SEORANG penyampai televisyen rebah lantas meninggal dunia dalam keadaan tragis ketika sedang bertugas menyampaikan rancangan sukan yang disiarkan secara langsung di Magribi.
SEORANG penyampai televisyen rebah lantas meninggal dunia dalam keadaan tragis ketika sedang bertugas menyampaikan rancangan sukan yang disiarkan secara langsung di Magribi, pada hujung minggu lalu.
Ketika kejadian, lelaki itu sedang memegang mikrofon dan mengulas mengenai upacara penyampaian hadiah kepada peserta apabila secara tiba-tiba rebah.
Tidak lama kemudian lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Beberapa lelaki kemudiannya mengelilingi penyampai TV itu bagi menghalang rakaman kamera dan keadaan itu berterusan sehinggalah klip secara langsung itu dipotong.
Video mengenai kejadian itu telah dimuatnaik dalam media sosial dan beliau meninggal dunia pada 22 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC