Sebuah status yang dimuatnaik di laman Facebook oleh seorang rakyat Marhaen telah menjadi buah mulut di kalangan pengguna media sosial sejak semalam.
Status yang dimuatnaik oleh Redzuan Azariq itu adalah meminta bantuan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau begitu tertekan dengan taraf hidup yang semakin meningkat di mana katanya di perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 sehari.
Katanya, gajinya hanya RM2,500 di mana ia perlu membayar rumah sewa. hendak bayar kos anak-anak ke sekolah, bayar bulanan kereta dan lain-lain lagi.
"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.
"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.
"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook. -Siakapkeli.my