Thursday, November 5, 2015

Duta Palestin Ke PBB Dedahkan Zionis Curi Organ Penduduk Palestin Yang Terkorban


RAMALLAH: Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour mendedahkan bahawa pihak rejim Zionis telah mencuri organ penduduk Palestin yang terbunuh dalam insiden-insiden yang melibatkan pertempuran dengan pihak berkuasa Israel.

Beliau membuat pendedahan berkenaan menerusi satu surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, kelmarin.

Riyad berkata, kebanyakan mayat mangsa yang dikembalikan adalah tidak sempurna di mana sebagaian bersarnya tidak mempunya organ dan kornea yang telah diambil tanpa pengetahuan keluarga.

Difahamkan, kes curi organ oleh Israel pertama kali dibongkar oleh akhbar Sweden, Aftonbladet pada 2009.

Ogos tahun lalu, The New York Times telah pun mendedahkan tentang ini di mana kata akhbar berkenaan terdaapt orang tengah yang menjadi dalang sindiket itu di Tel Aviv telah mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kegiatan penyeludupan organ terbabit sejak tahun 2000. 

Selain membaut pendedahan berkenaan, dia turut mengutuk tindakan ganas yang dilakukan oleh rejim Zionis di mana mereka menggunakan kekerasan dan penindasan melampau terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur serta Genting Gaza sejak beberapa bulan lalu.

Konflik semakin meningkat di wilayah itu selepas pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan lebih ketat terhadap penduduk Palestin yang mahu memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa pada Ogos lalu. - Siakapkeli.my

Tun Tolonglah Kami Tun, Kami Perlukan Tun Di Saat Ini, Rayu Seorang Rakyat Marhaen


Sebuah status yang dimuatnaik di laman Facebook oleh seorang rakyat Marhaen telah menjadi buah mulut di kalangan pengguna media sosial sejak semalam.

Status yang dimuatnaik oleh Redzuan Azariq itu adalah meminta bantuan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau begitu tertekan dengan taraf hidup yang semakin meningkat di mana katanya di perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 sehari.

Katanya, gajinya hanya RM2,500 di mana ia perlu membayar rumah sewa. hendak bayar kos anak-anak ke sekolah, bayar bulanan kereta dan lain-lain lagi.

"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook. -Siakapkeli.my


Wednesday, November 4, 2015

Video: Tabung Derma Dicuri Semudah ABC!


SATU video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki mencuri tabung derma di sebuah restoran kini tersebar di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Friends of BN – Barisan Nasional, kejadian dikatakan berlaku di Seksyen 6, Taman Serdang Jaya sekitar jam 11 pagi, semalam.
Suspek yang merupakan seorang pelanggan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu pada mulanya sedang menikmati makanan di premis berkenaan.
Namun tidak berapa lama kemudian, melihatkan keadaan agak ‘selamat’ di premis terbabit, maka bermulalah saat di mana sesetengah manusia memilih untuk menjadi pencuri kerana mempunyai kesempatan berbuat demikian.
Lelaki dalam rakaman dilihat seakan ingin mengambil tisu sebelum bertindak ‘menyambar’ tabung derma lalu menyorokkannya di badan sebelum berlalu pergi.

Curi Tabung Derma Di Restoran Taman Serdang Raya oleh mynewshub

Apa boleh buat, selain kelalaian pekerja-pekerja premis tersebut, tabung derma berkenaan jelas tidak berkunci dan mudah dirembat sesiapa pun.
Kualiti rakaman CCTV juga nampaknya kurang jelas sekaligus menyukarkan pihak berkuasa mengenalpasti suspek dengan mudah. – MYNEWSHUB.CC

Tuesday, November 3, 2015

Duda Mengaku Cabul Pelajar Sebab “Dia Terlalu Cantik”


KUALA LUMPUR – Seorang duda memberitahu mahkamah majistret di sini hari ini beliau mencabul seorang pelajar perempuan kerana dia terlalu cantik.
Sebelum menjatuhkan hukuman atas tuduhan mencabul, Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan bertanya kepada tertuduh mengapa dia memegang mangsa, tertuduh menjawab dalam Bahasa Mandarin, “Gadis itu terlalu cantik”.
Duda seorang anak itu dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mencabul pelajar itu, ketika duda itu menjaga isterinya yang koma di sebuah hospital.
Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Loon Cheng, 53, seorang tukang cat dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 11 Jun lepas.
Lim didakwa mencengkam kedua-dua belah lengan gadis berusia 19 tahun itu dan berkata, “I love you” dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di dalam sebuah wad, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Brickfields, di sini, pukul 10.10 malam, 10 Jun lepas.
Bapa kepada anak berusia 12 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang sedang menjaga isterinya yang separa koma di wad tersebut meminta mangsa yang sedang menjaga neneknya yang sakit di katil hadapan, menutup suis lampu di tempat duduk tertuduh.
Semasa mangsa menutup lampu, tertuduh memegang kedua-dua lengan gadis itu sebelum gadis itu menolak tertuduh dengan kuat dan lari dari bilik wad tersebut.
Tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Ayah Pergi Pada Hari Pertama Saya Duduki SPM Yang Juga Merupakan Hari Lahir Saya


Perasaan hiba dan sedih yang menyelubungi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Fatin Najhan Hasaruddin, 17, selepas menjawab kertas pertama SPM iaitu Bahasa Malayu 1, apabila dimaklumkan ayahnya telah meninggal dunia 7 jam sebelum itu.

Bapa Fatin, Nasrudin Hashim telah meninggal dunia pada jam 2.50 pagi tetapi berita pemergian bapanya itu tidak dimaklumkan kepada Fatin yang tinggal di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Muar kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya untuk menghadapi SPM.

Lebih memilukan pemergian Nasrudin yang menghadapi komplikasi buah pinggang itu adalah pada hari lahir Fatin yang ke 17.

Menurut Fatin, dia telah dimaklumkan tentang pemergian bapanya itu selepas selesai menjawab kertas BM 1 sebelum dibawa pulang oleh kakak dan abangnya untuk majlis pengebumian.

"Ketika itu saya agak ralat kerana dimaklumkan agak lambat tentang pemergiaan ayah, namun jika difikirkan balik saya redha kerana tahu keluarga tidak mahu saya hilang tunpuan untuk menduduki SPM."

"Tiada apa yang dapat saya ungkapkan, hiba apabila insan yang paling rapat dengan saya pergi untuk selama-lamanya," katanya dipetik Harian Metro.


Fatin bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana sempat menghadiri majlis pengebumian ayahnya itu yang diadakan pada jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam Parit Tiga, Muar.

"Ayah telah berpesan sebelum ini supaya saya menumpukan perhatian penuh kepada SPM dengan tidak terlalu memikirkan akan kesihatannya."

"Arwah kata tanggungjawabnya adalah mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya, seperti ada maksud disebalik kata-kata itu, tidak sangka ayah pergi pada hari pertama saya menduduki SPM yang juga merupakan hari lahir saya," katanya lagi. - Siakapkeli.my

Monday, November 2, 2015

Ini Pandangan Seorang Bukan Islam Terhadap Muslim Yang Menghisap Vape


Vape kini menjadi satu isu besar yang hangat diperkatakan bukan sahaja di mulut-mulut warga marhein sahaja, namun kini sudah memasuki parlimen untuk dibahaskan.

Antara isu yang berbangkit mengenai vape adalah adakah ianya halal atau haram di sisi Islam? Bagi kita; orang melayu khusunya; isu halal dan haram ini sangat sensitif. 

Namun apakah pandangan seorang individu bukan Islam terhadap seorang muslim yang menghisap vape?

Seorang pengguna Twitter memuat naik satu keratan status FB yang memaparkan pandangan & nasihat rakannya; seorang wanita beragama Hindu; tentang muslim yang menghisap vape. 

Apa yang ditekankan oleh wanita berkenaan adalah tentang isu halal dan haram serta bagaimana dia sebagai seorang bukan Islam sedaya upaya cuba menghormati seorang muslim dalam isu halal dan haram.

Status penuh yang sudah dialih bahasa

Sebagai seorang yang beragama Hindu, saya cuba sedaya upaya untuk pastikan makanan yang dihidangkan di rumah untuk rakan-rakan muslim saya adalah halal (ya, termasuk memastikan perkakasan dapur untuk menyediakan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, ianya satu dosa untuk memberi makanan tidak halal kepada orang muslim sama seperti memberi makan daging kepada seorang vegetarian.

Jadi bagi saya, apabila fatwa mengatakan "rokok" & "vape" adalah haram... saya lihat mereka pada kategori yang sama bagi dadah, alkohol, daging khinzir, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan haiwan dua alam.

Apabila seorang muslim menghisap rokok atau meminum arak atau makan daging khinzir, saya masih lagi boleh menghormatinya sebagai seorang individu tapi tidak sebagai seorang muslim.

Beberapa tahun lepas, saya cuba untuk tapau sebungkus mee goreng 'halal' untuk seorang rakan muslim di sg long. Saya tanya peniaga adakah ia bebas dari daging khinzir, alkohol dan adakah ayam itu dari pembekal muslim yang halal. Peniaga Cina tua itu menjawab "haiya, itu lokok dalam dia minum. Babi halam sama mah. Apa lu susah melayu tada kisah punya".

Sekarang dengan vape... ingat sebagai seorang muslim, kamu sedang menerapkan satu contoh.

Bukan muslim yang membaca artikel tentang vape itu haram disisi Islam tidak akan menghormati kamu bila kamu menghisap vape. 

Jika kamu mahu orang bukan Islam untuk "cakna" tentang kehalalan makanan kamu, tunjukkan dahulu yang kamu menghormati kehalalan makanan kamu terlebih dahulu.