Saturday, November 28, 2015

8 Soalan Dari Bakal Mertua Yang Paling Digeruni


Dah lama bercinta, rasa macam nak kahwin. Tapi, korang tak berani nak tunjuk muka depan keluarga si dia.
Rasanya, situasi begini common kot untuk pasangan yang teringin untuk berumahtangga. Bila sampai masa nak jumpa keluarga si dia, kecut-kecut perut memikirkan soalan apa yang bakal ditanya oleh orang tua buah hati korang. Betul tak?
Jadi, siapa yang tengah dalam dilema tu, jom tengok soalan favourite yang selalu ditanya oleh bakal mertua korang.

1) Pandai Masak Tak?
Ini merupakan soalan lazim bagi bakal menantu perempuan. Biasalah, ibu bapa mana yang tak risau nak bagi anak bujangnya pada orang lain. Kalau boleh, biarlah si isteri nanti menjaga kebajikan suami seperti ibu bapa mereka.

2) Kerja Pangkat Apa? Government Ke Swasta?
Ini kira soalan paling klisè dari seorang bakal bapa mertua. Penting tau untuk jawab soalan ni.

3) Gaji Berapa? Cukup Nak Bagi Makan?
bodek mertua

4) Rumah Dah Ada?
Kalau bakal ayah mertua korang tanya soalan ni, jawab jela yang korang baru apply Skim Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) tu.
Bukan apa, jujur lebih baik. Hihi.

5) Kenapa Kau Suka Anak Pakcik?
Selalu girlfriend atau boyfriend korang je tanya soalan begini kan? Hah, sekarang bakal mertua korang yang tanya. Itulah, lain kali kalau si dia tanya, korang jawablah. Sebenarnya dia suruh korang practice jawapan yang bakal ditanya oleh parents mereka.

4) Boleh Imamkan Solat Maghrib Kita Hari Ni?
Hmm, orang kata peluang datang sekali je. Masa inilah nak tunjukkan yang korang tu memang calon suami membawa ke syurga.

5) Anak Aku Ni, Bini Nombor Berapa?
Biasalah, soalan macam ni memang kerap ditanya. Maklumlah, ibu bapa mana yang nak lihat anaknya menderita kerana dimadukan.Mungkin korang boleh menuntut dengan Ashraf Muslim dulu kalau ada niat nak pasang isteri lebih dari satu. Hehe.

6) Apa Yang Specialnya Anak Pakcik Ni?
Pandai-pandailah kau jawab. haha

7) Kenapa Nak Kahwin Cepat Sangat Dengan Anak Pakcik?
Kahwin muda bukan alasan untuk tak bahagia. Betul tak?

8) Lepas Kahwin Nak Bulan Madu Kat Mana? Boleh Pakcik Ikut?
Okay! This is scary. Untuk selamatkan korang, jawab je memang dah niat nak hadiahkan pakej percutian bersama lepas kahwin nanti. Haha.

Kalau dah mati akal sangat nak jawab semua pertanyaan bakal mertua, korang sediakan pantun macam ni. ‘Kasih ibu kasihnya Layla, eh takde hal lah!’.

Yatim piatu sekelip mata, Anggota bomba, isteri maut MPV dirempuh treler


Kuala Krai: Dua beradik yatim piatu apabila ayah dan ibu mereka maut selepas MPV mereka bertembung dengan treler tanpa muatan di KM95 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Laloh, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata MPV keluarga terbabit dari Gua Musang dan bertembung dengan treler yang dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbalik dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan (arah Gua Musang).

“Pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mereka yang maut adalah Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gebeng, Kuantan, Pahang, Muhamad Zulkifli Awang, 36, dan ibu mereka, Shuhada Mat Hassan, 34.

“Kedua-dua anak arwah, masing-masing berusia enam dan empat tahun, dirawat di HKK (Hospital Kuala Krai)," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-hmetro.com.my


Friday, November 27, 2015

Mesej WeChat dedah rahsia rogol

LOKASI tandas awam di mana seorang remaja perempuan dirogol oleh seorang penganggur yang dikenali menerusi aplikasi WeChat. - Foto Asrizal Aris
KAMPAR: Seorang pemuda berusia 23 tahun, ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar Tingkatan Satu dari Malim Nawar di sini, selepas kira-kira dua minggu berkenalan menerusi aplikasi sosial.  

Penganggur dari Malim Nawar itu ditahan, susulan laporan dibuat bapa mangsa berusia 13 tahun terbabit, yang mengetahui perbuatan itu menerusi mesej aplikasi WeChat pada telefon bimbit anaknya, yang mendakwa melakukan hubungan s3ks dengan suspek .  

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata siasatan awal mendapati pelajar itu berkenalan dengan suspek melalui aplikasi WeChat sejak 8 November lalu sebelum mula bertemu dan bersiar-siar sekitar Kampar selepas enam hari berkenalan.  

"Ketika pertemuan kali kedua pada 20 November lalu, suspek yang tinggal berdekatan dengan mangsa menaiki bas bersama-sama ke pekan Kampar. Sebaik tiba di Kampar, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan s3ks dalam Tandas Awam Plaza Keranji  di sini.   

"Walaupun pada awalnya mangsa menolak, namun dia akur apabila lelaki berkenaan berjanji tidak akan berpisah dengannya. Pada 22 November lalu, suspek sekali lagi mengadakan hubungan s3ks dengan mangsa di tempat sama," katanya di sini semalam. 

Kong Soon berkata, pada Rabu lalu, bapa pelajar berkenaan terbaca mesej dalam aplikasi  WeChat anaknya yang menyatakan dia sudah tiada dara dan selepas disoal, mangsa menceritakan kejadian sebenar.   

Katanya, berikutan itu, bapa mangsa terus membawa mangsa ke Balai Polis Malim Nawar untuk buat laporan.   

"Mangsa kemudiannya dibawa bapanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) Ipoh bagi menjalani pemeriksaan perubatan oleh pakar Jabatan Obstetrik dan Ginekologi," katanya.   

Sementara itu, tinjauan wartawan ke lokasi suspek dan pelajar berkenaan dipercayai melakukan hubungan s3ks, mendapati kawasan itu terpencil dan jarang dikunjungi orang awam kerana pintu masuk ke kawasan plaza itu kebanyakannya ditutup.   

Berdasarkan maklumat peniaga sekitar kawasan itu, plaza berkenaan sememangnya menjadi tumpuan pelajar ketika pulang dari sekolah untuk bercumbuan di lorong sekitar plaza itu serta ada banyak kondom yang sudah digunakan ditemui dalam tandas, namun sudah dibersihkan peniaga berdekatan untuk menjaga kebersihan kemudahan awam berkenaan.

Suami Isteri Maut Nahas Di Kemaman

KEADAAN tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dekat Bukit Mok Sono, Kemaman, petang semalam.

KEMAMAN – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan tiga kereta di Jalan Ibok-Kemasik, dekat Bukit Mok Sono, di sini, petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang itu mangsa yang maut ialah Ripin Abdullah, 71, dan isterinya, Lijah Hassan, 71, dari Kampung Yak Yah Ibok, di sini.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Kemaman, kira-kira jam 7 malam.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Avanza dinaiki pasangan itu yang dalam perjalanan dari arah Kemasik ke Ibok dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
Berikutan itu, kereta mangsa dirempuh sebuah Proton Gen2, sebelum sebuah Perodua Myvi gagal mengelak, lalu merempuh bahagian belakang Proton Gen2 terbabit.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. – BHarian Online

Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

Nota Editor: 5 tip ini telah dikongsikan oleh Fareha Zulkefli, pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jurusan Pengajian Perniagaan (Sumber Manusia) khas untuk siaran di Vocket. Semoga perkongsian beliau ini dapat dijadikan panduan terutama bagi anda yang masih bergelar pelajar.
cara-cari-side-income-untuk-travel-1
Gambar ini semasa saya di Goa. Menaiki train dari Kulem ke Vasco da Gama, tambangnya INR15 lebih kurang RM1 sahaja selama 2 jam perjalanan
Semasa di dalam Taman Safari Indonesia, kita dapat lihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan ini. Haaaaa tengok, sampai terkejut zebra sua muka dalam kereta. Hahahahah!

cara-jana-side-income-untuk-travel-9
Aku masih belajar tetapi keinginan untuk menjelajah, meneroka dan mengejar pengalaman melangkaui kemampuan. Pada asalnya, semua rasa seperti angan-angan. Namun, aku jadikan angan-angan itu satu kenyataan.
Hai semua, assalamualaikum,
Well, dah 3 kali aku pos pasal trip aku. Ke Indonesia, ke Thailand dan yang latest ke India di group facebook UKM Backpacker Stories. Kadang-kadang ada kawan tanya, mana aku dapat duit pergi travel ni, bertuahlah kaya, bertuahnya dapat biasiswa.
Ya betul, alhamdulillah aku dapat biasiswa JPA, tapi aku tak kaya. Duit JPA aku tak pernah sentuh lagi untuk guna buat travel. Aku travel pun tak pernah dalam jangka masa yang panjang, paling lama pun seminggu je.
Jadi, post kali ni, tiba-tiba rasa nak share dengan thevocket.com, dengan rakan-rakan aku khususnya atau lebih general lagi kepada pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia yang ingin menjana pendapatan sambil belajar.
Apa yang aku nak kongsi adalah apa yang aku buat untuk simpan duit / cari duit sambil belajar. Aku tak berapa pandai nak share tips SEMASA travel, so sharetips SEBELUM travel okay juga kot. Hehe.
Truthly said, as a student, agak mencabar juga nak simpan duit / cari duit ni. Banyak kekangan dan cabaran, tapi kalau ada semangat, ada impian dan kemahuan, In Sha Allah Allah boleh bantu kita.
Ini cara aku, cara korang mungkin berbeza.

1. Guna Kemahiran

cara-jana-side-income-untuk-travel-16
4 more days for UTP show
cara-jana-side-income-untuk-travel-17
Fareha and the team at work
Aku belajar muzik dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Then stop sebab pindah sekolah. Bila sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru asah bakat semula.
Aku main muzik gamelan untuk gamelan UKM. Setiap minggu kalau ada show wedding dekat area KL/Selangor aku join. Kadang-kadang weekdays pun ada untuk event dekat hotel, private company, konvokesyen universiti swasta dll.
Selalunya arts atau kerja yang melibatkan kemahiran ni dibayar mahal sebab bukan semua orang ada kemahiran yang kita ada, so dari situ boleh gain money.Haaaa cer fikir apa kemahiran yang korang ada yang boleh cari duit?

2. Jadi Guru Sambilan

cara-jana-side-income-untuk-travel-18
cara-jana-side-income-untuk-travel-19
Aku ada kelas setiap hari Isnin, Selasa & Khamis sahaja. So Rabu & Jumaat aku buat part time jadi teacher dekat nursery. Well, bukan mengajar je tapi aku kena jaga baby sampai budak umur 4 tahun, mandikan, masak and suap dia orang makan.
Penat tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kerja dari 7.30am-5pm, gaji sehari RM30. Boleh lah, seronok juga hilang stress layan budak-budak ni, comel & innocent je semua hehe.

3. Kemas Bilik Pensyarah

cara-jana-side-income-untuk-travel-22
Gambar bilik pensyarah lupa nak ambik. Gambar dalam kelas pun boleh la. Huhu.
Kelas hari isnin, selasa & khamis tu bukan full pun. Kadang sampai pukul 11 pagi je, then free dah. So aku ambil kesempatan masa tu untuk kemas bilik pensyarah.
Mula-mula aku email je pensyarah-pensyarah yang mengajar aku, kot ada yang perlukan service kemas bilik. Sejujurnya, pensyarah-pensyarah yang aku jumpa sangat memahami student.
Pensyarah-pensyarah ni tahu kita student yang mungkin nak cari duit poket, nak cari duit untuk buat bayar yuran pengajian maka ada yang baik hati minta aku datang bilik (bilik pensyarah tu tak bersepah pun) minta tolong aku susun buku/fail ikut warna je.
Alhamdulillah first kemas bilik pensyarah dapat RM20. Rasa terharu sebab usaha yang sedikit itu Allah beri ganjaran juga. Dari first year buat, dah 3rd year ni akuslow sikit. Sebab bilik sendiri pun tak terkemas hahahhaa!

4. Business Online

cara-jana-side-income-untuk-travel-23
Abang aku tanya aku, sekarang apa yang tengah trend yang boleh buat business (ini masa Januari 2015). Aku cakap, banyak benda tengah trend sekarang ni. Tapi yang aku tekankan sweatpants (seluar).
Terus dia setuju nak berniaga sweatpants. Tapi style aku, aku tak nak berniaga barang fake / tiruan / klon. Kalau nak berniaga kena buat betul-betul, kena bagi yang the best untuk customer sebab 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.
Kalau Allah SWT tak redha, jadi hasil keuntungan yang kita dapat pun tak berkat.
p/s: Haaaa yang ni bukan promote business aku tauuu.

5. Jadi Referee (Pengadil) Untuk Netball Tournament

cara-jana-side-income-untuk-travel-20
cara-jana-side-income-untuk-travel-21
Maluuuu pula nak cerita dekat korang yang ini.
Aku main netball dari F4 sampai masuk matrik. Tak ado lah hebat mano pung.Tak pernah jadi johan pun. Aku players untuk team bola jaring SMTKL (Sek. Men. Tek. Kuala Lumpur) masa tingkatan 5, so kita orang dilatih oleh coachnetball Malaysia, Coach Izan.
Masa ni juga ada timba sikit ilmu coaching/referee-ing. So, aku guna lah ilmu yang sedikit ni untuk jadi referee netball dari zaman matrik sampai sekarang.
Lepas injured (Soft Tissue Injury @ Tisu Koyak) di bahagian lutut masa game netball di matrik, doktor sarankan aku stop 2 tahun aktif outdoor activitiesuntuk bagi masa tisu build semula.
Aku ni degil benar, 6 bulan tak main netball, saja ‘cuba try test‘ turun padang juga. Ambik kau, akibatnya aku injured semula and terus ambil keputusan stopmain netball.
Jadi, tak dapat main netball, jadi referee untuk small tournament pun okay juga,at least boleh dapat pendapatan sedikit.
cara-jana-side-income-untuk-travel-10
Ini pula semasa di Jalan Surabaya, Antique Market di Jakarta.
Kalau dari segi saving pula, alhamdulillah aku pakai backpack yang sama dari aku tingkatan 4 sampai la sekarang pergi kuliah. Kasut pula baru sebulan lepas aku beli baru after 3 years pakai NB (Itu lah kasut main netball, pergi kuliah, masuk hutan, balik kampung, pergi show dll).
Baju pula, kalau sesiapa yang kenal aku, mesti korang selalu nampak aku pakai parka (macam jaket) je hari-hari pi kelas, hehe.
Last but not least, insyaallah rezeki kita akan bertambah kalau tak kedekut terutamanya dengan parents & adik-beradik apatah lagi kalau bersedekah kan.
Aku pun seronok belanja kawan-kawan makan, hihi.
Selain cara aku di atas, korang boleh buat part-time job contohnya:
1. Di 7Eleven
2. Jadi guru tuisyen
3. Jual topup
4. Buat service print & fotostat dekat bilik
5. Jadi penulis blog
6. Penterjemah
7. Dan banyak lagi!
cara-jana-side-income-untuk-travel-24jpg
Sewaktu di Bangkok, Thailand
Duit JPA ko guna untuk apa?
Duit JPA aku guna untuk bayar yuran kolej & pengajian, makan minum, minyak motor aku dekat UKM dan duit transport balik Ipoh. Selebihnya aku simpan untuk kahwin.
Tak ganggu waktu belajar ke? Bila study? Bila buat assigments?
Serius ganggu waktu belajar, study bila nak exam je. Opppppsss! Buatassignment individu pepandai la ko manage time. Malam ada, waktu senggang antara kelas ke dll.
Kalau assigments group pepandai la ko deal dengan group member okay. Setakat ni aku selalu alert supaya tak pernah ponteng kelas melebihi 3 kali (Mampuih kena bar exam nak oi)
cara-jana-side-income-untuk-travel-25
Lokasi: Kawah Putih, Indonesia
Macam mana cari member travel/travelmate? Kenapa tak travel solo?
Setakat ni 3 trip aku, member travel semua orang lain-lain. Dari situ kita akan kenal & tahu dia sesuai atau tak jadi travelmate kita. Kawan baik dalam kelas/dari kecil/dari zaman sekolah tak semestinya dia boleh jadi travelmateyang baik juga.
Aku ni banyak cakap orangnya, semua benda baru aku tengok aku akan impress.Sedih la aku kalau cakap sorang-sorang & teruja sensorang. Tu sebab tak motravel solo. Hahahahah!
Lagipun ada macam-macam pandangan/mazhab tentang female solo traveler,maka the best way sebagai perempuan (Islam terutamanya), aku elak untuktravel solo. Lain orang lain pandangan kan? Wanita adalah makhluk Allah yang sangat perlu dijaga maruahnya. Nauzubillah min zalik.
Harap-harap karangan tidak rasmi di atas dapat membantu korang dan naikkan semangat orang di luar sana for Adventure is Out There! huhu Kalau korang rasa ayat tulisan aku ni ada yang ter-riak, ter-over, ter-bangga diri ke, aku minta maaf ye.
Assalamualaikum & Salam Menjelajah Dunia!
Credit : http://thevocket.com/

Lelaki Terkejut RM342,044 Tiba-Tiba Ada Dalam Akaun Bank


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejumlah wang bernilai SR 303,000 (RM 342,044) dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan menggunakan wang tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian menelefon pihak bank keesokan harinya bagi mengenalpasti individu yang memasukkan wang berkenaan kedalam akaun banknya.

Pihak bank kemudian memaklumkan tiada sebarang kesilapan pada transaksi tersebut.

Masih tidak berpuas hati, lelaki tersebut kemudian berjumpa dengan pengurus bank tersebut bagi membuat semakan kali kedua.

"Setelah diteliti, pihak bank kemudian mendapati kakitangan bank tersebut telah melakukan kesilapan dengan mendepositkan wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun lain ke dalam akaun lelaki tersebut", lapor Emirates24/7 - Siakapkeli.my