Tuesday, November 10, 2015

Menyamar polis ceroboh asrama perempuan

SUSPEK ditahan ketika mahu menceroboh asrama pekerja perempuan di Jalan Dato Lundang, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. Utusan/Zaain Zin 

KOTA BHARU 10 Nov. – Taktik seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis kerana mahu menceroboh masuk sebuah bangunan asrama pekerja perempuan di Jalan Dato’ Lundang, di sini tidak berhasil apabila dia diberkas orang awam semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, suspek dilihat berlegar-legar di kawasan terbabit menyebabkan pengurus syarikat yang memiliki bangunan itu menegurnya.

Difahamkan, dia memper­kenalkan diri sebagai anggota polis namun selepas pengurus ber­kenaan memintanya menunjukkan kad kuasa, suspek bertindak mengacukan pisau ke arah­nya.

Berlaku pergelutan namun orang ramai yang melihat kejadian itu segera meleraikan mereka dan menahan suspek dan men­yerahkannya kepada polis.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, suspek ditahan bersama sebilah pisau berhulu kayu.
Menurut beliau, ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar polis, Seksyen 506 kerana mendatangkan kece­deraan dan Seksyen 447 kerana menceroboh,” katanya.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon