Wednesday, August 12, 2015

Murid larikan diri kerana trauma dibuli rakan


JOHOR BAHRU - Seorang murid tahun dua di sebuah kebangsaan, di sini, trauma selepas disyaki dibuli rakan sekelasnya sehingga bertindak melarikan diri, kelmarin.

Menurut, ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 31, dia mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya itu selepas dimaklumkan oleh pengasuhnya apabila anaknya yang mahu dikenali sebagai Iqa, 8 tidak pulang dari sekolah seperti biasa.

“Selepas pulang dari sekolah agama, anak saya akan menaiki van ke rumah pengasuh dan sepatutnya tiba kira-kira jam 9 pagi. Namun, selepas sejam dia masih tidak muncul dan pengasuh tersebut terus memberitahu saya.

“Saya berusaha mencari anak saya di sekitar sekolah, namun gagal dan bertindak memaklumkan kehilangan anak saya di kedua-dua sekolah anak saya bersekolah sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Rina berkata, kemudian pihak sekolah menelefon memberitahu berkemungkinan anaknya berada di rumah kawan sekolahnya yang lain.

“Syukur anak saya ditemui di situ dan selepas disoal dia mengaku dibuli oleh rakan. Sebelum ini, anak saya sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak mahu datang ke sekolah, tetapi saya tidak sangkalah sampai dia mahu melarikan diri.

“Antara alasan yang diberitahu dia sakit perutlah, pening kepala dan sebagainya. Dia ada beritahu juga tentang rakan sekelasnya, tetapi saya anggap perkara ini tidak serius dan biasalah kanak-kanak di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam telah dimaklumkan tentang perkara berkenaan.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon