Monday, November 2, 2015

4 Taman Tema BEST Yang Bakal Dibuka Di Malaysia


TIPULAH siapa yang kata dia tak suka bersantai kat taman tema. Boleh dikatakan inilah antara aktiviti hilangkan stres yang disukai ramai terutama jika pergi bersama kawan-kawan dan keluarga.
Setelah penat bekerja, kegembiraan menghabiskan masa di taman tema adalah sangat menakjubkan.
Apa pun, di bawah ini adalah 4 taman tema menarik yang bakal diwujudkan di Malaysia. Tak sabarnya!

1) 20th Century Fox World @ Genting Highlands

tema 1
tema 10
Taman tema 20th Century Fox yang pertama di dunia ini bakal beroperasi di Genting Highlands dan akan dibuka pada 2016. Sabar jap je lagi, nanti bila dah siap kita serbu Genting Highlands ramai-ramai.. siapa nak ikut?

2) Ubisoft Theme Park @KL

tema 2
Bagi peminat video game Assassin Creed, taman tema ini pasti menarik minat anda. Taman tema yang akan diadakan secara indoor ni khabarnya akan dibuka pada 2020. Kalau jadi.. boleh la anak cucu kita yang minat Assassin serbu tempat ni beramai-ramai nanti.

3) Movie Animation Park Studios (MAPS) @Ipoh

tema 3
Taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ini merupakan taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia dan ia berada di Malaysia atau lebih tepat lagi di negeri Perak. Wowww! Ia akan dibuka pada Disember 2016. Nantikan!

4) Jurassic Park @Melaka

tema 4
Malaysia diserang dinasor? Alamak! Alaa dinasor-dinasor yang kat dalam movie Jurassic Park tu.. pernah tengok kan? Bawalah adik-adik atau pun anak-anak ke sini,confirm diorang gembira sampai terbawak dalam mimpi. Ia terletak di Melaka akan dibuka pada 2016. Tak lama dah!
Apabila kesemua taman tema ini dibuka, bermakna makin banyaklah tempat bercuti menarik terdapat di Malaysia untuk dikunjungi bukan? Lebih jimat, lebih menggembirakan dan paling best tak payah berhabis banyak duit pergi luar negara lagi. -MYNEWSHUB.CC

Sunday, November 1, 2015

5 "Trik" Dealer Kereta Yang Semua Orang Perlu Tahu Untuk "Selamat"


Membuat keputusan untuk kereta bukan perkara yang mudah.

Disebabkan itu di setiap tempat menjual kereta, anda akan menemui seseorang yang dipanggil "car dealer" yang mana bertujuan untuk memudahkan proses membuat keputusan dalam membeli kereta.

Adat dunia, setiap perkara ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga dengan car dealer; ada yang bagus dan ada yang penuh dengan "trik". Sekiranya anda berurusan dengan seorang car dealer yang bagus dan jujur, anda seorang yang bernasib baik. Tapi bagaimana pula jika anda berurusan dengan seorang car dealer yang penuh dengan trik?

Untuk mempersiapkan diri anda dengan trik-trik yang biasa digunakan oleh car dealer, kami kongsikan 5 trik yang biasa digunakan oleh mereka.


1 - Fokus Kepada Bayaran Bulanan Sahaja

"Kalau nak kereta ni cuma perlu bayar RM850 sebulan". Itu ayat yang biasa yang akan keluar dari seorang dealer kereta bagi menampakkan kereta itu mampu dimiliki oleh pembeli. Tapi hakikatnya, banyak lagi benda yang perlu difikirkan contohnya penjimatan minyak, insuran, maintainance. Hakikatnya, bayaran bulanan terletak pada jumlah loan dan juga kadar bunga yang akan dikenakan oleh pihak bank.

Salah satu cara untuk mengatasi dealer ini adalah dengan tidak bercakap langsung tentang bayaran bulanan tapi fokuskan kepada berapa harga paling murah yang mampu diberikan oleh dealer itu untuk sesebuah kereta.


2 - Pilih mangsa

"Nak cari kereta sedan ke MPV ke SUV?". Soalan ini sebenarnya bertujuan untuk mengetahui adakah pembeli itu datang untuk membeli kereta yang dia mahu atau datang untuk mencari sebuah kereta yang mungkin dia inginkan. Sekiranya pembeli menjawab "Tak, saya datang untuk tengok-tengok dulu", ini boleh mendatangkan bahaya kerana dealer itu sudah pun dapat memancing si pembeli untuk mendengar cadangan-cadangan darinya yang kebanyakannya indah-indah belaka.

Cara untuk mengatasi teknik adalah dengan membuat research terlebih dahulu kereta apa yang anda inginkan dan sentiasa membawa telefon supaya anda dapat membuat research sendiri dari mendengar cadangan manis dari dealer.



3 - Beli sekarang, kalau tak...


"Promo ni bulan ni je ade. Bulan depan dah tak ada dah". Ini merupakan ayat bagi membuatkan si pembeli merasa rugi sekiranya dia tidak melakukan proses pembelian sekarang. Mungkin dari hanya untuk "test drive" sahaja, pembeli akan membuat mengikat dirinya selama bertahun-tahun hanya untuk sebuah kereta. Hakikatnya, promosi sentiasa ada. Lebih-lebih lagi jika kereta itu sudah lama dikilangkan.

Jika niat anda bukan untuk membeli, pastikan anda kekal kepada niat itu. Jangan sesekali terpengaruh dengan janji manis dari dealer kereta tentang promosi dan sebagainya.


4 - Penggunaan 'Statistik'

"Kereta ni yang paling laku sekarang". Seorang dealer tahu, pembeli mahukan yang terbaik dari apa yang dibayarnya. Jadi antara ayat yang akan keluar dari mereka adalah ayat ini. Mungkin benar, mungkin tidak, kereta yang bakal dibeli adalah kereta yang paling laku tapi ayat itu sebenarnya akan membuatkan pembeli berfikir "orang lain banyak beli, kereta ni pasti OK". Tapi betul ke kereta tu OK atau ianya laku disebabkan oleh "marketing" semata-mata?

Sekali lagi, buat research terlebih dahulu sebelum pergi berurusan dengan dealer kereta.


5 - Dua Muka

"Ni saya dah tanya bos, siap potong part saya lagi untuk awak". Teknik ini bertujuan untuk membuat anda rasa seolah-olah dealer tu 'rakan' yang mengambil berat tentang anda. Siapa lagi yang kita nak percaya selain dari rakan kita? Teknik ini sebenarnya sudah lama tapi masih lagi efektif diguna pakai sehingga ke hari ini. Pada hakikatnya, trik ini digunakan untuk membuatkan si pembeli merasa lebih yakin untuk membeli kereta dengan dealer itu.

Jangan terpedaya. Selagi boleh minta kurang, teruskan sampai anda capai target anda.

Bonus Tip : Sekiranya dealer ada menawarkan option untuk promosi; sebagai contoh pilih antara rebat atau diskaun bodykit atau free goodies atau +2 years warranty, pastikan anda sentiasa memilih rebat. Ini kerana rebat akan diguna pakai sebagai downpayment manakala benda-benda lain boleh dibeli lain kali. Tapi bayaran muka hanya boleh dibuat pada awal pembelian sahaja.

Sekiranya anda tertanya-tanya masa yang paling baik untuk membeli kereta, ianya pada bulan Oktober/ November kerana waktu itu rebat akan banyak diberikan kerana sudah hampir penghujung tahun.  - Siakapkeli.my

(Video) UFO Singgah di Melaka?


Semalam, seorang pengguna Youtube, Alanj2007 Games memuat naik satu video yang dikatakan olehnya dua objek aneh di ruang udara Melaka.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan dua objek tersebut, satu di sebelah kiri dan satu lagi ditengah-tengah video terbabit.


Objek pertama dilihat mengeluarkan tiga cahaya hijau dan hanya terapung-apung diruang udara sebelum hilang.


Objek yang kedua pula dilihat mengeluarkan cahaya keputihan dan meluncur dengan laju sebelum hilang seolah-olah sedang menuju ke arah objek yang pertama.

Menurut kapsyen dari video tersebut, rakaman itu diambil ketika hujan lebat. Menurut Alan dia merakam video tersebut apabila terlihat sesuatu yang aneh di langit.

Alan juga turut memberitahu video tersebut diambil di melaka pada semalam dalam jam 4 - 5 petang. - Siakapkeli.my


Saturday, October 31, 2015

Gambar Keadaan Bangkai Pesawat 7K9268 Mula Dimuat Naik Online


Berikutan nahas pesawat Rusia 7K9268, beberapa gambar yang merakamkan keadaan pesawat setelah terhempas mula dimuat naik online.

Kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan maut dan kesemua mayat mangsa telah pun dibawa ke rumah mayat di Cairo.

Pesawat Air Kolavia 7K9268 itu berlepas dari resort Sharm el-Sheikh pada 5.51 pagi untuk menuju ke St Petersburg. 23 minit kemudian, ia hilang dari radar dan terhempas di Sinai.

Pesawat itu membawa 200 penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 7 anak kapal. Tiga penumpang adalah warga Ukrain dan 214 lagi warga Rusia. - Siakapkeli.my










Saturday, October 10, 2015

(Gambar&Video) Rombongan Pengantin Kemalangan, Pengantin Lelaki Dan 3 Orang Yang Lain Terkorban


BESUT: Sebuah rombongan pengantin yang dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu telah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan pengantin lelaki Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dan tiga yang lain terkorban manakala pengantin perempuan Noraliza, 18, parah selepas tangan dan paha kirinya patah dan kini dirawat Hospital Besut


Tiga penumpang lain yang terkorban ialah ibu pengantin perempuan, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.


Menurut sumber, kedua-dua pengantin ini baru diijabkabulkan sekali majlis kenduri di rumah pengantin perempuan yang telah berlangsung semalam, hari ini mereka dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan. - Siakapkeli.my









Friday, October 9, 2015

Rakan-Rakan Lain Sudah Meninggal, 'Seseorang' Bagi Kami Makan - Noreen


Gua Musang, 10 Okt: Salah seorang kanak-kanak orang asli yang ditemui masih hidup selepas hilang selama 48 hari berkata hanya mereka berdua sahaja yang masih hidup manakala lima yang lain rakannya sudah meninggal dunia.

Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa, perkara itu diberitahu oleh Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

Namun, Siti Kasim memberitahu, maklumat tersebut disampaikan kepadanya oleh adik kepada Midah, Henry Angah di Hospital Gua Musang sebelum kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.

Noreen juga turut mendakwa mereka diberi makan oleh 'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup sampai kehari ini.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya memetik laporanmyMetro. - Siakapkeli.my