Tuesday, July 7, 2015

Memang Kelakar Tapi Buat Lawak Ultraman Bersolat Tidak Sesuai - Fathul Bari


Jika sebelum ini kami ada menviralkan sekeping gambar kanak-kanak sedang bersolat terawih sambil ditemani oleh hero Ultraman yang sedang mengangkat 'takbir' di mana gambar tersebut diambil tanpa disedari oleh mereka.

Maka ramailah ibu bapa telah memuatnaik gambar anak bersolat dan bermain dengan hero kanak-kanak berkenaan dan juga selain watak Ultraman.

Terbaru tersebar sekeping gambar Ultraman bersolat dan jadi 'makmum'  di laman sosial di mana ia dikongsi oleh ramai Netizens.

Gambar berkenaan telah menarik perhatian Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya yang telah memuatnaik status mengenai perkara ini di Twitter.


Fathul Bari telah memuatnaik gambar berkenaan dengan kepsyen berbunyi “Walaupun memang kelakar, tapi tak sesuai buat lawak macam ni. #ultramanxsolat.”

Gambar yang dimuatnaikknya itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Twit yang lain.

Seorang pemilik akaun Twiiter bernama hijlaaznan  berkata "@drfathulbari Dr, cuba cr sudut positive. Galakan solat tu kan bagus utk anak2. As a parents, kita lah slow2 explain pd dia mana baik buruk."

Lalu Fathul Bari menjawab "@hijlaaznan tak perlu positif sampai bawa ultraman. Kita doktrinkan anak2 dgn fantasi yg merapu. Maaf ya."

Selain itu seorang pengguna Twit bernama bohh ‏@fath_ibrahm bertanya "adakah perbuatan kanak2 meletakkan ultraman sbg makmum merosakkan akidah dan terkeluar dari ASWJ? Just asking"

Jadi nampaknya pelbagai pandangan dalam hal ini, ada yang menganggap ia adalah sabagai doringan untuk kanak-kanak belajar solat dan bagaimanapun ia adalah lawak yang tidak sesuai menurut Ulama Muda berkenaan. - Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon