kerana keluarganya tidak suka dengan keadaan tersebut malah tiada sesiapapun di kalangan anggota keluarganya mahu mencuci bajunya.
Dia juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, dia juga dijauhi oleh wanita kerana mereka menyifatkannya sebagai pengotor dan jika ada wanita yang suka padanya pula, keluarga mereka pula menentang kerana bimbang kuku Chillal akan membelit leher anak perempuan mereka.
Namun Chillal berkahwin juga pada usia 29 tahun dengan kakak ipar kepada adiknya.
Kini, Chillal merancang untuk memotong kuku tersebut dan menyimpannya di muzium. Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila dia akan berbuat demikian.
“Saya menyimpan kuku ini sejak 1952, dan sekarang ia sudah bersama saya selama 62 tahun,’’ katanya.Eeeee jijik melihat kuku yang panjang ini namun bagi lelaki ini, Shridhar Chillal, 78, dari India, dia mula menyimpan kuku tersebut sebagai menyambut cabaran daripada gurunya ketika bersekolah dulu.
Ukuran kuku berkenaan adalan 909.6 cm dan dia telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lelaki yang memiliki kuku paling panjang di dunia.
Ketika mendedahkan kenapa dia menyimpan kuku itu, Chillal berkata, ketika kecil rakannya telah dipukul oleh guru mereka disebabkan dia mematahkan kuku gurunya itu.
“Kami bertanya kepada guru kami kenapa dia marah, dia memberitahu hanya mereka yang memiliki kuku panjang sahaja akan mengetahui sebabnya.
kuku
“Bermula dari situ saya menyahut cabaran berkenaan dan tidak lagi memotong kuku,’’ katanya.
Jelasnya, keadaan berkenaan memberikan masalah kepadanya kerana keluarganya tidak suka dengan keadaan tersebut malah tiada sesiapapun di kalangan anggota keluarganya mahu mencuci bajunya.
Dia juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, dia juga dijauhi oleh wanita kerana mereka menyifatkannya sebagai pengotor dan jika ada wanita yang suka padanya pula, keluarga mereka pula menentang kerana bimbang kuku Chillal akan membelit leher anak perempuan mereka.
Namun Chillal berkahwin juga pada usia 29 tahun dengan kakak ipar kepada adiknya.
Kini, Chillal merancang untuk memotong kuku tersebut dan menyimpannya di muzium. Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila dia akan berbuat demikian.
“Saya menyimpan kuku ini sejak 1952, dan sekarang ia sudah bersama saya selama 62 tahun,’’ katanya.

Gambar Viral Kanak-Kanak Fasih Berbahasa Malaysia Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis


KOTA BHARU: Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kelantan hari ini menafikan dakwaan yang menjadi viral di laman sosial kononnya seorang kanak-kanak fasih berbahasa Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.

Memetik laporan BERNAMA, Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan berkenaan pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014.

Carian kami di Google

"Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi bernama turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu.

"Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini," katanya - Siakapkeli.my