Sunday, November 8, 2015

Nora Danish Enggan Komen Isu Bertudung Ala Rahib


APA sahaja yang dilakukan oleh selebriti, pasti akan sekelip mata menarik perhatian peminat serta pemerhati industri hiburan tempatan.
Itualah yang berlaku kepada Nora Danish apabila baru-baru ini dirinya dikecam kerana bertudung ala rahib Kristian pada majlis pelancaran jenama tudung miliknya, OwlshawlbyND.
Walaupun tahu dia dikritik namun aktres comel ini mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit.
nora1
Sebaliknya, ibu tunggal ini ingin terus memberikan fokus terhadap cabang perniagaan baharunya itu kerana mahu memberi inspirasi kepada Muslimah lain di luar sana dengan memperkenalkan jenama tudung tersebut di pasaran.
“Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya,” katanya memetik Sinar Online.
Nora turut menjalankan perniagaan restoran Kopi XoXo yang terletak di Bangsar, berkongsi dengan lima rakan yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon