PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai
akibat terjatuh dalam bilik air ketika membersihkan diri selepas dicakar kucing dalam
kejadian di rumahnya di Taman Lukut Makmur, Lukut, di sini, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku ketika kanak-kanak perempuan itu sedang membersihkan kucing tersebut di dalam bilik air sebelum dicakar.
Nur Damia Amani Mohd Azam dikatakan rebah di dalam bilik air selepas kucing berkenaan mencakar bahagian mukanya yang terkena pipi dan mata dalam kejadian kira-kira 4.45 petang.
Menurut bapa mangsa, sebelum kejadian kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersama dengan kucing tersebut di ruang tamu sambil diperhatikan dua kakak berusia 10 dan lapan tahun.
Semasa memeluk kucing berkenaan untuk membersihkannya haiwan tersebut telah mencakar mangsa di bahagian badan, mata dan pipinya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan. - Siakapkeli.my