Wednesday, September 30, 2015

Kerana Satu Komen Dari Siti Nurhaliza, Instagram Christiano Ronaldo Dihujani Netizen dari Malaysia


PETALING JAYA: Hanya kerana satu komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di dalam satu gambar di Instagram Christiano Ronaldo, instagram bintang bola sepak Real Madrid itu dihujani netizens dari Malaysia.

Datuk Siti menulis "safe flight dear" di satu gambar pemain itu di dalam sebuah kereta sebelum menaiki pesawat ke satu destinasi.



Kerana komen itu, netizen dari Malaysia mula melihat satu persatu komen di gambar itu kerana mahu menyaksikan sendiri apa yang ditulis oleh Datuk Siti.

"@zulidzham1908 jenuh la nk cari komen ct haha", tulis fshajml59.

"Terjebak gak mncari comment @ctdk ...hahaha", kata eyza_jimat.

sitikhodijahpakwanteh pula menulis : "Hahahaa....tgok da terjebak jugak,dsebabkn baca satu entri mngenai kak iti @ctdk komen "safe flight dear" kt instagram @cristiano gigih scroll comment ni...tudiaaa ramai nya org malaysia yg dok gigih cari jgak����������selamat mencari".

Selain itu ada juga yang mengcopy paste komen yang sama seperti komen Datuk Siti Nurhaliza.

Foto terbabit mendapat lebih dari 900,000 likes dan lebih 10,000 komen.

Bagi yang masih lagi mencari-cari komen dari Datuk Siti, kami ucapkan selamat berjaya!. -Siakapkeli.my


Video: Lelaki ‘Gila’ Langgar Kekasih Bekas Isteri Sampai Mati


GILA! Itulah gelaran yang sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki ini selepas bertindak kejam melanggar pasangan kekasih di hadapan sebuah balai polis di China.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) di situ, lelaki dikenali sebagai Zhang itu bertindak melanggar mangsa yang juga bekas isterinya, Qin bersama kekasihnya, Min, sejurus mereka keluar dari teksi yang dinaiki.
Zhang yang memandu kereta berwarna hitam tersebut telah mengheret kekasih jandanya itu sehingga mati sebelum dia kemudian turun dan menendang pula kedua-dua mangsa.
Bagaimanapun, Qin terselamat daripada serangan mengejut itu, namun teman lelakinya, Min mati sejurus bantuan pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian berkenaan.
Meskipun insiden terbabit berlaku di luar kawasan balai polis, pengawal keselamatan serta orang awam yang berada di situ dilihat takut dan tidak mahu untuk campur tangan dalam urusan Zhang.
Punca kejadian ngeri itu masih lagi disiasat namun sumber menyatakan ia mungkin disebabkan daripada isu perasaan cemburu antara mereka. – MYNEWSHUB.CC

Monday, September 28, 2015

Gadis Melayu Bertudung Kongsi Gambar Sedut Air Liur Kekasih


INILAH contoh sebenar yang boleh dikatakan pada akhlak remaja-remaja Muslim di negara ini.
Apabila kebodohan dan nafsu bergabung, tercetuslah perkara seperti ini yang jujurnya kami katakan, memperbodohkan diri.
Gambar yang diambil daripada aplikasi WeChat ini merupakan salah satu daripada lambakan gambar tidak senonoh yang sering dijumpai di dalam aplikasi permesejan sosial tersebut.
Pernah dilaporkan akhbar tempatan, aplikasi WeChat ini dijadikan medan bagi segelintir individu yang ingin mencari kenalan yang kemudiannya berakhir di ranjang.
Pemerhatian kami pula ketika melihat moment pada tetapan aplikasi tersebut, rata-ratanya menunjukkan mentaliti remaja pada masa kini yang sudah hilang ‘kualiti’ dan sifat taksub pada diri demi mengejar kecantikan adalah perkara biasa buat mereka.
Anda lihatlah sendiri, lebih-lebih lagi golongan wanita, boleh dikatakan hampir 90 peratus daripadanya meluahkan perasaan bagi mendapatkan perhatian daripada pengguna lain.
wechat
Perkara ini selanjutnya akan memberi kesempatan buat golongan lelaki untuk ‘memancing ikan yang dirasakan boleh ditangkap’ dan apabila sudah dimakan umpan, perkara seterusnya yang dikhuartiri akan berlaku adalah…berzina.
Kembali kepada gambar yang kami kongsikan ini, untung besar kepada siapa yang menjadi ‘kawan baik’ perempuan ini ya, tak payah susah-susah kahwin pun boleh ‘dapat free‘ .
Nasihat kami adalah sekiranya anda mempunyai anak perempuan yang aktif menggunakan aplikasi media sosial seperti ini, silalah semak peranti pintarnya.
Jika menjumpai perkara yang mencurigakan, jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur, teruslah memberikan kesedaran kepadanya, kerana anak itu adalah amanah kita daripada Allah. – MYNEWSHUB.CC

Video: Lucu! Kambing Pun Takut Pada Hantu


BUKAN setakat manusia, haiwan pun terperanjat besar apabila melihat ‘hantu’.
Melalui video yang dikongsikan, seekor kambing biri-biri yang dipakaikan topeng imej ‘hantu’ telah berjaya menakutkan sekumpulan kambing hingga kesemuanya lari bertempiaran.
Jika dilihat kambing ‘hantu’ itu cuba untuk bergaul dengan kambing-kambing yang lain seperti kebiasaannya, namun menemui jalan buntu kerana kesemuanya takut apabila berhadapan dengannya.


Haa… dah memang sifat haiwan akan berkelakuan sedemikian rupa dalam situasi yang pelik buat mereka apatah lagi imej ‘sesuatu’ yang seakan-akan ingin membaham mereka.
Cuba bayangkan anda pula yang melihat kambing biri-biri ‘hantu’ tersebut diwaktu malam, pasti lari tak cukup tanah dibuatnya, heh. – MYNEWSHUB.CC

Penumpang Feri Pulau Pinang Terkejut Kapal Selam Lengkap Berpeluru Berpandu Timbul Berhampiran Feri


Penumpang feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam milik Australia lengkap dengan peluru berpandu telah timbul berhampiran dengan laluan feri yang dinaiki mereka.

Kehadiran Kapal Selam HMAS Sheean milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat P.Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari Pulau ke Tanah Besar.

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.




Menurut wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia.

Orang ramai diminta bertenang berikutan tersebarnya gambar-gambar ini di media sosial di mana ada mendakwa ia menggugat keselamatan negara dan sebarang spekulasi bukan-bukan perlulah dihentikan. - Siakapkeli.my

Bunuh Isteri Dengan Masukkan Lengan Dalam Kem@luan

GAMBAR HIASAN

UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan bersetubuh, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.
Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.
Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kem@luan isterinya sehingga menyebabkan kematian.
“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.
Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.
Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” – Agensi/myMetro Online