Sebuah pesawat penerbangan ID6380 milik Batik Air dilaporkan telah tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang Bandara Adi Sutjipto, Yogyakarta petang tadi.
Pesawat yang baru tiba dari Jakarta ini dikatakan tergelincir 100 meter daripada landasan lapangan terbang tersebut.
Menurut seorang penumpang, Budi Susetia berkata, ketika pesawat berkenaan mendarat keadaan agak tidak nampak kerana hujan begitu lebat,
"Kondisi di sini hujan dan petir kuat, pesawat mendarat langsung tergelincir ke arah Timur," kata budi.
Kesemua 152 orang penumpang dah 9 anak kapal dilaporkan selamat dan berjaya keluar melalui pintu kecemasan. - Siakapkeli.my