Wednesday, August 5, 2015

Murid Darjah 5 Bersalin Mungkin Mangsa Rogol Lelaki 30-an


KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang baru melahirkan seorang bayi lelaki semalam, disyaki menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias, nenek yang juga penjaga kepada mangsa bertindak membawa cucunya ke sebuah klinik swasta setelah mangsa mengadu sakit perut.
Namun, dia dikejutkan dengan berita bahawa cucunya itu mengandung dan punca sakit perut adalah kerana hendak bersalin.
Murid tahun lima itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Memetik kenyataan Hamzah dalam The Star, “Keluarga kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis. Pihak kami harap dapat menangkap suspek dalam waktu yang terdekat. Ini melibatkan kes rogol.”
Dalam pada itu, individu yang disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu  diberitakan memiliki rekod jenayah lampau dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mangsa.
Pihak polis telah mengklasifikasikan kes terbabit di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang bakal menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan disyaki menyedari tentang kehamilannya namun bertindak merahsiakannya kerana takut. – MYNEWSHUB.CC

Budak 11 tahun beranak

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar menziarahi budak perempuan 11 tahun yang melahirkan anak pagi tadi dan kini dirawat di Hospital Tunku Ampuan Najihah. FOTO Amran Yahya 

Bahau : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.
Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.

"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.

"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti teman lelaki budak perempuan itu," katanya.

Ada apa di Istana Moosham?


TIDAK ramai yang mengetahui wujudnya sebuah istana indah, Istana Moosham yang terletak di Salzburg, Austria.
 
Kepada yang pernah berkunjung ke Austria, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke istana yang megah berdiri sejak abad ke-13 ini.
 
Istana ini dibina oleh Putera Biskop Salzburg dan dibina 1,079 meter dari aras laut.
 
Bagaimanapun, istana indah ini menyimpan sejarah yang aneh dan jahat.
 
Menurut sejarah, istana ini dikatakan menjadi lokasi pembunuhan kejam ke atas ribuan wanita yang didakwa mengamalkan ilmu sihir pada zaman tersebut.
 
Pada masa itu, wanita-wanita hidup ketakutan kerana bimbang dituduh mengamalkan ilmu sihir oleh pemerintah mereka.
 
Penganiayaan yang sangat kejam ini berlaku antara tahun 1675 dan tahun 1690.
 
Sejarah mengatakan, sesiapa sahaja yang ditangkap dan dituduh sebagai ahli sihir akan dibicarakan di istana tersebut.
 
Ada di antara mereka yang mati dirantai di dalam kurungan, selebihnya akan mati ketika diseksa atau ketika hukuman mati dilaksanakan.
 
Wanita-wanita yang dituduh sebagai ahli sihir akan diarahkan kepalanya dipenggal.
 
Mangsa termuda yang dituduh sebagai ahli sihir adalah seorang budak miskin yang merupakan seorang pengemis jalanan.
 
Dia tidak mampu membela dirinya dalam perbicaraan, menyebabkan dia diseksa sebelum dijatuhi hukuman.
 
Kaedah yang digunakan untuk menyeksa mangsa-mangsa pula dianggap sangat mengerikan dan meninggalkan kesan ke atas diri mereka sepanjang hayat mereka.
 
Ada yang dipotong jari dan tidak kurang juga ditekap besi panas di bahagian tubuh badan bagi menandakan mereka pernah dituduh sebagai ahli sihir.
 
Akibat tidak dapat menahan derita dan mahu kesakitan dihentikan, kebanyakan mereka terpaksa mengaku mengamalkan ilmu sihir.
 
Kini Istana Moosham diubah menjadi muzium dan buka kepada umum untuk lawatan harian.
 
Ramai di antara pengunjung dan pekerja muzium mendakwa pernah mengalami beberapa siri aneh di dalam istana tersebut.

Menurut Pemilik semasa istana, Theresita Wilczek berkata, Bilik Toni adalah bilik yang paling menyeramkan bagi semua pengunjung yang pernah melawat istana tersebut.

Katanya, bilik tersebut pernah dihuni oleh lelaki yang bertanggungjawab menyeksa wanita-wanita berkenaan sebelum menjalankan hukuman mati ke atas mereka.
 
Istana Moosham juga dipanggil Istana Ahli Sihir kerana sejarahnya yang hitam dan panjang.

Tuesday, August 4, 2015

Berselfie Tanpa Henti Hingga Sampai Ajal

KEDUA-dua kereta yang bertembung remuk sehingga menyebabkan kematian pelajar dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub.

Kuala Lipis – “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie dengan saya di dalam kereta selepas kami sekeluarga makan di sebuah restoran di Pagoh, Johor, namun saya tidak menyangka itu petanda dia (Kak Yong) akan pergi buat selama-lanya.
“Saya reda dengan kejadian itu dan akan menggalas tugas menjadi ‘kakak sulung’ dalam keluarga,” kata Nor Farhana Mahmod, 20, adik kepada Nurul Lyana Mahmod, 23, penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terbunuh dalam kemalangan kelmarin.
Ketika kejadian, Nurul Lyana dalam perjalanan ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands untuk menjalani latihan amali sebelum kereta Honda Civic dipandunya terbabas dan bertembung kereta Perodua Myvi di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub, dekat sini.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dari Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lipis, di sini, untuk bedah siasat. - myMetro Online

Guru Tekad Bakar Diri Kerana Sudah Tidak Tahan Diganggu Makhluk Halus


Melaka: Seorang guru wanita berumur 37 tahun ditemui rentung terbakar di dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Nibong, Paya Dalam, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Beliau yang sedang mengambil cuti sakit dikenali sebagai Fara Wahidah Ali, seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak.

Bapa mangsa Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kebakaran berkenaan selepas tersedar kira-kira pukul 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan dan ternampak cahaya besar menerusi tingkap rumahnya sebelum membuka dan mendapati api sedang marak.


"Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.

"Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam BILIK tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Mengikut rakan-rakan dan saudara mangsa, ada yang mengatakan mangsa telah diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mangsa bertindak sedemikian.

Berdasarkan nota yang ditinggalkan beliau ternyata ada sesuatu yang 'mengganggunya' yang berbunyi “Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,” tulis arwah berserta tandatangannya.








Apapun yang terjadi, arwah sudah pergi dan kita disini mari bersama-sama mengirimkan bacaan al-fatihah kepadanya , semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. -Siakapkeli.my

Saturday, August 1, 2015

Video: Budak 2 Tahun Bangun Sendiri Selepas Digilis Kereta



VIDEO ini memaparkan detik cemas dan mengejutkan apabila seorang budak lelaki yang berusia 2 tahun terselamat selepas digilis sebuah kereta di China.
Bukan sahaja terselamat daripada kemalangan itu, Xiao Hai yang sebelum itu berdiri sendirian di tepi jalan tersebut juga dilihat telah berusaha berdiri dengan sendiri selepas beberapa minit terbaring di situ.
Apa yang peliknya, pemandu itu langsung tidak menyedari perkara tersebut dan tidak keluar daripada kenderaannya malah berlalu pergi begitu sahaja.
Namun, perkara tersebut telah disedari oleh pemilik kedai berdekatan, Lai Dehua yang mengecam bahawa kanak-kanak itu adalah anak kepada jirannya.


Dehua yang dikatakan ingat jenis serta nombor pendaftaran kereta berkenaan kemudiannya terus melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.
Budak malang itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan dia disahkan tidak mengalami sebarang keceraan serius kecuali luka kecil di bahagian tangan kirinya.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC