Tuesday, July 7, 2015

Nasib Penagih – Ibu Sendiri Abai Di Kala Maut Menjemput


TIDAK semua manusia itu sempurna, selagi kita bernafas di bumi Allah, selagi itulah kita akan berkeinginan untuk melakukkan sesuatu yang menimbulkan dosa.
Itulah pentingnya nilai ketaqwaan dan iman dalam diri seorang muslim.
Baru-baru ini pada 25 Jun, seorang pesakit yang merupakan seorang penagih dadah telah meninggal dunia di hospital Banting.
Dilaporkan arwah meninggal dunia akibat serangan komplikasi paru-paru ketika berada di hospital berkenaan.
Apa yang menyedihkan ialah sewatu arwah menghembuskan nafas terakhir, tiada seorang pun kenalan mahupun sanak saudara menemani disisinya. Sedih bukan?
Dia seolah-olah disisih oleh pihak hospital dan keluarganya sendiri oleh kerana dia merupakan seorang penagih dadah.
Jom ikuti ceritanya.
ibu pun abai(1)Mereka pandang hina dengan dia (penagih dadah) sampai doktor dan nurse buat endah tak endah bila dia minta sedikit ubat tahan sakit… dia minta oksigen sebab sesak nafas…dia meraung kepanasan.. tapi tiada siapa yang peduli. (Alasan mereka tgh gian la tu) dia call mak dia supaya datang menjemputnya tapi ibunya cuba mengelat ketika dihunungi. Tapi tahu kah kamu dia mati bersendirian di katil hospital tanpa ditemani ahli keluarga (wahai ibu walaupun anak kamu dianggap sampah tp darah kamu ttp mengalir ditubuhnya… terima dia seadanya).. Tahukah kamu dia bersedekah roti dan ayam miliknya pada pesakit lain. Tahukan kamu dia berzikit ketika menghadapi sakit dan seblum ajal menjemputnya dan tahukan kamu dia mati dalam bulan yang mulia.
Tiada siapa yang menyedari nyawanya berakhir sehingga ada seorang penjaga yang menyedari.. Siapa kita sebagai manusia nak tentukan penagih dadah sebagai sampah masyarakt. Mohon doktor dan nurse jangan memilih pesakit ketika merawat mereka… akhirnya dia pergi menemui Pencipta…Damailah kamu di sana.
Apa yang ingin disampaikan ialah khasnya kepada ibu-ibu, doktor, jururawat dan pihak kakitangan hospital.
Kami tahu andalah yang bertanggungjawab dengan pesakit tetapi jagalah ‘sikap’ dalam melayani pesakit.
Mungkin terdapat segelintir yang bersikap begini namun janganlah kerana dia pesakit ‘sampah masyarakat’ menyebabkan anda mengendahkannya.
Janganlah kerana ragam pesakit yang menggila menyebabkan anda berputus asa kerana tugas anda adalah menyelamatkan nyawa manusia.
Buat ibu kepada arwah, tidakkah anda berasa kasihan memikirkan arwah kesorangan sewaktu dijemput ilahi?
-MYNEWSHUB

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon