Thursday, February 18, 2016

Parang Potong Daging Melekat Di Kepala Suami Curang

PARANG yang melekat di kepala lelaki itu.

BEIJING – Kerana berang selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang wanita di China bertindak menetak kepala lelaki itu dengan parang pemotong daging.
Dalam video yang dirakam di sebuah hospital tempatan, parang tersebut dilihat masih melekat di belakang kepala lelaki curang berkenaan.
Video yang menjadi viral selepas dimuat naik ke LiveLeak semalam dirakam sebelum lelaki itu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.
Dia juga kelihatan dalam keadaan masih lagi sedar dan hanya duduk sambil menjawab pertanyaan daripada beberapa jururawat.
Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama mangsa, isteri mahupun tempat kejadian. – Agensi/myMetro Online

'Benarkan Rakyat Hisap Ganja untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup' - Syed Rosli


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Penolong Setiausaha Pemudah UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Panda, Syed Rosli Jamlullail meminta agar kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekaligus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Menurut beliau, ganja jelas tidak menjadikan individu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.

"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.

"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.

"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan agar kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Bagaimanapun, Ridhwan menegaskan dia tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi mahu ia dikawal selia.

Menurut beliau lagi, ganja hanya menyumbang sebanyak 8 peratus dari semua jenis ketagihan berbanding 60 pratus morfin dan 30 peratus heroin.

Cadangan itu turut mendapat reaksi dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Syed Rosli turut berkata, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy dalam isu agnja harus diberi perhatian oleh kerajaan.

"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.

"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya. - Siakapkeli.my 


Wednesday, February 17, 2016

SAYU.. Luah Ibu Mangsa 4 Remaja Maut Lepas Hilang 7 Hari

johor-accident

HATI ibu mana yang tidak risaukan keselamatan anak terunanya setelah hilang selama seminggu tanpa menerima sebarang khabar berita.

Lebih-lebih lagi jika anak yang hilang itu merupakan seorang yang begitu rapat dan manja dengannya, pastinya perasaan bercampur baur mengenangkan keselamatan anaknya itu.
Begitulah perasaan yang dilalui oleh ibu kepada arwah Abu Izzani Abu Bakar, salah seorang mangsa yang dilaporkan meninggal dunia di dalam kejadian kereta terjunam ke dalam sungai di Felda Tenggaroh.
Ibu mangsa yang menggunakan nama akaun Cekmek Molek M Yusoff di Facebook sebelum mengetahui berita mengenai kematian anaknya itu tidak henti-henti berdoa.
Malah beliau turut meminta netizen di media sosial tempatan agar menyebarkan maklumat mengenai kehilangan anaknya itu sehingga ia menjadi viral beberapa hari lalu.
mama5
mama6done
Apa yang lebih membuatkan kami bertambah sedih adalah ketika membaca posting terakhir yang dimuat naik oleh ibu tersebut.
Dia mengatakan yang anaknya itu sempat memberikan ciuman di pipinya sebelum bertolak dengan menaiki kereta bersama-sama keempat-empat rakannya.
Adik pergi dulu ea basah pipi ibu adik cium, walaupun dah 21 tahun masih manja,”tulisnya di posting terbaru yang dimuat naik hari ini.
mama7
Berita sedih mengenai kejadian yang menimpa ke atas keempat-empat pelajar itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia merasa pilu.
Bertabahlah buat ibu kepada arwah Abu Izzani, kami mendoakan arwah dan ketiga-tiga mangsa yang lain, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa ditempatkan bersama golongan insan yang beriman.-MYNEWSHUB.CC

(Gambar) Misteri Kehilangan 4 Remaja 10 Februari Lalu Akhirnya Terjawab


MERSING: Misteri kehilangan empat orang remaja yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Terengganu 10 Februari lalu akhirnya terjawab dengan terjumpanya sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran JEB9978 di dalam sungai berhampiran Felda Tenggaroh pagi tadi.

Kereta Honda Accord itu ditemui beberapa pekerja ladang  pada 9.20 pagi sebelum menghubungi polis.



Kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ke dalam sungai berkenaan di mana berdasarkan twitter Harian Metro mengesahkan kesemua mereka meninggal dunia.







Mereka yang meninggal dunia adalah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

Kempat-empat mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing, untuk tindakan selanjutnya.

Empat sekawan ini dilaporkan hilang sejak 10 Februari lalu dimana mereka dalam perjalanan daripada Seri Alam, Pasir Gudang ke Terengganu untuk bercuti dan gagal dihubungi keluarga selepas tempoh dua jam bertolak. - Siakapkeli.my

Tuesday, February 16, 2016

BIADAP! Genji Buskers menceritakan situasi semasa kejadian


Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri dicabul di tempat awam?
Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.
Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.
Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.
"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.
"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.
Terbaring berdarah
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.
Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.
"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.
Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.
"Takut juga dia mati," katanya.
Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.
Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.
Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.
Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.
Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.
"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.
"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya.

Gol Cantik Faiz Subri Cetus Fenomena, Dapat Perhatian Dunia


Pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri mencuri tumpuan dunia apabila sepakan percuma yang diambil olehnya melencong dengan unik sebelum menerjah pintu gol pasukan Pahang dalam perlawanan malam tadi.

Laporan dari thesportbibile menyifatkan sepakan tersebut 'mungkin' telah memenangi anugerah puskas; satu anugerah untuk gol cantik; dengan mudahnya.

Lebih menarik, laporan tersebut turut dimuatnaik di laman Facebooknya dan menerima lebih 10,000 'likes' dan lebih 2,000 perkongsian serta lebih 3,000 komen.


Selain itu, gol tersebut juga turut di portal sukan eurosport.co.uk yang menyifatkan gol tersebut sebagai luar biasa.

"Sepakan percuma itu, yang disertakan dengan lencongan dan bisa yang mana akan dibanggakan (jika diambil oleh)Roberto Carlos, kelihatan seolah-olah ingin ke arah satu penjuru sebelum pergi ke arah yang lain", tulis portal tersebut

Selain itu, gol tersebut juga turut mendapat perhatian beberapa portal bahasa inggeris yang lain.

Gol Faiz Subri itu juga turut mendapat liputan dari portal-portal sukan negara Bosnia dan juga Sepanyol.

Jom saksikan gol tersebut. - Siakapkeli.my