SEORANG lelaki yang berjaya ditangkap penduduk dalam cubaan menyamun menggunakan alasan ‘sedang berpuasa’ bagi mengelakkan dirinya daripada dipukul orang ramai.
Dia dikatakan cuba menyamun seorang pelancong wanita namun gagal setelah perbuatannya disedari oleh orang ramai yang kemudian bertindak menahannya.
Penyamun ‘Lalok’ Guna Alasan Sedang Berpuasa by mynewshub
Berdasarkan perbualan dalam video berkenaan, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan tindak balas suspek ketika diajukan soalan memberikan jawapan kepada segalanya.
“You mabuk ka? Haa? Ada makan ubat ka? Haaa! Memang ada makan ubat!”
Kemudian suspek cuba memberitahu yang dia sedang berpuasa, kononnya..
“Puasa? Puasa mencuri ka? Merompak ka? Buat orang malu saja,” ujar lelaki yang merakam video terbabit.
Suspek juga ditanya mengenai nombor pendaftaran kereta kancil yang digunakannya ketika menyamun.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah tokong Cina di Kuching, Sarawak.
Selepas berjaya ditangkap, visual lelaki yang yang dipercayai berusia lingkungan 20an itu dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM. - MYNEWSHUB.CC