Tuesday, July 7, 2015

VIDEO: Ngeri.. Detik Peguam Ditembak Mati Di Argentina


DETIK mengerikan melibatkan pembunuhan seorang peguam terkenal di Argentina telah dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran.
Menerusi video yang mula mendapat perhatian pengguna media sosial itu, peguam Ernesto Gonzalez dirakam telah ditembak berkali-kali oleh seorang lelaki.
Ernesto yang kelihatan langsung tidak menyedari apa akan berlaku dikatakan ingin bersarapan di sebuah restoran sebelum ditembak oleh seorang lelaki bertopi yang dipercayai kliennya, Carlos Martinez.
Carlos merupakan salah seorang klien kepada peguam terkenal itu yang kini berhadapan dengan tuduhan di atas kes penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.


Lelaki terbabit tanpa teragak-agak melepaskan enam das tembakan ke arah Ernesto sebelum menembak dirinya sendiri di kepala.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu di depan mata dilihat berlindung di bawah meja kerana ketakutan.
Kejadian ngeri itu berlaku Rabu lalu, kira-kira jam 7.20 pagi di bandar Corrientes.
– MYNEWSHUB.CC

Nasib Penagih – Ibu Sendiri Abai Di Kala Maut Menjemput


TIDAK semua manusia itu sempurna, selagi kita bernafas di bumi Allah, selagi itulah kita akan berkeinginan untuk melakukkan sesuatu yang menimbulkan dosa.
Itulah pentingnya nilai ketaqwaan dan iman dalam diri seorang muslim.
Baru-baru ini pada 25 Jun, seorang pesakit yang merupakan seorang penagih dadah telah meninggal dunia di hospital Banting.
Dilaporkan arwah meninggal dunia akibat serangan komplikasi paru-paru ketika berada di hospital berkenaan.
Apa yang menyedihkan ialah sewatu arwah menghembuskan nafas terakhir, tiada seorang pun kenalan mahupun sanak saudara menemani disisinya. Sedih bukan?
Dia seolah-olah disisih oleh pihak hospital dan keluarganya sendiri oleh kerana dia merupakan seorang penagih dadah.
Jom ikuti ceritanya.
ibu pun abai(1)Mereka pandang hina dengan dia (penagih dadah) sampai doktor dan nurse buat endah tak endah bila dia minta sedikit ubat tahan sakit… dia minta oksigen sebab sesak nafas…dia meraung kepanasan.. tapi tiada siapa yang peduli. (Alasan mereka tgh gian la tu) dia call mak dia supaya datang menjemputnya tapi ibunya cuba mengelat ketika dihunungi. Tapi tahu kah kamu dia mati bersendirian di katil hospital tanpa ditemani ahli keluarga (wahai ibu walaupun anak kamu dianggap sampah tp darah kamu ttp mengalir ditubuhnya… terima dia seadanya).. Tahukah kamu dia bersedekah roti dan ayam miliknya pada pesakit lain. Tahukan kamu dia berzikit ketika menghadapi sakit dan seblum ajal menjemputnya dan tahukan kamu dia mati dalam bulan yang mulia.
Tiada siapa yang menyedari nyawanya berakhir sehingga ada seorang penjaga yang menyedari.. Siapa kita sebagai manusia nak tentukan penagih dadah sebagai sampah masyarakt. Mohon doktor dan nurse jangan memilih pesakit ketika merawat mereka… akhirnya dia pergi menemui Pencipta…Damailah kamu di sana.
Apa yang ingin disampaikan ialah khasnya kepada ibu-ibu, doktor, jururawat dan pihak kakitangan hospital.
Kami tahu andalah yang bertanggungjawab dengan pesakit tetapi jagalah ‘sikap’ dalam melayani pesakit.
Mungkin terdapat segelintir yang bersikap begini namun janganlah kerana dia pesakit ‘sampah masyarakat’ menyebabkan anda mengendahkannya.
Janganlah kerana ragam pesakit yang menggila menyebabkan anda berputus asa kerana tugas anda adalah menyelamatkan nyawa manusia.
Buat ibu kepada arwah, tidakkah anda berasa kasihan memikirkan arwah kesorangan sewaktu dijemput ilahi?
-MYNEWSHUB

Video: Jurukamera Dirompak Ketika Bersiaran Langsung


SEORANG wartawan di San Francisco mengalami detik cemas ketika bersiaran langsung di televisyen apabila menyaksikan rakan medianya dirompak.
Menerusi video, Cara Liu dari stesyen KTVU dilihat sedang membuat persiapan untuk memberi laporan terkini mengenai kes pembunuhan namun diganggu dengan insiden rompakan yang berlaku kepada jurukamera stesen KNTV, Alan Wapples.
Perompak terbabit dilaporkan mengacukan pistol kepada Alan dari arah belakang sebelum merampas kamera stesen TV itu.
Rompakan dilakukan tiga individu yang kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis BMW.


Walaubagaimanapun, kejadian rompakan seperti ini bukanlah pertama kali berlaku kerana sebelum ini krew stesyen KTVU pernah dirompak ketika berlintas langsung dari kedai donut pada Februari.
Wartawan di dalam video tersebut, Cara juga pernah mengalami pengalaman mencemaskan apabila ditumbuk oleh seorang wanita ketika membuat rakaman di Oakland, tahun lalu.
Jadi kepada sesiapa yang menyatakan kerja sebagai wartawan ini mudah serta pentingkan populariti, ini buktinya bahawa tanggapan anda semua ternyata silap! – MYNEWSHUB.CC

Memang Kelakar Tapi Buat Lawak Ultraman Bersolat Tidak Sesuai - Fathul Bari


Jika sebelum ini kami ada menviralkan sekeping gambar kanak-kanak sedang bersolat terawih sambil ditemani oleh hero Ultraman yang sedang mengangkat 'takbir' di mana gambar tersebut diambil tanpa disedari oleh mereka.

Maka ramailah ibu bapa telah memuatnaik gambar anak bersolat dan bermain dengan hero kanak-kanak berkenaan dan juga selain watak Ultraman.

Terbaru tersebar sekeping gambar Ultraman bersolat dan jadi 'makmum'  di laman sosial di mana ia dikongsi oleh ramai Netizens.

Gambar berkenaan telah menarik perhatian Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya yang telah memuatnaik status mengenai perkara ini di Twitter.


Fathul Bari telah memuatnaik gambar berkenaan dengan kepsyen berbunyi “Walaupun memang kelakar, tapi tak sesuai buat lawak macam ni. #ultramanxsolat.”

Gambar yang dimuatnaikknya itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Twit yang lain.

Seorang pemilik akaun Twiiter bernama hijlaaznan  berkata "@drfathulbari Dr, cuba cr sudut positive. Galakan solat tu kan bagus utk anak2. As a parents, kita lah slow2 explain pd dia mana baik buruk."

Lalu Fathul Bari menjawab "@hijlaaznan tak perlu positif sampai bawa ultraman. Kita doktrinkan anak2 dgn fantasi yg merapu. Maaf ya."

Selain itu seorang pengguna Twit bernama bohh ‏@fath_ibrahm bertanya "adakah perbuatan kanak2 meletakkan ultraman sbg makmum merosakkan akidah dan terkeluar dari ASWJ? Just asking"

Jadi nampaknya pelbagai pandangan dalam hal ini, ada yang menganggap ia adalah sabagai doringan untuk kanak-kanak belajar solat dan bagaimanapun ia adalah lawak yang tidak sesuai menurut Ulama Muda berkenaan. - Siakapkeli.my

Sunday, May 3, 2015

Pulak Dah.. Page FB “Keadilan Untuk Familia Myvi Club” ?


JIKA anda lihat di laman sosial tatkala ini, rata-rata dipenuhi dengan kecamannetizen terhadap kejadian nahas kemalangan di Lebuhraya Duke yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Di Facebook, penuh di ruangan wall berkaitan spekulasi kejadian tersebut yang dikatakan berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba secara haram.
Laman mikro Twitter pula, dibanjiri reaksi orang ramai yang berkongsi kesedihan selain berang terhadap punca tragedi menyayat hati itu.
Namun, penafian demi penafian dibuat oleh ahli Familia Myvi Club (FMC) dengan mendakwa mereka tidak berlumba di lebuhraya Duke ketika kejadian.
Enam ahli FMC itu juga menafikan mereka adalah punca pasangan suami isteri serta bayi berusia 6 bulan maut dalam kemalangan.
Terkini, telah terbit sebuah page “Keadilan untuk Familia Myvi Club’ di laman Facebook.
Menerusi page tersebut,  video rakaman CCTV memaparkan keenam-enam Myvi sedang memecut kenderaan masing-masing di lebuh raya Duke yang kini tersebar, telah disangkal dengan menyatakan video tersebut adalah palsu dan diedit.
FB
“Terdapat kesan khas, time lapse mungkin buatkan video ini nampak laju. Cyber bullying memang betol wujud. Subhannallah. Sabar.”
Menurut mereka, video tersebut telah diedit dengan kesan time lapse digunakan bagi membuktikan yang keenam-enam Myvi tersebut dipandu dengan laju.
Buat pengetahuan anda, time lapse adalah kesan ‘fast-foward’ sesebuah video yang dilajukan bagi mempercepatkan durasi video.
natang1
Aduhai, sampai begini sekali cara mereka ini hendak berdalih…
Tidakkah mereka terfikir, jika video tersebut dikatakan telah diubah dengan menggunakantime lapse, pastinya kesan cahaya di hujung lampu belakang kereta akan menjadi panjang akibat proses pemendekkan masa.
Kenderaan lain yang melalui tol tersebut juga, dapat dilihat berhenti di palang seperti biasa sebelum bergerak dengan kelajuan normal, jadi di celah mana kesan time lapse nya?
Sebaik-baiknya dok diam-diam tunggu siasatan polis ajelah.. lagi banyak keluarkanstatement lagi banyak yang kantoi. #kipidap
– MYNEWSHUB.CC

Nahas Duke: Wanita Pemandu Myvi Kuning Dibebaskan



Kuala Lumpur: Pemandu wanita kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Lebuhraya DUKE dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu ditahan semalam selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di atas kecederaannya akibat kemalangan itu.
Bagaimanapun, dia dibebaskan pada hari sama selepas dirakam keterangan dan dibuat ujian air kencing, katanya.
Katanya, pihaknya turut menerima laporan polis daripada tiga pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang lain dalam tempoh 24 jam sejak kejadian itu berlaku.
“Keterangan semua pihak sudah dirakam termasuk seorang saksi kejadian dan siasatan akan mengambil kira semua keterangan berkenaan.
“Kami memandang serius kes kemalangan ini dan siasatan dijangka selesai minggu depan,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi semalam, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka yang berusia tujuh bulan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sumber: Harian Metro