Monday, November 9, 2015

Lelaki Maut Troli Hilang Kawalan Rempuh Kereta


Sweden, 10 Nov - Seorang lelaki warga Sweden maut apabila sebuah troli yang dinaiki bersama kawannya gagal dikawal dan merempuh sebuah kereta pada kelajuan yang tinggi sehingga lelaki terbabit tercampak ke dalam longkang, menurut laporan polis.

Kawan lelaki tersebut; yang turut menaiki troli tersebut di bahagian belakang; cedera parah namun dalam keadaan stabil dankini dirawat di Hospital Price of Wales.

Polis berkata kedua-dua lelaki terbabit yang berumur 28 tahun, dipercayai berjalan kaki ke rumah sebelum mereka terjumpa dengan satu troli pasaraya di tengah jalan dan memutuskan untuk menaiki troli terbabit. Malangnya pelan mereka untuk "suka-suka" bertukar menjadi tragedi maut, kata Ketua Inspektor Chris Stiles.

Menurut Stils, troli terbabit dianggarkan bergerak dengan kejadian 80km/jam sebelum ia terbabas ke arah bertentangan dan merempuh sebuah kereta yang sedang bergerak di arah bertentangan dengan troli tersebut.

Detektif Superintenden Gavin Dengate berkata kedua-dua mereka tercampak dari troli tersebut akibat rempuhan.

"Malangnya kita mengenali bagaimana troli pasaraya, dan ia sangat susah untuk dikawal", katanya memetik laporan smh.com.au

"Lelaki yang berada di dalam troli maut ditempat kejadian. Seorang lagi lelaki cedera di beberapa tempat dan kini dirawat di hospital. - Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon