Tuesday, November 10, 2015

Dua Lelaki Maut Kemalangan Selepas Samun


JOHOR BAHRU, 10 Nov: Dua lelaki menemui ajal dalam kemalangan di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini malam tadi setelah melakukan perbuatan samun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 28 dan 34 tahun itu menyamun seorang lelaki 33 tahun kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kemalangan.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh pula berkata suspek yang bersenjatakan parang itu dipercayai menyamun mangsa di Jalan Abiad sebelum melarikan diri dengan menaiki Toyota Vios.

Suspek memecut kenderaannya setelah menyedari mereka dikejar oleh mangsa.

"Namun kereta yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB," katanya memetik laporan BH Online.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon