Saturday, July 18, 2015

Suami isteri maut tersepit, lima parah termasuk tiga anak pasangan


Batu Gajah: Suami isteri maut manakala lima parah termasuk tiga anak pasangan selepas kenderaan mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 13.5 Jalan Ipoh - Lumut, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Sulaiman Isa, 60, dan isterinya Siti Nur Ibrahim, 49, meninggal dunia dilokasi kejadian, manakala anaknya berusia 20, 19 dan 10 tahun cedera parah.

Kemalangan terbabit turut mengakibatkan dua mangsa lain iaitu pemandu dan penumpang kenderaan yang bertembung dengan kereta mangsa cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan awal mendapati mangsa sekeluarga yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Parit, dekat sini melalui jalan terbabit dan sebaik tiba dilokasi kejadian bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas hingga memasuki laluan bertentangan.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan terbabit membabitkan lima sekeluarga yang menaiki sebuah kereta dan kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dinaiki dua lelaki berusia 28 dan 27 tahun yang dipercayai terbabas hingga memasuki laluan bertentangan.

"Pertembungan itu, mengakibatkan pasangan suami isteri yang duduk dibahagian pemandu dan penumpang hadapan tersepit serta meninggal dunia akibat kecederaan parah dibeberapa anggota badan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, lima mangsa yang cedera parah termasuk tiga anak mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala pasangan terbabit akan dibedah siasat hari ini.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon