Tuesday, November 10, 2015

Pelajar 19 Tahun Ditahan Berikutan Kes Mengendap Belakang Rumah


KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil melakukan onani di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lepas, berjaya ditahan polis, malam tadi.

Perbuatan tidak senonoh pelajar kolej berusia 19 tahun yang dirakam dalam keadaan berbogel oleh kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan, kemudian dimuat naik ke laman sosial serta menjadi 'viral'.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, hasil siasatan, remaja yang juga jiran gadis berkenaan berjaya ditahan kira-kira 10.30 malam.

"Soal siasat ke atas suspek dilakukan dan dia mengakui melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Khairuldin berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu perbuatan melakukan kelucahan melampau.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dilihat mengintai gadis berkenaan melalui tingkap belakang rumah mangsa. - Bernama

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

1 comment:

  1. sila klik web link ni

    http//weeklyfixpay.com/? ref=346065

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon