Thursday, February 18, 2016

Parang Potong Daging Melekat Di Kepala Suami Curang

PARANG yang melekat di kepala lelaki itu.

BEIJING – Kerana berang selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang wanita di China bertindak menetak kepala lelaki itu dengan parang pemotong daging.
Dalam video yang dirakam di sebuah hospital tempatan, parang tersebut dilihat masih melekat di belakang kepala lelaki curang berkenaan.
Video yang menjadi viral selepas dimuat naik ke LiveLeak semalam dirakam sebelum lelaki itu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.
Dia juga kelihatan dalam keadaan masih lagi sedar dan hanya duduk sambil menjawab pertanyaan daripada beberapa jururawat.
Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama mangsa, isteri mahupun tempat kejadian. – Agensi/myMetro Online

'Benarkan Rakyat Hisap Ganja untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup' - Syed Rosli


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Penolong Setiausaha Pemudah UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Panda, Syed Rosli Jamlullail meminta agar kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekaligus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Menurut beliau, ganja jelas tidak menjadikan individu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.

"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.

"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.

"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan agar kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Bagaimanapun, Ridhwan menegaskan dia tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi mahu ia dikawal selia.

Menurut beliau lagi, ganja hanya menyumbang sebanyak 8 peratus dari semua jenis ketagihan berbanding 60 pratus morfin dan 30 peratus heroin.

Cadangan itu turut mendapat reaksi dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Syed Rosli turut berkata, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy dalam isu agnja harus diberi perhatian oleh kerajaan.

"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.

"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya. - Siakapkeli.my 


Wednesday, February 17, 2016

SAYU.. Luah Ibu Mangsa 4 Remaja Maut Lepas Hilang 7 Hari

johor-accident

HATI ibu mana yang tidak risaukan keselamatan anak terunanya setelah hilang selama seminggu tanpa menerima sebarang khabar berita.

Lebih-lebih lagi jika anak yang hilang itu merupakan seorang yang begitu rapat dan manja dengannya, pastinya perasaan bercampur baur mengenangkan keselamatan anaknya itu.
Begitulah perasaan yang dilalui oleh ibu kepada arwah Abu Izzani Abu Bakar, salah seorang mangsa yang dilaporkan meninggal dunia di dalam kejadian kereta terjunam ke dalam sungai di Felda Tenggaroh.
Ibu mangsa yang menggunakan nama akaun Cekmek Molek M Yusoff di Facebook sebelum mengetahui berita mengenai kematian anaknya itu tidak henti-henti berdoa.
Malah beliau turut meminta netizen di media sosial tempatan agar menyebarkan maklumat mengenai kehilangan anaknya itu sehingga ia menjadi viral beberapa hari lalu.
mama5
mama6done
Apa yang lebih membuatkan kami bertambah sedih adalah ketika membaca posting terakhir yang dimuat naik oleh ibu tersebut.
Dia mengatakan yang anaknya itu sempat memberikan ciuman di pipinya sebelum bertolak dengan menaiki kereta bersama-sama keempat-empat rakannya.
Adik pergi dulu ea basah pipi ibu adik cium, walaupun dah 21 tahun masih manja,”tulisnya di posting terbaru yang dimuat naik hari ini.
mama7
Berita sedih mengenai kejadian yang menimpa ke atas keempat-empat pelajar itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia merasa pilu.
Bertabahlah buat ibu kepada arwah Abu Izzani, kami mendoakan arwah dan ketiga-tiga mangsa yang lain, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa ditempatkan bersama golongan insan yang beriman.-MYNEWSHUB.CC

(Gambar) Misteri Kehilangan 4 Remaja 10 Februari Lalu Akhirnya Terjawab


MERSING: Misteri kehilangan empat orang remaja yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Terengganu 10 Februari lalu akhirnya terjawab dengan terjumpanya sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran JEB9978 di dalam sungai berhampiran Felda Tenggaroh pagi tadi.

Kereta Honda Accord itu ditemui beberapa pekerja ladang  pada 9.20 pagi sebelum menghubungi polis.



Kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ke dalam sungai berkenaan di mana berdasarkan twitter Harian Metro mengesahkan kesemua mereka meninggal dunia.







Mereka yang meninggal dunia adalah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

Kempat-empat mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing, untuk tindakan selanjutnya.

Empat sekawan ini dilaporkan hilang sejak 10 Februari lalu dimana mereka dalam perjalanan daripada Seri Alam, Pasir Gudang ke Terengganu untuk bercuti dan gagal dihubungi keluarga selepas tempoh dua jam bertolak. - Siakapkeli.my

Tuesday, February 16, 2016

BIADAP! Genji Buskers menceritakan situasi semasa kejadian


Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri dicabul di tempat awam?
Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.
Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.
Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.
"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.
"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.
Terbaring berdarah
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.
Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.
"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.
Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.
"Takut juga dia mati," katanya.
Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.
Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.
Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.
Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.
Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.
"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.
"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya.

Gol Cantik Faiz Subri Cetus Fenomena, Dapat Perhatian Dunia


Pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri mencuri tumpuan dunia apabila sepakan percuma yang diambil olehnya melencong dengan unik sebelum menerjah pintu gol pasukan Pahang dalam perlawanan malam tadi.

Laporan dari thesportbibile menyifatkan sepakan tersebut 'mungkin' telah memenangi anugerah puskas; satu anugerah untuk gol cantik; dengan mudahnya.

Lebih menarik, laporan tersebut turut dimuatnaik di laman Facebooknya dan menerima lebih 10,000 'likes' dan lebih 2,000 perkongsian serta lebih 3,000 komen.


Selain itu, gol tersebut juga turut di portal sukan eurosport.co.uk yang menyifatkan gol tersebut sebagai luar biasa.

"Sepakan percuma itu, yang disertakan dengan lencongan dan bisa yang mana akan dibanggakan (jika diambil oleh)Roberto Carlos, kelihatan seolah-olah ingin ke arah satu penjuru sebelum pergi ke arah yang lain", tulis portal tersebut

Selain itu, gol tersebut juga turut mendapat perhatian beberapa portal bahasa inggeris yang lain.

Gol Faiz Subri itu juga turut mendapat liputan dari portal-portal sukan negara Bosnia dan juga Sepanyol.

Jom saksikan gol tersebut. - Siakapkeli.my


Anak kecil dirakam bergayut di tingkap

Sedutan rakaman yang viral di Youtube

RAKAMAN seorang kanak-kanak keluar dari tingkap di tingkat tiga sebuah bangunan di Brazil bakal menggerunkan hati ibu bapa di serata dunia.

Menurut laporan Mirror, kanak-kanak tersebut dilihat keluar dan berjalan di bibir tingkap dan bergayut di lokasi tersebut selama hampir seminit sebelum dibawa masuk oleh penjaganya.

Kejadian tersebut didakwa dirakam pada Ahad lepas dan telah dimuat naik ke laman Youtube sejak semalam.

Selepas kejadian tersebut viral di laman sosial, pekerja sosial melawat keluarga kanak-kanak berkenaan yang terletak di Guara II, Brasilia.

Datuk kanak-kanak tersebut memberitahu terdapat jaring nipis yang telah dipasang di tingkap berkenaan namun tidak dapat dilihat dengan jelas di dalam rakaman.

Wartawan tempatan mengesahkan terdapat jaring di tingkap tersebut.

Walau bagaimanapun, amaran telah dikeluarkan oleh pekerja sosial terhadap keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Bomba Guara II, Wellington Amaral menggesa ibu bapa supaya memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin.

Lelaki Mengaku Pukul Kerana Tertekan Dengan Sikap Isteri - Polis


JOHOR BAHRU - Susulan satu video viral yang merakamkan aksi seorang lelaki memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya menggunakan kasut baru-baru ini, pihak polis telah berjaya menahan lelaki tersebut di Kluang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek itu yang berusia 44 tahun ditahan di kediamannya di Taman Sri Kluang kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut beliau lagi, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku memukul isterinya kerana tertekan dengan sikap isterinya itu yang suka membebel di sebabkan masalah kewangan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki tersebut menghidap penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Kluang.

"Polis telah merampas sepasang kasut berwarna hitam dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk memukul isterinya dalam kejadian tiga hari lepas," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my

Surat Minta Ibu Bapa Hadir Mesyuarat PIBG Berbaju Pink:NUTP Minta Dr. Vida Tidak Ganggu Pengajaran Sekolah


Kelantan, 16 Feb - Susulan satu surat yang tersebar meminta meminta agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG dengan berbaju pink, NUTP menggesa agar Dr. Vida tidak menggangu pengajaran sekolah.

Menurut presiden NUTP, Hashim Adnan, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu dan tidak wajar ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosi produk kesihatan.

"Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelajaran diadakan kerana saya khuatir mengganggu konsentrasi pelajar", katanya sebagaimana lapor Akhbar Kosmo bertarikh 16 Feb.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang surat terbabit.

Selain dari ajakan ke mesyuarat PIBG, surat terbabit turut meminta ibu bapa untuk mengajak rakan-rakan, jiran dan pasangan untuk memeriahkan promosi produk Qu Puteh keluaran Dr. Vida yang dijual pada harga Istimewa. - Siakapkeli.my


surat yang tersebar
suratan akhbar kosmo!

Monday, February 15, 2016

"Kak Long Tunggu Kau Dekat Padang Mahsyar Amran Fans," - Anak Zahid Hamidi


Berikutan sebuah posting yang dimuatnaik oleh laman Facebook parodi Amran Fans yang 'menyerang' anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, nampaknya ikon Belia Negara berkenaan telah tampil 'membalas balik' kenyataan tersebut.

Menurut NurulHidayah melalui laman Instagramnya menyatakan walaupun tidak berkenalan di dunia, kita akan berkenalan di padang Mahsyar sambil memuatnaik keratan gambar status yang ditulis oleh page Amran Fans.

Berikut adalah kepsyen penuh yang ditulis beliau.

"Tiba2 rasa bangga. Glamour. Tapi tak nak riak la. Sebab? Bukan sahaja kat dunia orang cari, kat akhirat pun ramai yang akan cari sebab nak minta maaf. Alahaii.. 

Panas dik kat padang Masyar tu nanti. Takpa la. Kak Long tunggu jer korang cari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sbb TAK RELA BERMADU ..ha ha ha ) --- ok..ok serious! Tak berkenalan kat dunia ni pun kelak kita akan berkenalan kat Padang Masyar (buat pencipta dan penyampai/penyebar fitnah) Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu. Ha ha ha .. A very entertaining day for me."





Facebook Amran Fans sebelum ini bertanyakan adakah Ikon Belia Malaysia(NurulHidayah) yang memegang sijil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi ni kerja call center, salesgirl, promoter, cashier Tesco, cashier giant, cashier NSK, cashier Speedmart 99, kedai bunga atau kedai makan.

Ia adalah susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu membawa masuk kira-kira 1.5 Juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini. - Siakapkeli.my

"Abang Ada Job Kat Melaka," Luah Isteri Malang, Ditinggalkan 3 Bulan Sebelum Tahu Dimadukan


Sedih hati ini takkala membaca satu luahan hati seorang isteri malang apabila kebahagiaan yang dinikmati runtuh dengan begitu sahaja dek kerana kerana orang ketiga yang tidak pernah diketahui dan disangka.

Sebuah coretan hati yang ditulis oleh Quyun Zulkifly menceritakan segala kesedihannya yang tidak terhinggga apabila dimadukan tanpa pengetahuannya disaat sedang menikmati kebahagiaan satu hubungan yang sah dibina atas tali pernikahan.

Berikut adalah coretan berliau.

AKU TERIMA NIKAH NYA. . !!

Saat Diri dihiasi dengan baju perkahwinan, muka diconteng dengan berbagai warna debaran juga makin terasa dalam beberapa minit akn mnjadi isteri.. Berkumpul sanak saudara, adik beradik dan keluarga bakal mertua dirumah ku. Saat Tok kadi berkata. Dah sedia semua. Jantung ku laju berlari tah kemana pergi nya.. Saat tangan bakal suami ku bersalaman dgn Tok Kadi air mata aku mula bergenang.

AKU NIKAH KAN DIKAU DENGAN ********* BINTI ZULKIFLY DENGAN MAS KAHWIN NYA RM**** TUNAI. Sah !!

ALHAMDULLILAH. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri. Allahuakbar, air mata tanpa aku sedar mngalir tanpa henti. Kegembiraan tak dapat di ungkap dengan kata2. Saat suami memandang wajah aku dgn linangan air mata dlm hati aku berkata "betul ke dia suami aku betul ke kami akn hdp mati bersama lepas ni"

Mula lah khidpan kami sebagai suami isteri, susah senang hidup bersama. Lalui pelbagai dugaan lepas khwn. jtuh bgun sama2, saat susah mngis sama2, gembira sama2 saat senang.. Bila hampir setahun perkahwinan ada yg bertnya dah ad isi ke ? Saat tu mula lah hati makin down, bila bgtahu husbnd, husbnd say biar lah dorg tu semua kan rezeki Allah. Hlg rasa sedih bila dengar semua tu dr mulut husbnd. Tahun kedua perkahwinan rasa bahagia tu tinggi menggunung. Bahagia tu tak dapat di ungkap dgn kata2.

kebahagian kami diuji saat org ke3 dtg mengganggu.. Dengan alasan, Sayang ada job kat melaka. Untuk mencari rezeki yg HALAL pergi lah sayang walau pun naluri isteri berkata semua iti tidak benar untuk pergi buat kerja (15/10/2015)..

Sampai satu saat Allah bagi petunjuk siapa suami aku yang sebenarnya. AllahuAkbar, hancur nya hati aku ya Allah. Insan yg aku percaya insan yg aku sayang snggup khianati hdp aku.. Apa salah dan dosa aku. .

Aku belajar untuk sabar, pada pandangan org aku nampak kuat. Daripada tutur kata aku nmpk gigih untuk terus senyum. . Padahal tu semua lagak ngeri je nak tnjuk dkat org yg aku ni hebat padahal hati aku hancur bekecai, menangis tanpa org tahu setiap hari. Berlagak ckp dgn kluarga mentua ckp aku ok, tak kisah pon ap die nak buat. Padahal hati aku ya Allah.. Tak kan lah tak sedar yg aku sdg bsedih dgn sikap adik dan anak korg. .

Tarikh 24/12/2015 sampai mati aku tak akn lupa. Aku masih sah kenapa ni balasan yg korg bg pada aku. Hancur nya hati, bagai kan nak mati trima hakikat..

Tiga bulan pergi tanpa berita dan khabar akhirnya dapat tahu kau bahagia bersama insan lain dgn ikatan yg sah. 6/2/2016 aku sendri datang lihat dengan mata aku sendri, betapa hebatnya kau duduk dipelamin bersama orang lain. Begitu gah sekali majlis kau. 10k tetamu boleh bagi makan sedangkan aku seorang selama 3 bulan kau abai kan tanpa sebutir nasi kau tinggalkan.

Abai kan isteri dari 15/10/2015 hingga kan hari ini. Mana sifat perikemanusian. Tatkala baik mengambil anak orang kenapa ini kesudahan yang kau bagi pada kami semua. .

Begitu perit untuk aku terima semua ni. Lepas kan lah aku cara baik. pulang kan lah aku cara baik pada keluarga aku. Sebagaimana korg rasa hari ini begitu jgak lah kami rasa apabila dikhianati sebelum ini.

Aku redha saat dihina, aku redha saat dicaci oleh org yg rapat dan yg aku sayang. . Hari ni, hina lah lagi kecam lah lagi caci lah lagi. . Aku terima semua nya. Ramai lagi yg masih sayang kan aku dan sokong aku.

Dulu aku kalah kerana ramai yang mempercayai kau dengan sikap pembohong kau, aku pejam mata pekakkan tlinga buat tak tahu sbb aku tahu allah ta'Ala sentiasa ada untuk aku.

"Tak ada seorg perempuan pun saat dia dinikahkan mintak diabaikan. Mintak hatinya disakiti. Mintak cintanya dikhianati.. Tak ade seorang perempuan pun inginkan maruahnya dipijak suami, kehormatannya tidak dilindungi, atau harga dirinya tiada erti lagi. Tak ade seorang perempuan pun yang mahu melukut di tepi gantang.. Mengharap simpati suami sendri. . Mengemis kasih untuk menumpang..

Suami mungkin terlepas didunia.. Berlagak seperti Raja. . Isteri dibuat seperti Hamba. .
Nanti di MAHKAMAH agung ALLAH, kamu akan ditanya tanpa mampu berhelah. Setiap tanggungjawab yg kamu tnggalkan, Semua akan DIADILI walaupun sebesar KUMAN..

Sunday, February 14, 2016

Ngeri….Kayu Penyepit Tertusuk Ke Tengkorak


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengejutkan keluarganya apabila kayu penyepit tertusuk dalam tengkoraknya secara tidak sengaja selepas terjatuh ketika sedang bermain.
Shi Shi, yang berasal dari Hanzhong, China, berada di rumah bersama ibu bapanya ketika penyepit itu tertusuk melalui mulutnya.
Keluarganya terus membawa Shi Shi ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan selama lapan jam untuk mengeluarkan kayu penyepit terbabit.
“Dia kemungkinan sedang memegang penyepit itu ketika bermain dan terjatuh. Ketika kami berkejar ke arahnya, penyepit itu sudah pun tertusuk ke dalam mulutnya.
“Tiada darah yang mengalir tetapi dia tidak berhenti menangis,’’ kata bapanya kepada wartawan.
Sementara itu, doktor yang merawatnya, Dr. Mi Weiyang berkata, riak muka kanak-kanak tersebut menunjukkan bahawa dia mengalami kesakitan yang amat sangat hinggakan tidak dapat bergerak balas dengan cepat terhadap sesuatu perkara.
X-ray yang dijalankan menunjukkan penyepit itu tertusuk di bahagian mulut sebelah kanan ke tengkorak.
“Kami mendapati penyepit itu panjangnya 10 inci dan kurang dua inci daripada terkena bahagian otak.
“Kayu penyepit itu juga menyebabkan tulang patah dan pendarahan dalaman,’’ katanya yang turut menyatakan Shi Shi bernasib baik kerana penyepit itu tidak terkena saluran darah dan saraf utama dalam tengkorak.

'Saya dengar suara wanita menangis yang menyeramkan'

Mazlan menunjukkan kawasan yang sering kedengaran suara tangisan perempuan

PINANG TUNGGAL -"Saya terdengar suara wanita menangis, semakin lama bunyinya semakin kuat dan menyeramkan," cerita penduduk di Kampung Pekan Rabu, Pinang Tunggal.

Mazlan Mat Deris,50 berkata ketika itu jam di tangannya menunjukkan pukul 1 pagi.

“Mula saya ingatkan bunyi tersebut datang dari rumah berhampiran, saya cuba meneka bunyi itu datang dari arah mana.

“Masa itu saya berada di kedai makan, dengar bunyi tersebut datang dari sebuah jambatan keretapi lama yang tidak lagi digunakan,” katanya.

Hati Mazlan berdegup kencang tatkala teringat tiada lagi rumah yang ada di kawasan tersebut.
“Dahulunya kawasan berhampiran jambatan keretapi lama ini sememangnya ada rumah-rumah yang diduduki orang kampung.

“Namun mereka telah berpindah dari situ sejak bertahun yang lalu, bila teringat tentang perkara tu, saya jadi kaku tambahan pula mendengar suara tangisan yang makin lama makin kuat dan nyaring,” katanya.

Menceritakan mengenai kisah yang dialaminya itu, Mazlan berkata suara itu bukan pertama kali didengarnya.
“Kedai makan yang selalu saya datang ini milik adik saya, jadi memang saya selalu ada sini, kadang-kadang sampai larut malam ada sini berbual dengan rakan-rakan.

“Memang suara tangisan itu selalu saya dengar, tak tahulah nak gambarkan macam mana suaranya tapi ianya seakan-akan suara perempuan menangis,” katanya.

Katanya, mungkin apa yang dialaminya itu bagi sesetengah orang menyangka ianya hanya satu gurauan.
“Tapi memang saya dengar suara tangisan tersebut dengan jelas, ianya selalu saya dengar tengah malam dalam pukul 12 malam hingga ke 1 pagi macam itu.

“Biasalah benda-benda macam ini, kadang-kadang dia hanya mahu menguji kita, dia tak ganggu pun, cuma mungkin dia nak uji,” katanya dengan muka serius.

Mazlan yang merupakan penduduk asal di sini menceritakan sedikit sebanyak kisah mengenai jambatan lama ini.

“Dari apa yang saya dapat tahu tentang sejarah jambatan kereta api lama ini, jambatan ini dibina sejak zaman penjajahan British lagi.

“Memang jambatan ini jambatan lama, mungkin sebab itu kawasan di sini agak keras sedikit, silap cakap mungkin bahaya menanti,” katanya.

Jelmaan wanita
Kisah misteri di Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal yang menyusuri sepanjang Sungai Muda tidak terhenti di situ sahaja.

Mazlan berkata antara cerita yang menjadi perbualan hangat di sini adalah jelmaan wanita berpakaian putih di satu sudut di jambatan ini.

“Ada juga beberapa orang yang pernah nampak, mereka datang nak memancing, lebih kurang malam dalam pukul 10 hingga 11 malam macam tu,

“Tiba-tiba mereka ternampak ada satu susuk tubuh lembaga seakan- akan wanita berpakaian putih di situ, memang terkejut la, balik rumah terus demam,” katanya.

Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan dirinya adalah mendengar sendiri suara tangisan di jambatan tersebut.

“Bagi saya itu antara pengalaman menakutkan, susah nak gambar perasaan saya masa itu. “Apa pun saya percaya kalau tempat- tempat lama macam ini ada pantang larangnya, tak boleh main cakap saja, paling penting mulut kena jaga,” katanya    

Wanita hamil antara 3 parah kereta terbalik

ANGGOTA Bomba bersama JPAM dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kemalangan.

SEREMBAN: Seorang wanita hamil antara tiga parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, pagi tadi. 


Dalam kemalangan di Kilometer 279.4, berhampiran persimpangan ke Lebuh Raya ELITE kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak berumur setahun dan dua tahun, cedera ringan. 

Kereta terbabit yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Shah Alam, dipercayai terbabas sebelum terbalik di tepi lebuh raya itu. 

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Pegawai Bomba Kanan II Munawir Md Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.54 pagi dan tiba di tempat kejadian pada jam 4.09 pagi bersama enam anggota dengan sebuah jentera. 

"Setiba tiba, kami dapati semua mangsa sudah dikeluarkan oleh pengguna lebuh raya. 

"Mereka dihantar dengan ambulans Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke HTJ di sini," katanya.

Guru Agama Dakwa Dipukul Oleh Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"

ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.

Guru terbabit, Mohd Na'im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya ditahan oleh anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai tersebut.

"Saya dalam pejalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.

"Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Portal berita NST pula melaporkan guru tersebut turut  memberitahu polis tersebut turut memakinya dengan berkata "pergi mampus la dengan motosikal hang" dan juga merendahkan profesennya sebagai guru agama dengan berkata "hang cikgu bodoh".

Selain itu, Mohd Na'im turut berkata polis berkenaan turut menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.

"Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah.

"Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.

"Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit," katanya.

Na'im berkata dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokan harinya (10 Februari) ketika mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut. - Siakapkeli.my