GAMBAR seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.
Tindakan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu belajar di kaki lima dengan sebuah meja kecil dan beberapa buku pada waktu malam menyentuh hati sekali gus menjadi inspirasi ramai.
Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Daniel Cabrera ini terpaksa menumpang cahaya restoran tersebut kerana rumahnya musnah dalam kebakaran.
Gambar itu dikatakan dirakam oleh Joyce Torrefranca di restoran McDonald di Manila, Filipina tanpa disedari oleh Daniel yang sedang sibuk menulis.
Joyce berkata, sebagai seorang pelajar kanak-kanak itu membuatkan dia begitu tersentuh dengan sikap dedikasinya yang mahu belajar.