Budapest: Sebuah kereta LaFerrari terbabit dalam kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan tersebut.
Difahamkan, kereta tersebut; yang juga antara kereta termahal di dunia; kemalangan sebaik sahaja ia keluar dari kedai yang menjualnya.
Video kejadian telah dirakam oleh sebuah pengguna jalan raya yang lain.
Di dalam video terbabit dilihat pemandu kereta LaFerrari yang bernilai RM6.55 juta itu gagal mengawal kenderaannya ketika di satu selekoh lalu melanggar kereta-kereta yang parkir di tepi jalan.
Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.
Kereta LaFerrari berupaya memecut 100 KM/J di bawah tiga saat. Ferrari hanya mengeluarkan 499 buah LaFerrari sejak awal tahun lepas. Kejadian di Budapest ini adalah kejadian kemalangan keempat membabitkan kenderaan tersebut. - Siakapkeli.my