Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menjawab isu berkenaan spekulasi kehamilannya nya apabila beliau mendedahkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan telah gugur.
Berita itu dikongsi oleh Siti menerusi akaun instagram miliknya pada pukul 10 pagi tadi.
“Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai”.
“Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran,” kata Siti.
Siti Nurhaliza yang tentunya merasa sedih tetap redha menerima takdir yang telah tertulis untuk nya dan berharap supaya peminat dapat mendoakan bahawa beliau diberikan rezeki untuk bergelar ibu satu hari nanti.
-MYNEWSHUB.CC