Tuesday, December 1, 2015

Profesor kejam dipenjara 12 tahun, dera pelajar makan tahi

Menurut laporan, mangsa pada mulanya bertahan dengan penderaan tersebut kerana profesor itu menjanjikannya pekerjaan. 

SEOUL: Seorang bekas profesor universiti di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana mempunyai rekod memukul seorang pelajarnya selain memaksanya makan tahi dan minum air kencing.

Associated Press melaporkan pada Khamis, mahkamah Daerah Suwon telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas tiga orang tertuduh lain kerana bersubahat dalam penderaan jijik itu selama lebih dua tahun.

Pada awalnya pihak pendakwaraya telah meminta hukuman penjara selama 10 tahun bagi profesor berusia 52 tahun itu, namun hakim telah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana kekejaman tindakannya itu luar biasa.

Pihak polis berkata, bekas profesor itu mula mendera mangsa yang berusia 29 tahun selepas mengambilnya bekerja dalam organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikelolakannya sejak tahun 2013.

Tiga lagi defendan juga merupakan bekas pelajar yang diambil bekerja di organisasi itu.

Profesor dan defendan-defendan lain itu sering memukul mangsa dengan kayu besbol dan alat lain.


Mangsa juga telah membungkus kepala mangsa dengan beg plastik dan menyemburkan penyembur pemedih mata ke dalam bungkusan itu. Lebih teruk, mangsa juga telah dipaksa memakan najis termasuk meminum air kencing mereka yang dibotolkan.

Penderaan itu menyebabkan kecederaan teruk ke atas mangsa yang terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lalu untuk merawat kecederaan pada paha kanannya.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada awal tahun ini kerana tidak mampu menanggung azab penderaan itu.

Menurut laporan polis, mangsa pada mulanya bertahan dengan penderaan tersebut kerana profesor itu menjanjikannya pekerjaan.

Pada Ogos lalu, profesor tersebut telah dibuang daripada universiti berkenaan.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon