Tuesday, July 7, 2015

Budak Tinggal Dengan Babi Akhirnya Dapat Perhatian

CHINA – Selepas bertahun-tahun hidup bersama babi, akhirnya seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Liu Hongbo, mendapat tempat tinggal baru yang layak digelar rumah.
Nasibnya berubah selepas orang ramai yang melihatnya menaiki kenderaan bersama babi telah memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Keluarga Liu menetap di kawasan pedalaman dan merupakan orang miskin.
budak1
Bapanya adalah penarik beca dan sering keluar menyebabkan budak itu terpaksa ditinggalkan dengan ibunya.
Dia menjadi mangsa dera ibunya yang mengalami sakit mental. Meskipun sudah berusia tujuh tahun namun Liu tidak boleh bertutur kerana tidak pernah diajar bercakap oleh ibunya.
budak2
Menurut jirannya, kanak-kanak itu selalu dipukul oleh ibunya dan dia tidur bersama babi setiap malam di luar rumah termasuk pada musim sejuk, ketika salji turun.
Keadaannya amat kotor dan sering dijangkiti kuman. Malah pada musim sejuk, bajunya melekat pada badan akibat kudis yang bernanah.
Selepas keadaannya mendapat perhatian ramai, petugas sukarelawan yang melawatnya telah membersihkan Liu termasuk membotakkan kepalanya.
Dia akan ditempatkan bersama dengan ibu saudaranya.
Sebelum ini Liu dijaga oleh wanita itu namun selepas dia berusia tiga tahun, Liu dikembalikan semula kepada ibu bapanya. – MYNEWSHUB.CC

Amira Selalu Mengigau Panggil Papa Dan Mama Ketika Tidur


Kisah kemalangan maut yang mengorbankan sepasang suami isteri dan seorang bayi di Kilometer 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) pernah menjadi bualan ramai Netizens dua bulan lalu nampaknya sudah semakin hilang dari media-media massa.

Tetapi kejadian ini terus menjadi igauan untuk anak-anak Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, dan allahyarhamah isteri Nova Safitri Azhari, 25, di mana Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, masih menangisi pemergian kedua ibubapa tercinta mereka.

Memetik laporan Harian Metro, ibu saudara mereka, Izzat Hasif, 30, berkata, apa yang lebih menyedihkan Nur Firuza Amira sering mengigau dan terbawa-bawa insiden yang mengorbankan ibu bapa dan adiknya itu di dalam tidur.

"Amira akan memanggil papa dan mama ketika tidur.

"Sebak saya mendengar apabila Amira menyebut nama arwah, saya berharap dia tabah menghadapi dugaan ini," katanya.

Kedua-duanya kini dijaga oleh ibu saudara mereka iaitu Yusnida Wan Hussain dan juga nenek mereka di Taman Batu Muda, Gombak.

Pergaulan Amira kini sedikit menunjukkan perubahan selepas semakin mesra dengan kawan-kawannya di sekolah kerana selepas kejadian yang mengorbankan ibu bapanya itu kelihatan Amira lebih banyak mendiamkan diri. - Siakapkeli.my

Najib Bagi Tempoh 14 Hari Kepada WSJ Sebelum Ambil Tindakan Undang-Undang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan langkah pertamanya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Wall Street Journal (WSJ) selepas portal tersebut telah mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) wang 1MDB berada di dalam akaun peribadinya.

Najib melalui pasukan peguamnnya telah menghantar emel kepada pemilik portal WSJ, Dow Jones, iaitu untuk mendapat pengesahan samaada mempertahankan laporan mereka.

WSJ diberi masa 14 hari untuk menjawab tuduhan tersebut, kita mereka mempertahankan tuduhan itu, Najib melalui pasukan peguamnya akan memulakan tindakan mahkamah.

"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar melalui emel itu.

Notis 14 hari kepada WSJ tersebut telah disediakan oleh firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, di mana mereka akan menjalakan proses tindakan undang-undang.

Berdasarkan catatan di surat tersebut, ia tertumpu kepada dua artikel, bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" yang disiarkan pada 2 Julai dan "Scandal in Malaysia" yang disiarkan pada 6 Julai, kedua-duanya ditulis oleh Simon Clark dan Tom Wright.

Ia juga meminta akhbar antarabangsa berkenaan  menyatakan tanpa ragu-ragu dan dengan jelas sama ada ia adalah hujahnya bahawa pelanggannya telah menyalahgunakan kira-kira AS$700 juta milik 1MDB. - Siakapkeli.my

KEJAM!! Mayat bayi dikerat enam dalam tangki tandas


Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra semalam.
.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.

Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.

Beliau berkata sebahagian anggota badan bayi yang ditemui itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala suspek wanita
berumur 31 tahun turut ditahan di HSB kerana mengalami pendarahan.

"Siasatan awal mendapati suspek telah melakukan pemeriksaan pada kemaluan dan doktor yang memeriksa mendapati terdapat kesan koyakan melahirkan anak," katanya dalam kenyataan semalam.

Abd Rahim berkata hasil soal siasat pertama mendapati suspek berbohong dengan memberitahu telah bersalin di rumahnya di Kg Binjal, Jitra dan bayinya dibuang di dalam tong sampah.

Katanya hasil siasatan lanjut mendapati suspek melahirkan bayi tersebut di rumah datuknya di Kg Manggol, Jitra dengan cara berdiri dan telah membuang bayi tersebut di dalam lubang tandas dengan cara mengepam air.

Suspek juga dipercayai makan ubat tidur ketika pulang ke rumah datuknya di Kampung Manggol dan pada 1 tengah hari semalam, suspek memberitahu ibunya mahu ke tandas untuk buang air besar.

"Satu jam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu ibunya yang dia datang haid dan terus sambung tidur sehingga waktu berbuka puasa.

Suspek juga tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan ibu suspek juga tidak mendengar bunyi mencurigakan dalam tandas tersebut," katanya.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Doa Siti untuk pemimpin menyusahkan rakyat


Ketika orang ramai digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kemelut yang membelenggu negara penghibur utama negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyerlahkan harapannya kepada umum.
 



Beliau yang terkenal dengan lagu Biarlah Rahsia - siang tadi tanpa berahsia - menulis di Instagramnya: "Ya Allah...kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta". #akuanakMalaysia #doabuatmuMalaysia.

Bukan baru sekali

Sebenarnya kenyataan itu bukanlah tumpuan utama kerana gambar yang mengiringi kenyataan itu lebih menarik.

Dipercayai dimuat naik kira-kira jam 4 petang, Siti Nurhaliza memaparkan sepotong doa pada akaun Instagram beliau.

Doa itu diberi tajuk Doa Rasulullah Untuk Pemimpin Yang Buat Susah Rakyatnya.

Berdasarkan keterangan pada gambar itu doa berkenaan diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW.

Nama Siti bukanlah asing dalam kemelut yang melanda politik negara.

Sebelum ini ketika Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau berseorangan dalam 'perjuangannya' menghadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Siti adalah antara yang terawal menyatakan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Apabila skandal pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji Siti sekali lagi muncul membuat kenyataan terbuka mengenainya.

Beliau menganggap kemelut itu "sangat memalukan".

Begitu juga pada hari Najib sepatutnya mengadakan dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam program Nothing2Hide.

Pada hari itu Siti menggunakan akaun Twitter beliau untuk mengulas kejadian berkenaan.


-www.malaysiakini.com

Menteri: Akaun dibeku mungkin bukan milik PM


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia tidak semestinya akaun perdana menteri yang telah dibekukan ekoran siasatan berkaitan 1MDB.





Ismail yang mengakui beliau tidak tahu butiran mengenainya berkata akaun yang dibekukan mungkin bukan milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau berkata, yang disiasat bukan perdana menteri.

Yang disiasat, katanya, ialah syarikat yang didakwa menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi perdana Menteri. 

"Mungkin akaun syarikat itu yang telah dibekukan," katanya kepada pemberita di Serdang malam ini.

Sebelum ini, pasukan petugas khas yang menyiasat perkara itu berkata ia telah membekukan enam akaun bank berkaitan dengan dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Manakala pasukan petugas itu tidak menyatakan pemilik akaun itu, Malaysiakini difahamkan tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

Ini menurut sumber yang biasa dengan penyiasatan tersebut.

"Ya, tiga akaun itu kepunyaannya (Najib)," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Ismail meminta semua pihak tidak mewujudkan 'perbicaraan' di media,  melakukan spekulasi mahupun membuat sebarang kesimpulan sebelum pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan itu mengumumkan hasil siasatannya.


-www.malaysiakini.com