Friday, December 11, 2015

Kanak-kanak cedera mata tertusuk pagar rumah

DAWAI besi yang tertusuk kelopak mata kanan Wan NurQaleesya. Gambar kanan, Raja Khatijah menunjukkan pagar dawai yang dipanjat oleh cucunya.

Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila dawai besi pagar yang berkarat tersusuk dan tersangkut di kelopak mata kanannya di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai di belakang rumah gara-gara cuba mengambil selipar adiknya yang dicampakkan ke luar pagar sebelum dawai tertusuk pada mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah.

Nenek mangsa, Raja Khatijah Raja Tan, 59, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi cucu berusia tiga tahun dan dua anak jiran yang diasuh di ruang tamu, terkejut apabila mendengar Wan NurQaleesya menjerit sambil menangis di belakang rumah.

“Kebiasaannya saya akan menyuruh cucu berhenti bermain dan masuk ke rumah apabila lewat petang, tapi kali ini dia (Wan NurQaleesya) terlalu seronok bermain di luar dan saya membiarkan dulu.
“Tetapi, apabila mendengar suaranya menangis teresak-esak di belakang rumah, saya terus ke situ dan terkejut melihat besi sudah tercucuk ke matanya dan darah mengalir dengan banyak di pipinya.
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas mata kanannya tertusuk pagar rumahnya dalam kejadian dekat sini lewat petang kelmarin.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon