Friday, August 21, 2015

Dua sahabat nama sama lemas bersama


Operasi mencari mangsa lemas di tasik di Puchong Prima. Seorang daripadanya berusia 14 tahun ditemui 7.22 malam tadi. FOTO Siraj Zaini 

Puchong: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun benar-benar menggadai nyawanya apabila dia lemas bersama rakannya berusia 10 tahun yang cuba diselamatkannya selepas terkapai-kapai meminta tolong ketika mandi di tasik di Puchong Prima, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, dua sahabat yang sama nama, Mohd Amirul Irfan Mohd Sabri,14, dan Mohd Amirul Irfan Mohd Rashid, 10, bersama lapan rakan mereka berusia lapan hingga 14 tahun mandi di tasik itu.

Mereka sudah habis mandi, tetapi budak lelaki berusia 10 tahun itu mandi semula di tasik berkenaan sebelum dilihat terkapai-kapai meminta tolong.

Remaja 14 tahun itu cuba membantu tetapi dia terus tenggelam bersama rakannya itu. Mayatnya ditemui pada 7.22 malam tadi oleh anggota unit skuba bomba, manakala seorang lagi belum ditemui.

Datuk remaja berusia 14 tahun itu, Mohd Hashim Samingan,65, berkata, cucunya cuba menyelamatkan rakannya namun tidak berjaya apabila dia berenang ke tengah.

Katanya, kali terakhir ketika dia berjumpa Mohd Amirul sebelum solat Jumaat beberapa jam lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan menerima laporan kejadian lemas itu.

Katanya, usaha mencari kedua-dua mangsa dijalankan oleh unit skuba Bomba dan Penyelamat Shah Alam,"katanya.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon