Tuesday, July 7, 2015

Video: Jurukamera Dirompak Ketika Bersiaran Langsung


SEORANG wartawan di San Francisco mengalami detik cemas ketika bersiaran langsung di televisyen apabila menyaksikan rakan medianya dirompak.
Menerusi video, Cara Liu dari stesyen KTVU dilihat sedang membuat persiapan untuk memberi laporan terkini mengenai kes pembunuhan namun diganggu dengan insiden rompakan yang berlaku kepada jurukamera stesen KNTV, Alan Wapples.
Perompak terbabit dilaporkan mengacukan pistol kepada Alan dari arah belakang sebelum merampas kamera stesen TV itu.
Rompakan dilakukan tiga individu yang kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis BMW.


Walaubagaimanapun, kejadian rompakan seperti ini bukanlah pertama kali berlaku kerana sebelum ini krew stesyen KTVU pernah dirompak ketika berlintas langsung dari kedai donut pada Februari.
Wartawan di dalam video tersebut, Cara juga pernah mengalami pengalaman mencemaskan apabila ditumbuk oleh seorang wanita ketika membuat rakaman di Oakland, tahun lalu.
Jadi kepada sesiapa yang menyatakan kerja sebagai wartawan ini mudah serta pentingkan populariti, ini buktinya bahawa tanggapan anda semua ternyata silap! – MYNEWSHUB.CC

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon