Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

BIADAP! Genji Buskers menceritakan situasi semasa kejadian


Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri dicabul di tempat awam?
Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.
Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.
Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.
"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.
"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.
Terbaring berdarah
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.
Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.
"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.
Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.
"Takut juga dia mati," katanya.
Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.
Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.
Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.
Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.
Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.
"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.
"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya.

Saturday, February 13, 2016

Pencuri Sempat Jamu Selera, Minum Air Ribena Ketika Pecah Masuk Rumah

Pinggan dan botol air yang dibawa keluar suspek untuk menjamu selera dan menghilangkan dahag sebelum melarikan diri. Foto : Sinar Online.

BERA, 12 Feb - Seorang atau sekumpulan lelaki yang dipercayai melakukan aktivi memecah masuk beberapa buah rumah di sini sempat menjamu selera mereka menikmati nasi berlaukkan ikan sardin, ayam dan ikan goreng serta menghilangkan dahaga mereka dengan minuman soya dan air Ribena sebelum melarikan diri.

Menurut salah seorang mangsa, Fatimah Senah, 60, suspek memasuki salah sebuah bilik dimana dia dan dua anak perempuannya tidur dan menyelongkar almari baju sebelum melarikan seutas gelang tangan.

Tambahnya lagi, semasa kejadian, tiada langsung kedengaran bunyi sedangkan almari itu akan berbunyi jika ditutup atau dibuka.

"Saya tidur dekat dengan almari. Itupun saya tidak dengar dan tidak sedar. Cuma anak lelaki saya, pada ketika itu, terkejut dari tidur dan bergegas ke arah dapur dan melihat besi tingkap telah dipotong.

"Tetapi, suspek sempat pula makan nasi sekali dengan lauk-lauk yang ada atas meja. Dia letak dalam satu pinggan, ambil satu bekas air dan makan di luar bahagian dapur," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Namun, setelah pemeriksaan, hanya seutas gelang tangan sahaja yang hilang.

Seorang lagi mangsa, Khoisiah Abdullah, 66, berkata dia tersedar apabila suspek cuba memasuki bilik tidurnya untuk kali kedua selepas berjaya mengambil wang lebih RM700 yang disimpan di dalam beg tangannya.

Selain itu, dua buah telefon bimbit yang diletak berdekatan bantal turut dilarikan suspek dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 pagi tadi.

"Saya tersedar sebab terasa seperti ada orang. Bila saya bangun, suspek cuba ambil beg tangan yang lain kerana beranggapan ada wang tunai di dalamnya.

"Saya terkejut, dan menjerit minta tolong. Dia pun terkejut sebab saya terjaga dari tidur bergegas berlari ke arah dapur dan keluar ikut pintu dapur," katanya.

Namun, Khosiah bersyukur kerana suspek tidak bertindak di luar kawalan.

Seorang lagi mansa, Amalina Hassan, 24, berkata kejadian hanya disedari apabila keluarganya bangun untuk solat Subuh.

"Taktik yang digunakan sama sahaja, suspek potong besi tingkap di bahagian tengah, tarik keluar cermin dan masuk ikut tingkap.

"Kebetulan beg tangan mak ada di atas sofa, suspek ambil beg tangan itu. Jadinya, kad pengenalan, kad bank, duit tunai lesap," katanya.

Selain itu Amalina juga berkata laporan polis telah dibuat dan ibunya juga telah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan baru.

Laporan dari Sinar Online juga turut berkata pihaknya telah mendapat penjelasan dari Ketua Peneroka Felda Sebertak, Ahmad Long.

Menurut Ahmad Long, dalam tempoh 33 hari sepanjang tahun ini sahaja sudah tiga kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku sekitar kawasan tersebut.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan pihak polis juga telah melakukan siasatan awal di setiap rumah mangsa.

"Kita harap, penduduk lebih berwaspada demi keselamatan masing-masing pada masa akan datang, dan bersama-sama bekerjasama membanteras jenayah di kampung ini," kata Ahmad.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan siasatan masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my

Friday, February 5, 2016

"Bermulalah sesi pemukulan antara mereka semua", Video Kes Buli Pelajar Tersebar


5 Feb - Jika sebelum ini tersebar video enam orang lelaki membuli dua pelajar dengan menyuruh salah seorang mangsa mencium jalan, kini timbul pula satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar memukul seorang pelajar.

Video itu dimuat naik di laman Facebook Zack Rockstar dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan beratus-ratus komen yang mengkritik tindakan kumpulan tersebut.

Video itu dimuat naik pada 3 Februari lepas oleh Facebook tersebut.

"Bermulalah sesi pemukulan antara mereka semua", kata salah seorang pelajar dalam video terbabit.

Video berdurasi selama 1 minit 10 saat itu berakhir dengan rakaman beberapa pelajar lain yang dilihat cuba meleraikan perkara itu. - Siakapkeli.my




Kau nak sangat jadi gengster kan? Haaa jap lagi kawan2 gua viralkan video korang ni. Sekali dengan pengacara tu nanti kena kutip#makktoll
Posted by Zack Rockstar on Tuesday, 2 February 2016

Wednesday, February 3, 2016

Dipukul hingga mati kerana tercicir ambil penumpang


KLANG, 4 Feb - Impian seorang pemuda untuk menamatkan zaman bujangnya tidak kesampaian apabila hayatnya berakhir dengan tragedi selepas dia dipukul oleh seorang lelaki di tepi Jalan Kampung Sungai Udang di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam selepas mangsa dikatakan tertinggal untuk mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.

"Kerana terlalu bengang, suspek kemudiannya bertindak mengekori van yang dipandu mangsa dengan motosikalnya dan ketika menghampir van berkenaan suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan itu.

"Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri," katanya.

Mangsa kemudian meninggal dunia dalam van tersebut.

"Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan danbedah siasatan akan dilakukan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.





Tuesday, February 2, 2016

Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral


PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.
Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 'view' dan 541 'like', dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.
Dalam video itu, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu berkata, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.
"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.
"Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini," katanya.
Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.

"Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran," katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.

Monday, February 1, 2016

Tragedi Hantar Anak Ke Taska, Kanak-kanak empat tahun maut

Kesan darah di tempat kejadian .Kredit foto : Harian Metro / Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu, 1 Feb: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh ibunya yang dipercayai tertekan pedal minyak di kawasan parkir di Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, Kota Kinabalu pada pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 pagi itu, dua murid taska yang lain serta seorang guru turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II.

Mangsa yang maut adalah Megan Wong Shi Ting manakala yang cedera adalah Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, Mohd Fakhriy Fasyin Norman, 5, dan Valin Shammi, 25.

Laporan Harian Metro melaporkan, sebelum kejadian ibu kepada Megan, 36, menurunkan anaknya di depan pagar taska tersebut.

Kemudian, dia masuk semula ke dalam kereta dan dipercayai tertekan pedal minyak keretanya sehingga terlanggar Mega yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya.

Megan disahkan meninggal pada 10.10 pagi di Hospital Queen Elizabeth II.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, siasatan lanjut masih dijalankan. - Siakapkeli.my

Thursday, December 31, 2015

Mayat bayi lelaki dalam beg plastik hitam ditinggalkan di masjid


BEG plastik yang mengandungi mayat bayi lelaki ditinggalkan dalam masjid Kampung Expo Kamunting. - Foto Nor Raidah Awang

TAIPING: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam masjid Kampung Expo dekat Kamunting di sini, pagi tadi. 


Mayat bayi terbabit ditemui siak masjid itu jam 10 pagi dalam beg plastik hitam yang ditinggalkan di hadapan pintu masuk ruang solat jemaah wanita. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata siasatan awal menemui sekeping nota ditinggalkan bersama mayat bayi berkenaan. 

"Nota itu meminta supaya mayat bayi terbabit diuruskan kerana pihak yang meninggalkan bayi terbabit tidak berkemampuan," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata, mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat. 

"Polis akan menjalankan siasatan berhubung kes ini bagi menjejaki suspek yang meninggalkan mayat bayi lelaki itu," katanya.