Saturday, September 26, 2015

Siti Nurhaliza Ikut Jejak Langkah Artis Lain Buat IG Review


SEJAK kebelakangan ini sudah menjadi trend ramai selebriti tempatan membuat perkhidmatan ‘Instagram (IG) Review‘ bagi membantu peniaga-peniaga online dan dalam masa yang sama dapat menambah pendapatan.
Tidak terkecuali buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang turut serta terbuka melakukan servis berkenaan di akaun laman sosial miliknya itu.
Bagaimanapun, Siti berkata, perkhidmatan itu akan diuruskan oleh syarikat anak tirinya, Ashraf Khalid iaitu A Klasse Management Sdn. Bhd. dengan bayaran yang ditetapkan.
“Saya memang tidak pernah buat ‘IG Review’ sebelum ini. Setakat meletakkan nama peniaga online yang memberi hadiah seperti tudung atau baju di IG adalah, tetapi jarang.
“Lagipun sekarang ini ramai artis yang membuat ‘IG Review‘ dengan mengenakan caj bayaran, sekarang saya pula mengikut jejak mereka.
“Cuma saya tak payah fikir nak taip apa. Semuanya disediakan pihak A Klasse dan saya hanya memuat naik di IG sahaja,” katanya kepada mStar Online.
Pada masa yang sama, Siti menyifatkan perkhidmatan itu adalah situasi berbentuk menang-menang bagi peniaga yang mahu melonjakkan jualan mereka menerusi selebriti yang mempunyai jumlah pengikut di laman sosial yang ramai. – MYNEWSHUB.CC

(Video) Lelaki 'Dirasuk' Buat Kacau Dalam Masjid, Terpekik-Pekik Dan Bersilat


SINGAPURA: Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu telah mengganggu jemaah di dalam Masjid Al Khair yang terletak di1 Teck Whye Crescent, Singapura.

Berdasarkan rakaman video yang dimuatniak ke laman sosial, lelaki berkenaan dilihat bersilat dan menjerit-jerit di dalam dewan utama masjid berkenaan ketika jemaah mahu mengerjakan solat Zohor.

Memetik laporan BERITAMediaCorp, mereka telah menghubungi Pengerusi Masjid Al Khair, Encik Rashid Ramli di mana beliau telah mengesahkan kejadian 'rasuk' itu.

Menurutnya, semasa kejadian, bilangan jemaah di dalam dewan solat masjid itu masih tidak ramai dan video kejadian tersebut sempat dirakamkan jemaah yang berada ditingkat atas masjid.

Semasa kejadian, Imam Eksekutif Masjid Al Khair, Ustaz Fakhrudin Zaki, kelihatan melaungkan azan bagi menenangkan pemuda yang tidak dikenali itu di mana lelaki yang dirasuk tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Pada suatu ketika, lelaki itu dilihat turut bersilat dan membuat akrobatik dengan kakinya hampir menendang dan mengena imam masjid.

Encik Rashid menambah, lelaki itu kelihatan 'dirasuk' atau mengalami histeria. Dia kemudian ditangkap dan direbahkan ke lantai oleh sekitar 10 orang jemaah dan kakitangan masjid untuk ditenangkan.

Setelah tenang semula, pemuda berkenaan telah dibawa kelaur oleh beberapa orang jemaah lain.

Menurut Rashid lagi ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku melibatkan jemaah histeri atau dirasuk di Masjid Al Khair.

Sebelum ini berlaku kejadian di mana seorang penuntut ITE perempuan, juga mengalami kejadian rasuk, dedah beliau. - Siakapkeli.my

Saturday, September 19, 2015

Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000

RM 1 tandatangan Aisyah

Mungkin anda tidak jangka, tetapi harga not biru RM 1 di dalam dompet anda mungkin bernilai RM1,000 di Malaysia.

Kenapa? Kerana duit RM 1 seperti dalam gambar diatas (dengan tanda tangan Aisyah) adalah duit yang tidak sepatutnya dicetak dan ia sudah dilupuskan oleh Bank Negara. Saki baki yang tinggal kini dianggap 'rare' oleh pengumpul wang sehingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan 'barang rare' ini.

Sejarah RM 1 Aisyah

Menurut penulisan dari blog Galeri Sha Banknote, blog penggemar wang unik, duit RM 1 Aisyah ini diedarkan ketika masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.


Kesilapan edaran ini hanya berlaku di cawangan Bank Negara Pulau Pinang sahaja kerana cawangan-cawangan lain sempat menerima arahan pembatalan pengedarannya. Kesemua duit RM 1 yang bertandatangan Aisyah atau Tan Sri Ali Abul Hassan telah ditarik balik dan dimusnahkan.

Blog itu juga turut memberitahu hanya 50,000 keping sahaja RM 1 Aisyah sempat diedarkan berdasarkan pengiraan yang tertentu.

RM 1 Aisyah Lama


Mungkin anda mempunyai not RM 1 lama dengan tandatangan Aisyah (seperti gambar diatas). Menurut apa yang difahamkan, nilai RM 1 ini juga mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi ia tidak dianggap 'rare' kerana ia bukan dicetak hasil dari kesilapan.

Bagaimana Nak Jual

Jika anda mempunyai RM 1 Aisyah ini mungkin anda boleh menjualnya di mudah.my atau mencari sendiri pengumpul wang yang mungkin berminat.  Anda juga mungkin boleh menganggotai mana-mana group pengumpul wang di Facebook.

Di mudah.my, not RM1 Aisyah yang baharu paling murah dijual pada harga RM 2, 750 manakal yang paling mahal dijual pada harga RM 4,500.



Mungkin pada kita RM 1 Aisyah ini hanyalah bernilai RM 1, namun bagi pengumpul wang, ia sangat bernilai dan mempunyai nilai 'sentimental value' yang tinggi.

Jika anda masih lagi mempunyai RM 1 Aisyah ini di dalam dompet, anda boleh anggap diri anda bertuah! Namun pastikan ia dalam kondisi yang tip top atau harganya akan susut. Selamat menjual. - Siakapkeli.my


Wednesday, September 9, 2015

Ibu Saya Tak Ada Duit Nak Beli Stokin Putih Cikgu, Ini Pun Ibu Saya..




Luluh hati ini takkala membaca kisah yang ditulis oleh seorang guru bernama Cikgu Kasma yang menceritakan kisah seorang muridnya bernama Fatihah mengenai perbualannya bersama murid tersebut.

Perbualan tersebut lebih kepada mengisahkan kehidupan keluarga adik Fatihah yang diibaratkan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Kisah kedaifan keluarga adik Fatihah ini diketahui hanya selepas Cikgu Kasma bertanya mengenai warna stokin yang dipakai beliau di mana ianya bewarna merah.

Cikgu berkenaan susah pasti bertanya kerana berdasarkan buku disiplin atau undang-undang di sekolah murid biasa perlu memakai stokin bewarna putih.

Kerana pertanyaan itulah segalanya terjawab, luluh hati ini kerana stokin berkenaan bukanlah dibeli tetapi hanya pemberian orang ramai kerana hendak beli stokin putih pun ibu bapanya tidak mampu.

Berikut adalah cerita yang dikongsikan oleh Cikgu Kasma di laman Facebooknya..

Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan. Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.

Dialog antara kami seperti berikut…

Cikgu: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.

Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.

Cikgu: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?

Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.

Cikgu: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)

Cikgu: Ayah awak tak kerja ke?

Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.

Cikgu: Ayah kerja di mana?

Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)

Cikgu: Pergi sekolah bawa duit tak?

Fatihah: Bawa, seringgit.

Cikgu: Mana ibu dapat duit?

Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya)

Cikgu: Di rumah selalu makan apa?

Fatihah: Makan sayur.

Cikgu: Dapat dari mana?

Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.

Cikgu: Lauk pula?

Cikgu: Ayah mancing di lombong.

Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.

Cikgu: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?

Fatihah: *hanya sekadar mengangguk

Cikguz: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.

Semoga kisah adik Fatihah ini memberi kita sedikit keinsafan dalam diri kita semua agar sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.\

Siakapkeli.my

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dibunuh Dan Kakaknya Bermur 11 Tahun Hampir Diperkosa


KUALA LANGAT: Sangat kejam dan tidak berkeperimanusiaan, itulah kata-kata yang boleh digambarkan terhadap tindakan seorang lelaki warga asing ini apabila membunuh seorang budak perempuan berumur 6 tahun selain cuba merg0l kakak mangsa berumur 11 tahun di Sijangkang di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, suspek yang merupakan seorang warganegara Kemboja telah pergi ke rumah mangsa berpura-pura mahu menghantar mangsa berjumpa ibu mereka yang hilang sebelum ini.

Suspek membawa nenek dan dua beradik berkenaan ke kawasan ladang kelapa sawit sebelum bertindak cuba merog0l kakak mangsa berumur 11 tahun.

Mangsa cuba menjerit membuatkan suspek panik lalu memukul nenek dan kedua-dua mengsa dengan kayu sehingga membuatkan nenek dan mangsa maut manakala kakaknya yang berumur 11 tahun berpura-pura pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua mayat yang ditemui semalam adalah ibu dan anak berusia 34 dan 13 tahun yang diculik sebelum itu.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek membawa kedua-duanya menaiki motosikal ke lokasi kejadian sebelum membunuh mereka dan selepas itu pulang mengambil dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia enam tahun bersama neneknya.

"Siasatan mendapati ibu dan anaknya dibunuh terlebih dulu sebelum suspek pulang dan mengambil kanak-kanak lelaki, kakaknya dan nenek.

"Motif kejadian dipercayai membabitkan penjualan dadah namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Menurutnya, suspek direman sehingga 13 September ini untuk siasatan lanjut. -Siakapkeli.my

Wanita Dipanah Petir, Terselamat Kerana Bra Yang Dipakai


Wanita disambar petir terselamat kerana bra yang dipakainya.

SEORANG wanita dilaporkan telah dipanah petir di Guangzhou, China. namun terselamat kerana baju dalam atau bra yang dipakainya ketika itu.
Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika hujan lebat melanda di wilayah Guandong, kelmarin.
Berdasarkan laporan media tempatan, wanita malang itu dikatakan meredah hujan lebat tersebut kerana mahu mengambil anaknya yang terperangkap ketika sedang beriadah di taman.
Walau bagaimanapun, anak wanita tersebut akhirnya mendapat panggilan telefon menyatakan ibunya telah dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah jambatan di situ dengan kesan bakar di bahagian dada.
Wanita yang dikenali sebagai Lai itu akhirnya sedarkan diri di hospital yang merawatnya dan menyatakan dia telah disambar petir ketika bergegas ke tempat anaknya.
Menurut Shen Han, seorang Profesor Fizik di Universiti Zhongshan, menyatakan dawai besi yang terletak pada bra wanita itu telah melantun atau mengalihkan tenaga petir daripada terkena organ dalaman wanita itu, sekali gus menyelamatkan nyawanya daripada maut.
Namun, wanita tersebut masih lagi perlu menjalani beberapa rawatan susulan untuk memastikan dia tidak mengalami kecederaan lain. – MYNEWSHUB.CC