Monday, December 28, 2015

Susulan Pemandu Teksi Ditikam : Anak Akui Bapa Pernah Diserang Sebelum Ini


KOTA BHARU, 28 Dis - Susulan kejadian pemandu teksi ditikam pada petang tadi, anak kepada mangsa berkata bapanya pernah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira enam bulan lepas.

Rosnani Sudin, 33, berkata lelaki yang menunggang sebuah motosikal bertindak cuba memecahkan cermin teksi bapanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Islam Lundang tetapi gagal.

"Setahu saya, ayah tidak mempunyai musuh...ayah mesra dengan semua orang," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Rosnani, kali terakhir dia menemui bapanya adalah pada dua hari lepas.

Seorang lagi anak mangsa, Mohd Nazri Hanafiah, 23, berkata dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh jirannya.

"Saya mendapat tahu berita itu kira-kira 3 petang. Sebelum itu, saya sudah menerima mesej (Whatapps) berkaitan berita itu, cuma saya tidak percaya.

"Waktu itu, saya berada di sebuah bank di Pasir Tumbuh. Selepas mendapat panggilan dari jiran, barulah saya percaya bahawa ayah saya mati dalam keadaan yang menyedihkan," katanya. - Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon