Georgetown, 15 Nov: Seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan 10 orang lelaki kerana kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang meletak kereta hingga menghalang laluan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berumur 40 tahun mangsa dan kumpulan terbabit dikatakan bertengkar terlebih dahulu sebelum berlaku pergelutan.
Kejadian berlaku di Astaka Desa Mawar, Kampung Melayu, Air Itam di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Fardialatrash Wahid dalam satu kenyataan berkata punca kejadian disebabkan perasaan tidak puas hati kumpulan terbabit dengan lelaki berkenaan kerana menghalang laluan masuk.
"Mangsa dan kumpulan suspek pada mulanya hanya bertengkar namun mereka yang berang menetak lelaki terbabit menggunakan parang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis masih mengesan suspek," katanya memetik laporan MyMetro Online.
Mangsa kini masih belum sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. -Siakapkeli.my