Thursday, July 9, 2015

Awek Bertudung Bangga Tayang Lidah Ditindik…


AMBOI, dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah salah seorang gadis dalam gambar di atas…..lihat betul-betul…. apa lagi kalau bukan bertindik.
Buat pengetahuan anda, bertindik di bahagian lidah ini adalah suatu yang amat menyakitkan.
Individu yang menindik di bahagian lidah ini akan berlapar dalam satu tempoh masa demi mempercepatkan sembuh luka akibat organ berkenaan ditebuk.
Inilah padah kerana inginkan sesuatu yang cantik dan tampak lain daripada lain.
Sebenarnya pada pandangan penulis, bertindik atau lebih dikenali dengan nama piercingini, haram walaupun di mana-mana bahagian badan termasuklah cuping telinga.
Terdapat percanggahan pendapat mengenai perkara ini, ada fatwa yang mengatakan bertindik itu hukumnya adalah ‘harus’.
Namun jika difikirkan bukankah amalan berindik itu sudah seperti mengubah sesuatu ciptaan Allah?
Bertindik ini asalnya merupakan amalan wanita Arab Jahilliah sebelum mereka memeluk Islam.
Setelah mereka memeluk Islam, amalan lama tersebut ditinggalkan dan tidak diteruskan.
Jadi mengapa masyarakat khususnya kita yang beragama Islam masih mengikut amalan masyarakat Arab Jahilliah kembali?
Kemudian apabila masyarakat mendengar fatwa ‘harus’, maka terjadinya amalan bertindik di beberapa anggota badan seperti hidung, pusat, kening, mahupun alat kemaluan…
Jadi, apakah reaksi para ulama?
Pastinya mereka akan berkata ‘Haram kerana menyerupai golongan kafir‘, namun bertindik dibahagian cuping telinga itulah sebenarnya mengikut amalan tradisi golongan kafir,
Walaupun kini ramai masyarakat Melayu Islam dan kebanyakkan Ulama memandang amalan bertindik  sebagai perkara yang kecil, namun hakikatnya perkara-perkara seperti inilah bakal ditanya di akhirat kelak.-MYNEWSHUB.CC

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon