Tuesday, July 7, 2015

Budak Tinggal Dengan Babi Akhirnya Dapat Perhatian

CHINA – Selepas bertahun-tahun hidup bersama babi, akhirnya seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Liu Hongbo, mendapat tempat tinggal baru yang layak digelar rumah.
Nasibnya berubah selepas orang ramai yang melihatnya menaiki kenderaan bersama babi telah memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Keluarga Liu menetap di kawasan pedalaman dan merupakan orang miskin.
budak1
Bapanya adalah penarik beca dan sering keluar menyebabkan budak itu terpaksa ditinggalkan dengan ibunya.
Dia menjadi mangsa dera ibunya yang mengalami sakit mental. Meskipun sudah berusia tujuh tahun namun Liu tidak boleh bertutur kerana tidak pernah diajar bercakap oleh ibunya.
budak2
Menurut jirannya, kanak-kanak itu selalu dipukul oleh ibunya dan dia tidur bersama babi setiap malam di luar rumah termasuk pada musim sejuk, ketika salji turun.
Keadaannya amat kotor dan sering dijangkiti kuman. Malah pada musim sejuk, bajunya melekat pada badan akibat kudis yang bernanah.
Selepas keadaannya mendapat perhatian ramai, petugas sukarelawan yang melawatnya telah membersihkan Liu termasuk membotakkan kepalanya.
Dia akan ditempatkan bersama dengan ibu saudaranya.
Sebelum ini Liu dijaga oleh wanita itu namun selepas dia berusia tiga tahun, Liu dikembalikan semula kepada ibu bapanya. – MYNEWSHUB.CC

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon