Sunday, April 5, 2015

KEMASKINI: Semua 6 Mangsa Helikopter Terhempas di Semenyih Maut



KUALA LUMPUR: Berikutan nahas sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.

Kesemua keenam-enam penumpang sudah berjaya ditemui dan berdasarkan berita yang diterima kesemua mereka meninggal dunia.

Berdasarkan maklumat dari Twitter milik jabatan Bomba Penyelamat dan Harian Metro mengesahkan telah menemui kesemua mangsa.




Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan, kata Pengarah Bomba Selangor sambil menambah bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini.

Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya. - Siakapkeli.com.my

Saturday, April 4, 2015

Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas



Sebuah helikopter yang dinaiki oleh  Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis. dan beberapa orang kanamaan kerajaan yang lain dilaporkan terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih 4.00 petang tadi.

Dalam nahas itu melibatkan mangsa lain adalah  juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.

Dua mangsa lagi yang terlibat masih belum dikenalpasti dan mangsa korban bukan laporan rasmi telah diketahui mengobankan seorang vvip tetapi kami masih menunggu malumat rasmi dari pihak bomba.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, tiga daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.

Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.

 Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian. - Siakapkeli.com.my

Bayi Tiga Bulan Maut, Jatuh Dari Tingkat 2 Rumah Pengasuh


KEGEMBIRAAN sepasang suami isteri yang menanti selama sembilan tahun untuk memperoleh cahaya mata sulung berkecai apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia tiga bulan mati selepas terjatuh dari rumah pengasuhnya di Kajang, petang semalam.
Bayi itu dipercayai terjatuh dari tingkat dua Pangsapuri Kenanga di Taman Sri Kantan bersama-sama anak pengasuhnya yang berusia enam tahun.
Budak perempuan terbabit mengalami kecederaan tetapi bayi itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.
Difahamkan, pengasuh berusia 41 tahun telah meninggalkan bayi tersebut bersama anak perempuannya untuk keluar sebentar menghantar anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke sekolah agama.
Sebaik sampai ke rumah, pengasuh itu terkejut melihat rumahnya kosong lalu terus mencari anaknya dan bayi berkenaan sebelum menemui kedua-duanya terbaring kaku di tingkat bawah flat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ASP Ab Rashid Ab Wahad siasatan awal mendapati kemungkinan besar kedua-dua kanak-kanak itu terjatuh melalui tingkap di bilik utama unit kediaman terbabit.
“Siasatan awal menunjukkan mungkin budak perempuan itu telah memanjat baby cot untuk membuka tingkap dan pada ketika itu juga dia sedang mendukung bayi tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya jatuh tergelincir,” katanya.
Anak perempuan pengasuh terbabit dilaporkan patah tulang belakang dan pinggul sementara bayi itu meninggal dunia kira-kira 12 jam selepas kejadian berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan kecuaian.
- MYNEWHSUB.CC

Friday, April 3, 2015

Lagi Kes Taska Cuai, Bayi Balik Dengan Tangan Patah !


Hari ini, melalui akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu turut berkongsi kisah tentang nasib yang menimpa anak kakaknya ketika dijaga sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
“Anak kakak saya patah tangan di sebuah taska di Pinggiran Batu Caves. Masa suami kakak saya pergi ambil anak dia, pengasuh tak cakap apa-apa.
“Bila balik rumah time nak dukung tu, tengok tangan anaknya terkulai dan dia menangis. Kakak saya pergi check doktor rupanya tangan patah,” ceritanya.
Apa yang dikesalkan, selepas dihubungi barulah wakil taska terbabit memberitahu seorang kanak-kanak telah duduk di atas tangan anak kakaknya itu.
Alamak… rasanya dah banyak sangat kes kecuaian membabitkan taska dilaporkan.
Kadang-kadang perkara macam ini ‘bermusim’ jadi diharapkan tak adalah kisah bayi dan kanak-kanak cedera atau maut di taska kerana kes kecuaian dilaporkan lagi hendaknya.
Apa-apa pun sebelum ada laporan sedemikian, kementerian berkaitan diharapkan dapat memantau tahap keselamatan di taska seluruh negara sebagai langkah pencegahan.
- MYNEWSHUB.CC

Dengan izin Allah jua, peluru tidak dapat menembusi kepala lelaki ini..


Sesungguhnya, dengan izin dan kehendak Allah jua, maka peluru tidak dapat menembusi kepala lelaki ini.. Malah lelaki ini masih boleh tersenyum.. Gambar-gambar ini adalah Sheikh Mohammed Obaid Al-Rawi, seorang lelaki pertengahan umur dari bandar Iraq di Fallujah.

Obaid Al-Rawi berjalan pulang dari solat pada waktu malam ketika pertempuran meletus antara tentera kerajaan dan tentera puak pemisah.

Semasa serangan, Obaid Al-Rawi telah terkena tembakan di kepala beliau. Obaid Al-Rawi dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan peluru. 

Apabila dia tiba di hospital dia kembali sedar dan berkata beliau tidak merasa sakit. Ia adalah satu keajaiban lelaki ini terselamat.

Peluru itu tidak membunuhnya … ia tidak menembusi tengkoraknya sepenuhnya! - SubhanAllah!..


-www.ohdunia.my/

TERKINI: Punca Kanak-Kanak Maut Kerana Penjaga Leka Dengan H/P?


Petang tadi kami melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City di Kuala Lumpur.
Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.
Berdasarkan komen, ada yang mengesahkan kejadian berkenaan dan tampil dengan pelbagai ‘fakta’ seperti mendakwa kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun, terjatuh ketika berebut wang untuk membeli aiskrim.
Namun, menjelang malam ini, video yang dipercayai dirakam semula dari kamera litar tertutup (CCTV) kompleks berkenaan mendedahkan satu versi baru yang dikatakan punca kejadian.
Dalam video itu, dapat dilihat bahawa kanak-kanak malang itu bermain eskalator dengan seorang lagi kanak-kanak yang mungkin adiknya.
mynewshub.cc
Apa yang menimbulkan persoalan dan marah segelintir masyarakat ialah terdapat seorang wanita yang dipercayai mungkin ibu atau kakak kanak-kanak malang itu di sebelahnya dilihat leka dengan telefon bimbit di tangan sehingga tidak menegur atau melarang kedua kanak-kanak berkenaan agar tidak bermain di eskalator terbabit.
Sikap leka penjaga itu dikatakan antara punca yang membawa kepada kecelekaan berkenaan.
Namun, kita pun tidak boleh menjatuhkan hukum dengan pantas. Mungkin wanita itu ada sesuatu yang amat penting ketika itu sehingga dia tidak perasan apa yang dibuat kedua kanak-kanak terbabit.
Apa yang pasti, dia akan menanggung perasaan bersalah seumur hidupnya.
Kepada semua pembaca dan masyarakat di luar sana, kejadian melibatkan kematian atau kemalangan disebabkan eskalator bukan sesuatu yang baru.
Kejadian seperti ini banyak berlaku termasuk di negara luar juga.
Bahagian getah tangan yang bergerak memang mampu menarik kanak-kanak kecil dan seterusnya menghumban mereka ke sisi eskalator, seperti yang dapat ditonton dalam video di bawah melibatkan kanak-kanak malang di Kompleks Kenanga Wholesale City petang tadi.
Ambil la pengajaran dari apa yang berlaku dan sentiasa la peka dengan anak-anak di mana-mana sahaja anda berada.
Telefon bimbit atau apa sahaja gadjet tu boleh dilupakan sejenak kerana keselamatan anak-anak lebih penting.