Seroang pengguna Facebook bernama Dato Paramathayalan Naidu telah berkongsikan beberapa keping gambar dilaman Facebooknya menunjukkan nilai kemanusiaan yang ada kepada dua orang gadis yang memberi minum susu kepada anak-anak anjing.
Gambar berkenaan telah menarik perhatian netizens dari pelbagai bangsa dan agama di mana kebanyakkan mereka memuji tindakan dua orang gadis berkenaan dan mendoakan mereka dengan perkara-perkara yang baik.
Jika dilihat dari pandangan Islam, anjing tergolong dalam Najis Mughallazah iaitu yang paling berat tetapi Islam tidak mengajar umatnya untuk menganiyai binatang lebih-lebih lagi jika keadaan memerlukan.
Bagaimanapun tempat dan amsa kejadian tidak dinyatakan oleh pengguna Facebook berkenaan tetapi rata-rata netizens memuji tindakan ini walaupun ada satu dua suara yang tidak berpuas hati.
Apapun bagi admin sendiri ia satu tindakan yang patut dicontohi kerana anjing pun makhluk ciptaan Allah dan kita umat Islam dilarang sama sekali menganiyai binatang. Tapi apapun yang kita lakukan mestilah berdasarkan niat ikhlas untuk membantu. - Siakapkeli.my