Tuesday, April 7, 2015

Setelah 30 Tahun Kaji Agama, Ketua Sami Peluk Islam


ALHAMDULILLAH..  seorang sami Buddha yang berusia 66 tahun akhirnya memeluk Islam selepas hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini.
Pengalaman setelah menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan ini telah mendorong lelaki ini  yang tidak mahu identitinya didedahkan, mencari kebenaran dan mengakui Islam merupakan sebuah agama yang indah dan sempurna.
ketua sami 2.jpgWM
Lelaki terbabit telah mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Cina Krubong, Melaka, di sebuah majlis ringkas semalam.
Presiden Persatuan Cina Islam Melaka (MACMA), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki ini banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.
ketua sami 3
Lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.
Majlis itu disempurnakan oleh penaung MACMA,Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Sementara itu, pada majlis yang sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.
- MYNEWSHUB.CC

AKHIRNYA NEELOFA JAWAB ISU SALAM TANGAN LELAKI DI ABPBH2015


Mengambil iktibar daripada kejadian yang pernah terjadi sebelum ini, tindakan Neelofa tidak mahu bersalaman dengan pengurusnya baru-baru ini mendapat reaksi berbaur daripada peminatnya malah ada yang menyifatkan pengacara dan pelakon ini seperti mahu tunjuk alim.



“Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah MeleTOP tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC Mizal mengundang kritikan ramai. Apabila ia mula kecoh di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu”
“Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula,” jelas Neelofa.
Bagaimanapun, Neelofa mengakui terdapat kesilapan daripada dirinya apabila dia menyambut pula salam daripada pengarah Michael Ang dan menjelaskan akan cuba memperbaiki dirinya agar perkara yang sama tidak kembali berulang. (rtky/s)

Nombor Plat Kenderaan RM8 Dibida RM297,000


Kangar: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis hari ini telah menerima bidaan tertinggi untuk nombor Plat Pendaftaran RM8 dari sebuah syarikat tempatan dengan bidaan sebanyak RM297,000.

Pengarah JPJ Perlis Zulhasmi Mohamad berkata, syarikat tersebut berjaya memperoleh nombor plat RM8 tersebut dan mereka merupakan antara 26 pembida yang cuba mendapatkan nombor tersebut yang diadakan dari 23 Februari hingga 10 Mac lalu.

“Nilai bidaan yang kedua tertinggi adalah sebanyak RM264,000 untuk nombor pendaftaran RM2 yang dimenangi seorang individu.

“Sebaik tempoh bidaan tamat, nombor pendaftaran RM diikuti angka satu atau dua digit berulang, semuanya sudah dibida dan dimenangi selain individu, bidaan turut dibuat syarikat dan organisasi bukan saja dari Perlis, tetapi serata Malaysia,” katanya.

Menurut beliau sepanjang 16 hari tempoh bidaan dibuka, pihak JPJ Perlis menerima 6,272 bidaan daripada individu dan juga organisasi dan ia meningkat hampir empat kali ganda berbanding kira-kira 1,700 bidaan yang diperoleh untuk nombor pendaftaran RL sebelum ini.


“Daripada 6,272 bidaan diterima, hanya 1,507 pembida individu atau syarikat berjaya mendapatkan nombor pendaftaran yang mereka inginkan manakala baki 8,491 nombor pendaftaran yang tidak dibida akan mula dibuka kepada orang ramai apabila giliran nombor pendaftaran RL sekarang ini tamat pada penghujung April atau awal Mei nanti,” katanya.

Ditanya mengenai kelewatan senarai pemenang bidaan diumumkan iaitu kira-kira dua minggu dari tarikh ditetapkan, Zulhasmi berkata, ia berlaku berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada orang ramai apabila giliran nombor pendaftaran RL sekarang ini tamat pada penghujung April atau awal Mei depan. -Siakapkeli.com.my

Sunday, April 5, 2015

Kejam: Padah tidak siakan kerja sekolah, badan berbirat di dera


Nanjing (China): Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menjadi mangsa dera ibu angkatnya akibat gagal menyiapkan kerja sekolah tambahan yang diberi wanita itu.

Gambar kanak-kanak itu yang teruk didera ibunya menjadi viral di Internet selepas dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Weibo pada Jumaat.

Imej itu menunjukkan badan dan kaki budak lelaki malang berkenaan yang cedera teruk akibat dipukul.

Akhbar Nanjing Morning Post melaporkan, seorang guru mangsa membuat laporan polis selepas melihat badan kanak-kanak itu penuh dengan kesan kecederaan.

Kanak-kanak itu memberitahu gurunya dia dipukul dengan menggunakan paip, kayu dan turut didera dengan wap air panas serta dicucuk dengan pen. - Siakapkeli.com.my

Biodata Hafizal Bin Hussain Pengidap Khunsa Malaysia

2

Biodata Hafizal bin Hussain pengidap khunsa Malaysia yang cantik dan menawan. Menerusi laman sosial, kini tersebar salinan kad pengenalan dan foto Hafizal bin Hussain yang kini menjadi perbualan hangat orang ramai. Menariknya disebalik nama berdaftar Hafizal bin Hussain yang tertera pada kad pengenalan, siapa sangka bahawa Hafizal sebenarnya adalah seorang pengidap khunsa. Untuk info, khunsa merujuk kepada individu yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan. Apabila seseorang bayi dilahirkan dengan mengidap penyakit khunsa, adalah sukar untuk menentukan jantina bayi tersebut. Pada masa yang sama, khunsa juga boleh memiliki tubuh, suara dan bentuk badan seperti perempuan.

Biodata Penuh Hafizal Bin Hussain

Nama Penuh: Hafizal Bin Hussain
Umur: 27 Tahun
Asal: Perak
Jantina: Khunsa (Mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan)
Agama: Islam

Penjelasan Maksud Sebenar Khunsa

Khunsa membawa maksud individu yang dilahirkan secara semula jadi dan mempunyai dua alat kelamin iaitu alat sulit lelaki dan perempuan. Golongan khunsa juga memiliki kromosom XY, tetapi kerana mutasi pada profil kromosom Y, keadaan fizikal mereka menjadi seperti perempuan, mempunyai rahim yang kurang normal dan ovari yang tidak berfungsi.

Gambar Hafizal Bin Hussain Pengidap Khunsa


1


Sumber: Biodata Hafizal Bin Hussain Pengidap Khunsa Malaysia | melvister.com 

GAMBAR: Tangan Hancur ‘Dimakan’ Mesin Pengisar Daging


NGERI… akibat terleka ketika memasukkan daging dalam mesin pengisar, seorang lelaki warga Indonesia terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kirinya tersepit dalam mesin di sebuah premis di Bukit Jelaga, Bukit Fraser, semalam.
Dalam kejadian pukul 12.44 tengahari itu, sebahagian tangan mangsa dilaporkan hancur.
11083604_659810254148060_7885893186327917225_n (1) (1)11112453_659810300814722_4546855274836629319_n (1)11112860_659810217481397_4168461165789946363_n (1)11133817_659810337481385_2053165773535502363_n (1)
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memasukkan daging untuk dikisar namun terleka hingga tangannya tersepit.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengahari.
Tangan mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba bertugas sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
- MYNEWSHUB.CC